Thursday, February 10, 2011

SIHAT & CANTIK

Assalamualaikum w.b.t

Hai. Apa khabar anda semua? Semoga anda semua sihat hendaknya. Dan tak lupa juga saya ingin meminta jasa baik anda tak kiralah sahabat blogger saya atau silent reader (saya rasa ada yang sudi baca blog saya secara senyap) untuk mendoakan saya mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan minat saya. Saya tak sabar nak bantu Ummi dan Abah saya... Doakan saya ye..

Cuma saya hairan sejak kebelakangan ini, saya kerap sangat sakit kepala. Saya tak tahu sebab apa? Nak jumpa doktor, ubat biasa yang akan diberi (saya penghidap migrain). Huhuhu. Moga tiada sakit yang lebih teruk lagi.

Bila sebut pasal sihat dan cantik, ia pasti saling berkaitan. Betul tak? Jika kita makan mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan dan rajin bersenam secara tetap, pasti kita memiliki tubuh badan yang sihat, cergas dab bertenaga. Bagi yang berkemampuan pula, makanan tambahan pasti menjadi teman rapat tak kiralah jenama apa pun asalkan mendapat kelulusan pihak kesihatan.

Bagi yang mengamalkan petua lama atau lebih cenderung mengikut amalan nenek moyang seperti memakan ulam-ulaman, lulur dan sebagainya, sudah pasti tubuh badan akan kelihatan sihat dan cantik.

Senang kata, macam-macam boleh dilakukan dan terpulang pada kita untuk menampilkan penampilan diri kita yang paling hebat pada orang ramai dan yang penting untuk keyakinan dan kepuasan diri kita sendiri. Orang tak puji tak apalah asalkan kita sayang diri kita. Siapa lagi ye tak yang nak sayang diri kita kalau bukan tuan badan sedndiri. Dan yang paling penting jangan pula memilih untuk memudaratkan diri sudahlah ye. Faham maksud saya?

Aik... Ada yang tak faham ke? Ok, macam ni. Sebagai contoh memilih produk yang membahayakan diri kita dan yang paling teruk ia adalah kesan jangka panjang. Contohnya produk yang tidak mendapat kelulusan dari pihak yang berwajib dan yang tidak bersesuaian dengan tubuh badan kita. Tak pun sebarang je mencuba apa yang disarnkan oleh sahabat-sahabat. Kadangkala, produk kecantikkan atau kesihatan ni mungkin ada yang sesuai untuk sahabat yang ingin membantu namun tidak sesuai untuk kita pula. Pernah terjadi ke pada diri anda?

Di sini, ada sedikit informasi yang saya ingin kongsikan kepada sahabat semua dari apa yang saya baca.

Cara betul makan salad

Ada setengah dari kita lebih suka makan sayuran dari memakan daging. Betul tak? Orang kata vegetarian. Tapi tak juga. Maksudnya ada yang suka meratah sayur sebagai makanan ringan atau sampingan dari mengambil menu yang tidak sepatutnya demi memastikan tubuh badan yang sihat dan kuat.

Mengambil salad ketika makan tengah hari memang langkah bijak untuk mengurangkan berat badan tetapi bukan dengan menikmatinya bersama dressing (seperti mayones, cuka atau minyak) bebas lemak. Kajian Universiti Iowa mendapati, mereka yang memakan salad cara ini kekurangan karotena, sejenis antioksida yang membantu proses pencernaan.

Maka nikmatilah salad anda dengan dressing lazat yang mengadungi lemak tanpa perlu berasa bimbang. Pilihan terbaik ialah minyak zaitun.

* Sedapnya makan sayur atau salad. Ambil banyak pun saya tak malu. Ulam selom paling saya suka.

Jangan malas suci solekan


 Hah, ni tips berguna untuk mereka yang gemarkan make up dan suka bersolek. Almaklumlah, perempuan ni memang tak boleh dipisahkan dengan alat solek tak kira apa jenama sekalipun asalkan mereka merasakan yang diri mereka cantik dan menarik. Lagi-lagi untuk tatapan Sang Arjuna (suami ye yang lain tak boleh haram).

Alat solek kalis air adalah cara terbaik untuk memastikan maskara, penggaris mata dan bedak asas yang digunakan tahan lama pada wajah. Namun di penghujung hari, cara menanggalkan solekan perlu diberi perhatian. Jika tidak, sisa solekan  yang tertinggal akan membuatkan kulit mudak rosak dan menjadi kusam.

Pencuci khas, minyak bayi atau air suam boleh digunakan. Paling bijak, baca label tentang cara terbaik menanggalkan kesan solekan yang biasanya tertera pada produk digunakan.

* Untuk pengetahuan, saya tidak bersolek dan sekadar mencuci muka atau guna krim muka jika ingat. Jadi say kurang arif hal solekan.


Minuman tenaga bantu kecergasan


 Biasanya para atlet atau yang aktif dan banyak menggunakan anggota mereka kerap mengambil minuman tenaga. Yang biasa 100 plus. Jenama lain pun ada juga. Terpulang pada selera.

Mengikut kajian International Journal of Sport Nutrition, minuman tenaga didapati membantu meningkatkan daya kecergasan tubuh selain. mengelak penyakit seperti selesema.

Kajian yang dibuat mendapati sepuluh atlet yang meminum secawan minuman tenaga setiap 15 minit ketika menjalani latihan, memberikan respons ketahanan badan lebih berbanding rakan yang memilih minuman lain.

* Air masak atau kosong juga yang menjadi pilihan saya. Tetap sedap bagi saya =)

~ Gambar diambil dari google

No comments: