Sunday, March 20, 2011

SABTU YANG HEBAT DAN LETIH

Assalamualaikum w.b.t

Kabare? Hari ni tentu ramai ibu bapa yang sibuk untuk menghantar anak mereka pulang ke asrama masing-masing, memandangkan sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada esok hari. Ada juga yang berehat sahaja di rumah atau melihat belon panas yang sekarang sedang berlansung di Putrajaya. Semoga masa yang ada dapat ditumpukan sepenuhnya untuk beristirehat bersama keluarga tersayang. Tanpa mereka di sisi, hidup kita pun tak ceria.

Semalam seharian kami sekeluarga tidak ada di rumah. Menghantar rombongan peminangan untuk adik saya buat sicantik manis pilihannya. Wooha! Letih. Maklumlah balik hari. Sekadar catatan ringkas yang ingin dikongsi bersama sahabat sekalian =)

[Barangan dari pihak lelaki kepada perempuan. Bersungguh saya,Ummi dan Anjang buat hantaran ni. Sireh junjung pertama saya buat sendiri.]

>> Lepas Subuh kami sekeluarga dengan menaiki 3 buah kereta bertolak ke Parit Buntar (tempat persinggahan - rumah Tok Njang).

>> Dalam perjalanan tu saya dah bekalkan bahulu, popia goreng dan air mineral untuk 3 buah kereta. Ini kerana kami tidak berhenti di mana-mana melainkan untuk mengisi minyak.

>> Sampai di rumah Tok Njang menghampiri pukul 10.00 pagi. Dapatlah berehat sebentar. Rumah Tok Njang ni sebagai tempat singgah untuk adik-adik Ummi berkumpul sebelum pergi ke destinasi seterusnya. Rumah bakal adik ipar saya. =)

>> Nak menghampiri pukul 11 pagi, Acik Wan (Adik Abah) dan keluarga sampai. Acik Wan sebagai orang tengah untuk majlis nanti. Seterusnya ketibaan Pak Ndak sekeluarga dan Pak Ngah sekeluarga.

>> Lebih kurang pukul 1 petang, kami bertolak ke destinasi terpenting. Tapi singgah solat dulu di surau tak jauh dari rumah si gadis. Ececeh..

>> Macam nak menikah je lagaknya bila kami berjalan kaki dari surau dengan membawa hantaran ke rumah Pak Said, bakal bapa mentua adik saya. Alang disorokkan buat sementara waktu. Tak boleh ikut sekali masuk.


[Barangan balasan dari pihak perempuan untuk lelaki. Banyaknyew....17]

>> Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Macam lucu je sebab ada juga insident yang tidak diduga berlaku. hehehe.. Apa-apapun, rombongan dari Selangor ke Kg. Chena'am, Pulau Pinang semuanya selamat. Makanan pun sedap dan tidak putus-putus bekalan makanan untuk di bawa pulang.

>> Saya lak sangat sengal pergi tinggal cermin mata di rumah Tok Njang. Inilah padahnya bila cermin mata bukan menjadi kebiasaan hidup. Perasan mata ok! (terpaksa singgah semula untuk amik cermin mata).

>> Singgah sebentar di rumah Mak mentua Acik Jed. Acik Jed saya ni sekarang sudah bergelar usahawan cendawan. InsyaAllah pelaburan yang dilakukan berjaya seperti yang dikehendakinya.

>> 5.47 petang bertolak balik ke Selangor. Hujan kejap lebat kejap gerimis. Lengang dan jamp, biasalah tu..

>> 9.20 malam sampai di teratak al-Safi. =)


**** Moral cerita, saya bakal iringi Ummi lagi selepas ini untuk menyarungkan cincin buat gadis yang lain pula. Maklumlah rumahku ini ramai hero-heronya. Semuanya jauh-jauh belaka! Adeh... Pening pale den..

No comments: