Thursday, March 31, 2011

TELUR KURANGKAN KOLESTEROL


Siapa suka makan telur? Bagi penggemar telur, anda tak perlu bimbang. Ada berita baik untuk anda. Sebenarnya, kebanyakan daripada penghidap hipertensi sering menghindari telur dalam hidangan mereka kerana ia dianggap mengandungi banyak kolesterol. Namun, kandungan nutrisi dari Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyarankan sebaliknya. Dikatakan, kandungan kolesterol pada telur tidak sebanyak yang diheboh-hebohkan.

Batu-baru ini, USDA mengkaji kandungan nutrisi pada telur ayam berukuran standard. Hasil kajian menunjukkan bahawa rata-rata kolesterol yang terdapat di dalam sebiji telur bersaiz 185 mg adalah 14 peratus lebih rendah daripada data sebelumnya. Analisis ini juga menyatakan bahawa telur besar kini mengandungi 41 IU vitamin D, naik sejumlah 64 peratus daripada data sebelumnya.

Ini merupakan prosedur pengujian terhadap telur setelah kajian terakhir pada 2002 lalu. Sementara itu, nilai nutrisinya masih sama dan nilai kolesterol mengalami penurunan sebanyak 14 peratus, sedangkan nilai vitamin D meningkat sebanyak 64 peratus dari 2002.

~ Fuh!! Dapat juga publish 26 entri untuk bulan 3 sempena umur saya. Simbolik. Esok masuk bulan 4 dah.. Cepatnya masa berlalu.. Yezza.. Ada cerita baru dari lebaran baru =)

3 comments:

ain revival said...

suka makan telur..nak2 telur mata y telur kuningnya separuh masak..:)

SiQaH HuSSiN said...

lega dgr..sy suka makan telur...kadang2 risau jugak tp slumber je makan..

Brilliant Marjan said...

to ain revival & cutiesifa >>

selera sy pun sama seperti anda berdua..menu mudah dan ringkas..siapa yg amalkan diet atkins, biasanya dorg lebih gemar mkn telur...tok sah risau lah..tp semua makanan, ada khasiatnya, just kena pandai kawal mana yg patut