Tuesday, March 22, 2011

CANTIK YANG PELBAGAI

Assalamualaikum w.b.t

[gambar hiasan: pandangan pertama biasanya itulah yang menambat hati]

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.


Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?


Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur

2. Keyakinan diri tinggi

3. Sedap mata memandang

4. Maintanance rendah (sepatutnya)

5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa


Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.


Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial

2. Disayangi hanya kerana rupa

3. Menimbulkan riak dalam hati

4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata


Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Sumber: iluvislam.com

[gambar hiasan: bagaimanapun, apa yang dituntut di dalam Islam, itulah keindahan yang tidak terperi]

~ Beauty is in the eye of the beholder. Memang sangat subjektif. Semalam tengok cerita korea (channel 393) TWO WIVES, Hea Ran marah dan tak puas hati dekat Ji Ho sebab Ji Ho suka Young Yee yang lebih tua daripadanya dan kelihatan seperti perempuan kampung. Tambahan Young Yee pernah bercerai dan mempunyai anak lelaki. Hea Ran merasakan dia lebih layak dengan Ji ho kerana dia muda, cantik, kaya dan hebat.

Tapi itulah, hati yang sudah terpaut, mana yang tidak sempurna ditolak ketepi dari terlalu memikirkan kesempurnaan. Bila dianugerahkan cantik pun, ia bukan jaminan untuk kita berkelakuan baik setiap masa. Kadang nafsu dan syaitan tu bergabung mendominasi akal agar bertindak sebaliknya.

Itulah lumrah. Namun yang penting, bertindak sederhana dan selalu berdoa pada Allah, agar ditetapkan hati dalam setiap perkara yang dilakukan dan bukan menjadi umpat fitnah manusia. Walaupun kita pernah tergelincir dari landasan sebenar akibat mengikut kata hati untuk cantik dan sebagainya, bangkitlah kembali untuk menghapuskan noda itu.
Orang memang akan membenci dan melemparkan pelbagai tanggapan buruk tapi insyaAllah, jika kita mempunyai azam yang kuat, musuh pun pasti sayang kepada kita. Yakin...
 
"Tidak ada manusia yang tidak berbuat dosa dan tidak ada manusia yang sentiasa sempurna"

3 comments:

soffea said...

betul. lagipon cantik itu subjektif. bersyukur dan bersederhana lah :)

Brilliant Marjan said...

cantik rupa takkan kekal tapi cantik akhlak itu yg utama...itu yg buat cantik tersebut kelihatan bernilai dri segalanya..

aniswany said...

betol betol betol ..cantek itu byk ujian....besyukurlah kalo di kurnikan wajah cantek,jgn riak .. ;)