Monday, February 28, 2011

7 GOSIP CARA LELAKI

Assalamualaikum w.b.t

Kaifa Hal? Moga semuanya sihat sentiasa dibawah lindunganNya. Bila baca tajuk tu, jangan kata saya suka-suka pula kata golongan lelaki ni kaki gosip. Akuilah.. Memang ada lelaki sebegini. Lelaki dan perempuan sama je. Bila ada mulut, adalah bahan yang hendak dibualkan atau diborakkan. Tak begitu?

Tapi cara lelaki dan perempuan bergosip agak berbeza sedikit. Biasanya perempuan bergosip lebih kepada emosi, kecantikkan diri dll. Tidak seperti lelaki.

Jom selami dan ketahui 7 GOSIP CARA LELAKI

1. Duduk di kedai mamak sambil melayan bola sambil bergosip. Selalu golongan muda banyak bergosip mengenai pemain bola kesayangan mereka dan orang sekeliling ketika itu.

2. Bagi golongan pekerja, mereka selalunya banyak bergosip mengenai keadaan pejabat dan ketua mereka. Pasti akan ada saja perkara yang ingin dikatakan.

3. Bagi pasanan kekasih, percaya atau tidak mengikut kajian pakar psikologi, hampir separuh lelaki akan bergosip mengenai banyak perkara kepada teman wanita mereka. Tidak kurang juga yang mendengar teman wanita bergosip kepada mereka.

4. Lelaki ini jika bergosip selalunya akan membawa kepada pertengkaran. Ini kerana mereka begitu agresif dalam bergosip sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.

5. Lelaki bermulut jahat sering dikaitkan dengan lelaki lembut. Namun, tidak semua lelaki seumpama itu bermulut jahat atau mempunyai perilaku negatif seperti suka mengumpat atau memburukkan orang lain.

6. Golongan atasan juga ramai yang boleh dikategorikan sebagai kuat bergosip. Selalunya, mereka bercerita mengenai pesaing mereka dan pekerja mereka.

7. Bagi lelaki pertengahan usia, gosip mereka merangkumi pelbagai perkara seperti politik, isu penempatan dan hal-ehwal anak mereka.


Walaumacammanapun, bergosip (juga diistilahkan mengumpat) baik kepada lelaki atau perempuan sama sekali tidak boleh dilakukan kerana ia diibaratkan seperti memakan daging saudara sendiri kerana adakalanya gosip itu akan membawa kepada fitnah jika ia tidak benar dan jika benar sekalipun, letakkan diri anda ditempat orang yang anda bergosip itu, pasti tidak baik bukan??? Seboleh mungkin, berdiam adalah lebih baik supaya aib kita juga tidak terdedah. Namun jika untuk pengajaran, jangan sesekali menyebut nama empunya diri.

"Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka." (Hadith riwayat Imam Tarmidzi dan al-Hakim).

~ Hati-hati dengan blog, facebook, handphone, twitter dll kerana dengan kemudahan itu tanpa kita sedar, akan membuatkan kita terjebak kepada gosip yang keterlaluan...

No comments: