Friday, January 21, 2011

PENIPUAN BLOGWALKING (BW)

Assalamualaikum w.b.t

Salam penghulu segala hari. Moga anda sihat hendaknya. Alhamdulillah, saya di beri nafas dan kehidupan lagi dari Allah s.w.t. Maka pada hari ini saya berkesempatan untuk blog walking mencari ilmu dan baca cerita kawan-kawan blogger lain. Dan rupanya dalam pencarian itu, saya mendapat ilmu yang sangat berguna dari Pendekar Berkuda, Belalang Hijau, Wan Hazel dan Yiedpozi. Kesemua blogger ini membincangkan isu yang sama tentang BW.

Saya memang tahu tentang penipuan BW ini tapi sekadar biasa sahaja dan kes yang berlainan maksudnya ada yang buat serang hendaplah, kutuklah, gaduhlah.. Semuanya melibatkan blogger yang dikenali. Tapi rupanya lagi dahsyat berlaku (bagi saya la..). Cumanya ia makin serius dan sangat tidak INTEGRITI!

(milik Wan Hazel)

Anda tahu apa blogwalking? (bagi silent reader, anda tahu tak?). Tak mengapa saya terangkan serba ringkas. Maksudnya dalam Bahasa Melayu adalah meninggalkan jejak atau berjalan ke tempat blogger lain. Tapi merupakan hubungan dua hala lah. Bagi yang mempunyai blog, mereka tinggalkan link mereka di shoutbox atau CBOX atau apa-apa ajelah yang boleh ditinggalkan jejaknya..(dunia IT ni banyak sangat kemudahannya).. Then, macam saya contohnya membalas kunjungan rakan blogger yang singgah ke sini (jika tinggalkan link yang betul atau ada yang sudi singgah).

Namun, rupanya ada juga yang mempunyai niat jahat dengan munggunakan hubungan satu hala iaitu secara Auto Blogwalking bermaksud tuan milik blog menggunakan software auto blog untuk menipu jejak mereka dan singgah ke blog orang lain tanpa kehadiran mereka di blog tersebut. (Faham tak saya terang?) Bagi blogger yang tak tahu (termasuk saya pada mulanya), mereka sangka si polan ini singgah di blog kita padahal tidak sebenarnya dan apabila kita singgah ke tempat si polan, si polan ini mendapat untung besar. Ini bertujuan untuk menaikkan traffic nufnang mereka dengan cara yang mudah.

Boleh faham tak? Rupanya hal ini telah berleluasa begitu lama dan melibatkan blogger yang mempunyai nama hebat dalam penulisan blog dan saya juga sudah terkena dengan penipuan yang dilakukan. Saya pernah singgah ke blog tersebut. (Masa tu ada kes pergaduhan antara mereka - nama blog dirahsiakan.) Sekarang baru saya faham kenapa mereka bergaduh.

Tidak mengapa menggunakan kecanggihan yang ada tapi perlulah secara INTEGRITI dan IKHLAS. Bagi saya sendiri, saya tidak berkeinginan untuk untung (sebab tu tiada iklan nuffnang atau iklan lain) atau ramai follower (memang rasa best ramai pengikut tapi terpulang kepada pembaca nak follow saya atau tidak), jika ada yang sudi, alhamdulillah. Saya berblog pun sudah lama, nak dekat 3 tahun dah. Saya sekadar mencari rakan, ilmu dan nasihat. Tiada niat lain pun. Jika ada blogger hebat singgah, saya berbesar hati dan kita boleh buat kawan. Tapi yang buat masalah ni yang saya tak gemar.

Oleh kerana itu juga saya kurang tonjolkan diri saya atau bercerita perihal peribadi saya kepada umum. Bagi saya itu terlalu privacy untuk dikongsi tapi terpulang pada pendapat masing-masinglah kan. Berpada-pada dan tanamkan sifat jujur sesama kita. Tak baik menipu dengan Auto Blogwalking. Jika sesiapa perasan, saya pernah tutup shoumix saya sebelum ini kerana entah sesiapa yang datang buat onar (tak besar pun cumanya iklan merepek je). Sebab sebelum ini saya agak jarang untuk update blog.

Tapi saya adakan balik sebab memudahkan anda meninggalkan jejak if anda tak nak komen dalam entri saya. Cumanya biarlah link yang betul sebab kerap sangat linknya tak sempurna dan sangat sukar saya nak balas kunjungan anda semua.

Untuk lebih lanjut tentang hal BW atau Auto BW, anda semua boleh baca ke sini , sini, sini dan sini.

~ Mohon maaf andai ada yang terasa..
~ Guna shoutmix yang sekarang ni lebih ok sebab saya dah buat security terhadapnya..
~ Apada banyak sini da..hahahaha
~ Paling penting, jangan bergaduh, marah-marah atau sebagainya dalam dunia blog. Malaysia ni tak besar mana dan hidup pun tak lama. Buangkan yang keruh dan ambillah yang jernih..
~ Memaafkan adalah dendan terindah

15 comments:

cik ungu said...

sokong sgt.
abw ni tak fair utk blogger yg ade effort utk klik satu2 peninggal-jejak diorg.

CIK CIRA said...

bahaya ngn orang yang tamak cmni

Brilliant Marjan said...

cik ungu

tq sudi komen..

mereka yg abw ni mmg tak patut..fikir diri sendiri je..

Brilliant Marjan said...

cik cira

tq komen =)

mereka yg bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka sendiri..nati kena marah, tahulah akibatnya...

.::: Princess MOMOY :::. said...

urm...isu ni dah makin panas nampaknyer

Student Perlu Tahu | RESUME
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?

Brilliant Marjan said...

princess momoy

tq sudi komen..

a'ah..mmg dah panas..tp xmahulah sampai gaduh2 kan..seriau nengok..so, avoid ABW!

EB said...

Hmm.. mcm ni pun ada.. huuu..

anamizu said...

betol3!!
cik ana pun tak sokong autoBW nih..
nak untung je pndai..
bile dah terbukti drg wat slh,mntk maaf pun tak..

recent post : |ikan unik|

Brilliant Marjan said...

EB

Mmg tak sangka kan..kita niat baik tp ada pula sebaliknya

~ tq dtg n komen =)

Brilliant Marjan said...

anamizu..

nmpk mcm angin je..hehe..mmg tak patut pun..erm, lg xpatut jika xminta maaf bila dh buat...sy pun panas..

~ tq komen =)

airaniez wirdani said...

Biarkanlah mereka..org baca blog ni sbb minat..mereka main tipu2 sbb nak duit tak terfikir duit tu elok ke tak masuk dlm poket sendri..wallahualam...

Brilliant Marjan said...

airaniez wirdani

setuju tu..xberkat..

~tq kak

Pustaka NurIman said...

bacalah tips yg berguna kpd blogger di
http://pustakanuriman.blogspot.com/2011/01/tips-akhirat-untuk-blogger-facebooker.html

ummuainries said...

Setuju dengan n3 ni..bagi saya, sy suka mencari blog2 yang ada nilai ilmu... yang boleh dikongsi dan di manfaatkan bersama..

aiEz said...

mcm2 jugak ye politik blog ni,mcm sy masih baru dan perlukan byk tnjuk ajr dr yg senior...harap kalau ada salah dan silap tlng tegur ye...sy mnerima kritikan dengan hati terbuka..:)