Friday, March 25, 2011

PERASAANKU BILA BER 'BLOG'

Assalamualaikum w.b.t.


Entri ni sebenarnya dah lama saya nak published tapi ntah kenapa dijadikan pekasan. Terperap lama. Seperti kebiasaan, saya akan membuka lappy dan berjalan-jalan mencari ilmu. Banyak benar isu yang kadang tak masuk akal pula. Contohnya tentang video 'istimewa' lakonan DSAI. Ish.. Buat adik2, cari ilmu yang sesuai ye...

Ilmu ni luas dan tidak fokus pada satu perkara sahaja. Boleh jadi berita, tazkirah, iklan jawatan kosong, info kesihatan, IT, perubatan, dll. Tapi sebelum tu, saya mohon maaf jika terdapat penggunaan bahasa 'Aku' sebagai ganti diri. Lebih kurang macam luahan emosi saya pula. Eh, bukan emosi tapi luahan rasa.

Teringat seorang akak ni pernah tegur, "Adik memang suka buka laptop ye pagi-pagi? Orang muda memang macam tu agaknya". Ketika itu, air muka saya agak berubah kerana tidak sangka ditegur demikian. Mungkin bagi akak tersebut, ia agak luar biasa ibarat saya tidak melakukan apa-apa.

Jawapan saya kepada akak tersebut kelihatan agak beremosi, " Taklah kak. Saya pastikan kerja saya siap dan baru saya buka laptop. Lagipun kita kan ada assignment yang perlu diselesaikan. Jadi saya buat awal. Jika kat rumah, tengok keadaan juga. Tak de lah semedang saya ngadap laptop je." (Lebih kurang begitulah jawapan saya).

Kemudian akak tu balas, "Maaflah jika buat adik terasa. Tapi mungkin itu budaya remaja." (Muka akak ni ketika itu sukar sangat nak ditafsirkan dan saya hanya buat diam seperti tiada apa walaupun terasa kurang selesa). Saya pun tak tahu nak cakap apa dah!

Bagi pelajar atau pekerja yang selalu mengadap laptop dan tiada kemudahan televisyen, pasti itulah medium terbaik untuk melepaskan tekanan atau mencari segala informasi berkaitan bidang yang dikehendaki. Dan laptoplah antara teman paling akrab bagi individu bergelar pelajar atau orang 'korporat' - untuk istilah orang yang sibuk dengan urusan atau banyak urusan dengan berniaga.

Tapi bagi saya dan menjadi prinsip saya, saya akan laksanakan kerja saya dahulu sebelum melakukan serampang dua mata jika mood study saya sudah berkurangan. Hahahahaha.. Rasanya normal manusia memang macam tu..

Ok, berbalik kepada mulanya kisah saya ber 'blog' adalah melalui subjek Web Programming yang diajar oleh En. Kerul (nama yang kami panggil) ketika saya di semester 3 dan semester 4. Para pelajar Bachelor Business Administration with E-Commerce (BBAEC) diwajibkan untuk mencipta blog milik sendiri dan markah akan di ambil sebagai assignment kami. So, nak tak nak, terpaksa juga buat.

Ketika itu saya masih lagi kurang berminat dengan ilmu 'glamor' sedemikian. Maksudnya pendedahan kepada umum. Saya agak lambat menceburi dunia teknologi walaupun tahu kepentingannya. Yang saya tahu hanya untuk melakukan assignment, search info tentang assignment dan yahoo messenger  tanpa memikirkan hal lain. Apatah lagi hendak bermain game.

Namun, hatiku terpanggil pabila Anjang mempunyai blog yang dilakukan untuk memudahkan perjalanan program yang diikutinya. Aiseh... Tak boleh jadi ni.. Dalam hati dah berkata "Aku ada blog pun tak jalan, macam mana ni? Padahal aku budak separa IT." Sejak tu bermulalah segalanya..

Memula blog aku ni simple je. Banyak yang copy past. Sebab sayang sangat nak buang apa yang aku dapat melalui email. Lagipun tiada salahnya jika ia bermanfaat untuk dikongsi bersama. Tak adalah aku simpan seorang je ilmu tu. Boleh jadi juga sebagai peringatan buat diri aku yang selalu alpa.

Bagiku, blog ini umpama sebuah diari. Kita bebas nak bercerita tentang apa yang kita suka dan apa yang telah kita lalui. Bila aku dah mula mahir dengan selok belok blog, aku lihat ramai lagi yang lebih advance dariku. Blog gah dan ramai follower. Namun aku tak kesah sebab bukan itu yang aku cari. Aku tahu apa yang aku nak!


Macam-macam cerita yang aku baca jika berziarah ke blog lain. Tapi yang boleh aku lihat bezanya adalah blog yang dimiliki oleh lelaki dan perempuan. Blog lelaki ni lebih kreatif. Ada je isu yang bernas dan best yang dibincangkan. Isu politik, sosiobudaya, camping, khat, DSLR, jiwang dll. Bahasa yang digunakan agak santai dan selamba tapi masih lagi boleh difahami. Ada juga yang mempunyai ramai pengikut. Aku pun tak terkecuali. If korang nak tahu, list tu ada kat kiri kanan dalam blog aku nih.

Bagi blogger perempuan pula, mostly isu yang sama. Tudung, make up, shopping, masakan dll. Majoriti menjurus kepada hal perempuan. Jarang nak keluar dari isu lain. Tapi ada juga yang lain. Cuma tak ramai. Tentang hal ni, ada juga yang aku suka dan ada juga yang aku tak suka. Pasai apa aku kata lagu tu? Ada yang borink je aku rasa.. Sebab tak semua perempuan suka make up dan suka tudung yang berlilit bagai tuh. Lepas tu, kadang ada yang letak gambar banyak-banyak. Taulah lawa.. Tapi tak perlulah nak menonjol. Itu pendapat aku ye.. List blogger perempuan yang kerap aku singgah pun ada dalam blog aku ni.. Ada juga ilmu untuk future bila aku dah kawen nanti...

Aku suka follow mana-mana blog yang aku rasakan sangat menarik. Tak kisahlah cerita apa pun tapi biasanya yang unik bagi aku dan ada ilmu. Walaupun ada yang glamor tapi itu tolak tepi. Orang lain tak tahu pun apa yang aku suka dan aku umpatkan. Simpan hati je senang.. Tapi biasanya jarang aku nak komen kat blog yang aku suka datang. Ntah kenapa. Bukan sebab malas.. Cuma mungkin tak perlu untuk dikomen, line tak ok atau apa. Alasan ke?

Tapikan, yang tak bestnya bila blog yang aku follow ni tak aktif sampai berbulan-bulan tak update or hilang jejak sebab lupa password or dikerjakan orang or berpindah. Bagilah amaran awal-awal jika berpindah atau diprivatekan. Sedih je aku rasa bila tak dapat baca. Macam yang hilang jejak tu memang tak boleh nak dibuat apa.. Biasanya aku dah keluarkan dari list aku.. Maaflah ye..

Satu lagi yang aku rasa bila ber'blog' ni, dapat luahkan perasaan. Tapi anda silap.. Saya JARANG atau KADANG-KADANG untuk mengadakan sesi luahan emosi dalam blog. Ada juga sahabat saya yang sibuk dok cek blog saya untuk tahu kisah istimewa saya tentang dot dot dot.. SILAP! Hahahaha.. Sorrylah geng..

Peribadi rahsia, namun ilmu lain boleh dikongsikan.. Tapi bagi sesiapa yang tahu erti tersirat, ada juga yang aku selitkan.. Cuma, aku rasa happy bila ada blog.. Ibarat ada teman walaupun hanya bisu namun buat aku gembira dan menghargai apa yang ada... Satu lagi, aku tak reti nak beramah sangat dalam blog berbanding bila orang kenal aku secara berdepan. Tak kenal maka tak cinta!!

Ni nasihat aku bila anda berblog

1. Setting niat. Mesti ada sebab takut keluar landasan.. If u nak publish diri u pada umum, silakan. But, if not, lupakan.. Janji jangan tipu.. Sebab itu lambang identiti..

2. Berblog secara berhemah. Ini adalah medium yang selalu dan mudah orang baca, singgah dan datang untuk search info. So, isikan hal-hal yang bermanfaat yang anda rasakan perlu untuk buat CSR. Kira buat khidmat social lah.. Berdakwah melalui cara anda sendiri... Macam saya yang kurang pandai nak karang, buat mana yang mampu je.. At least boleh dapat saham dengan kongsikan apa yang baik..

3. Jangan bergaduh atau hentam blogger lain sesuka hati. Hah.. Ni memang tak baik. Sama juga macam mengumpat.. Tak suka, tegur personal lah..  If tak kenal, jangan pandai-pandai nak heboh satu dunia keburukkan dia.. Diam dalam hati dan tegur personal tanpa mention nama orang tu.. Berani kerana benar..

4. Bahasa yang sopan dan mudah difahami. Kadang bila baca kat sesetengah blog tu, saya rasa sedih.. Sedih sebab jadi medium mengumpat dan gelanggang untuk bergaduh. Maka keluarlah kata-kata yang serupa bukan manusia. Satu lagi, ada yang guna short form yang sangat pelik. Memang pening nak baca.. Macam tak bagi singgah je.. Hish...

5. Jangan over tonjolkan diri. Ini yang saya kurang gemar. Sebab saya bukan macam tu. Tapi jika anda memang begitu, berwaspada. Jangan menjadi tempat orang berbuat fitnah kerana sikap kita dan perilaku kita. Jadilah orang yang sederhana..

6. Simple dan tak berat. Blog macam ni cukup aku suka. Rasanya blog aku pun tak berapa berat sangat. Oklah.. Tak berat dengan widget yang pelik-pelik.. Kalau ada, korang kabarkan ye..

Rasanya cukuplah 6 nasihat yang aku berikan tu.. Dah tiada idea.. If ada yang anda nak share..kabarkan ye..

Macam best je ada wordpress.. Tapi macam tak larat je nak bawa.. Terfikir nak tutup blog pun ada...Ish..

"Ya, Razak! Mudahkanlah rezeki ku dalam memperolehi pekerjaan yang lebih baik lagi. Aku hanya ingin menyenangkan orang tuaku dan membantu adik-adikku..Amin"

No comments: