Friday, February 4, 2011

MAKAN MALAM DI ARABIC FOOD @ ZAM ZAM, SHAH ALAM

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah dengan nikmat kurniaan yang telah diberikan olehNYA. Semalam semua adik beradik berkumpul. Jadi rumah ini kembali riuh dengan pelbagai ragam dan gelagat yang sangat mencuit hati. Almaklumlah, family saya ni dimonopoli oleh kaum lelaki. Bertambah-tambah gawat dibuatnya.

Sejak sebelum Abah masuk hospital, Abah memang ada maklum kepada saya tentang keinginannya untuk makan rusuk daging kambing. Saya cuma mampu mendengarnya lantaran anak sulongnya ini belum ada pendapatan tetap (baru habis study). Mostly banyak juga keinginan Abah tu disuarakan termasuklah ingin makan Nasi Arab. Namun, bilangan adik beradik saya tak lengkap lagi, tak cukup kuota. So, terpaksa Abah pendam dulu lagipun Ummi kata tunggulah semua ada. Baru meriah.

Dan, malam tadi penantian itu berakhir setelah kesemua adik beradik saya kembali ke Teratak Al-Safi. Malam itu hajat Abah tertunai. Kebetulan pula, dekat paper Metro (hari Rabu) ada menyiarkan mengenai  Restoran Zam Zam. We all bertolak lepas Maghrib (lagi sikit nak pukul 8 malam) ke tempat yang dituju.

[Kami mai waktu malam kat restoran ni..]

[X merah tulah restorannya, Jln Tengku Ampuan Zabedah]

Waktu kami tiba tu, para pengunjung tak berapa ramai lagi dan Restoran Zam Zam ni merupakan yang terbesar di Malaysia. Memang exclusive dengan hiasan yang mewah dan boleh diibaratkan yang kami satu keluarga ni dah sampai ke Tanah Arab (bak kata Alang, tak perlu pergi jauh pun, Malaysia ada).

 [Style Arab yang mewah. Kami duduk kat meja bahagian pintu masuk tu..]

Namun serve mereka agak lambat sikit bila kami nak ambil menu. Tak pasti kurang pekerja ke apa. Waktu nak ambil order pun sama. Tapi saya ada perasan restoran ni mengambil beberapa pekerja wanita warga Indonesia. Yang lain semua muka arab (hatiku cair..hahaha..good looking, lol).

 [Antara menu yang dihidang dengan harga yang boleh tahan]

Abah memang awal-awal dah bagitahu nak makan Nasi Mandy. So, kami order menu tersebut dengan Lamb Chop dan Ice Tea berserta sup cendawan yang diminta oleh Angah. We are big family, so, makan tu kena beringat sikit. Lagipun harga boleh tahanlah.

Abah memang speaking namun Pak Arab (para pekerja pakai baju oren) ni balas dengan Bahasa Melayu pelat (teringat Ustaz Shehab ketika di semester dua dulu yang fasih Bahasa Melayu tapi pelat). Abah selitkan juga cakap Arab dengan pekerja ni. Hehehehe.. Beliau mencadangkan supaya kami ambil dua dulang bukan pinggan sebab kami ramai dan takut tak habis berserta dua jug Ice Tea. Satu lagi, pekerja ni ambil order dengan menulis Bahasa Arab. Cantik tulisan dia. Abah sempat kata "Kamu tulis Arab ni buat saya malu". Dia berlalu sambil menepuk bahu Abah (hebatlah dia budayakan bahasa mereka..).

Lepas dapat semua menu yang diminta, Abah baca doa dan kami pun menjamu selera. Tapi sebenarnya, walaupun Chicken Mandy dihidang dalam dulang macam makan iftar tu, tapi kami makan dalam pinggan dengan menggunakan tangan saje. Namun sekali lagi ia mengecewakan. Pinggan, gelas, dan cili pedas yang kat dalam gambar tu tak cukup. Jenuhlah nak panggil pekerja ni. Agak slow. Dan kebetulan, mujur tak pecah cawan yang diletakkan oleh pekerja wanita tu. Muka dia macam penat dan takut je.

[Our menu..Nyum nyum]

Nasi Mandy ni memang pergh!!! Terbaik! Sedap! Kaler nya pun kuning oren gitu (seperti dalam gambar). Meriah macam Nasi Hujan Panas ketika kenduri kahwin tu. Beras yang diguna berkualiti dan besar. Banyak pula tuh! Cuma hanya nasi dan ayam seketul dibelah dua. Tiada hiasan. Tapi ayam dia hancur. Agaknya masak dalam suhu yang terlampau kot. If guna ayam kampung, memang ok. Tapi maybe mahal lagilah harganya.

Bila diteratak kami ni, kami sekeluarga memang makan ayam kampung cuma makan kat luar tu je payah nak cari.

Lamb Chop nya rasa kambing lah.. Hukhuk.. Adik-adik lain tak ada siapa yang nak makan. Tapi Abah makan banyaklah. Saya makan juga sebab tahu khasiat daging kambing ni. Anjang kata dia makan sebelum ni tak pernah bau kambing. Tapi itulah..

Ice Tea tu biasa je. Angah pun kata baik Soleh yang buat lagi sedap. Tapi saya tak merungutlah. Rezeki kan..

Yang paling best, sup cendawan. Mujur order satu mangkuk kecil. Ni yang part paling lawak. Hahahahaha.. 

Angah kata, "Bagi satu round pun sure dah habis". 

Maksud mendalam tuh! Berpusinglah sup tu untuk dirasai. Muka masing-masing pelek je saya tengok. Namun, bila masuk dalam mulut saya je... Tiga empat sudu je saya rasa. Tak tahu nak gambarkan macam mana rasanya tapi bagi saya, i'll try it. 

Angah dan Alang siap pakat kata, " Bolehlah ko cari suami Pak Arab".

[My Brothers - Acik and Soleh]

Saya sengeh je. Rasa sup tu memang weird. Susu masam (yogurt) yang berketul gitu. Rasa asli lah. Gambar tak ada nak tunjuk. Tapi Angah kata macam tepung je. Dia memang tak pandai nak merasai! Saya siap cicah makan dengan ayam. Tak lah sampai habis saya makan. Bukan selera kita orang Melayu ni. Cuma yang kesian Andak, sebab dia terus berpinar bila try sup tu. Terus tak lalu nak makan lain. Macam menggigil satu badan dia. Haila. Hahahahahahaha.

Bayaran: RM 244. Pergh!!!!!!

Gambar di atas bukan milik saya sepenuhnya kecuali yang ada Marjan Ibtisam kaler merah tu. Yang lain adalah gambar family kami tapi di hand phone adik saya. Saya sekadar berkongsi pengalaman menjamu selera di Restoran Zam Zam ini. Terima kasih kepada FoodCraver.

~ Tekak ku tetap selera Melayu + western food. Rupanya, Abah pernah makan Nasi Arab (tapi jenis lain) bila berkelana di UK suatu ketika dahulu. Kat sana, itu je yang ada dan halal.

~ Restoran ni dua tingkat sebenarnya dan di sebelah kiri restoran terdapat kedai kecil yang menjual jubah lelaki dan wanita, lukisan dan lain-lain lagi.

2 comments:

Cap Api said...

wah sedap tu.. xpernah makan makanan arab..

Brilliant Marjan said...

Cap api >>

InsyaAllah sedap..terpulang pada selera masing-masing. Bagi yang berani, cubalah...