Sunday, April 3, 2011

3 CARA MAKSIMUMKAN KHASIAT BUAH-BUAHAN


 Kesemua buah-buahan pada dasarnya menyihatkan dan amat baik dimakan. Lebih baik dan menyihatkan lagi apabila ditambahkan dengan cara penyajian yang sesuai.

Tetapi bagaimana cara terbaik memaksimumkan sajian makanan daripada buah-bauhan? Ikuti tip di bawah:

1. Nilai nutrisi terbaik

Bagi mendapatkan nutrisi maksimum dari buah-buahan, makanlah buah-buahan secara mentah atau yang dipotong. Kurangkan makan buah-buahan yang dibuat jus. Ini kerana, ia akan memberikan serat yang baik untuk melancarkan sistem pencernaan. Pilih buah dengan kandungan kalium yang banyak seperti pisang, pic, tembikai ataupun oren. Beli buah sesuai dengan musimnya agar ia lebih murah dan rasanya lebih berkualiti.

* Setiap buah ada khasiatnya dan boleh dijadikan pelawas. Cth: Betik, jambu dll.

2. Sebagai makanan utama

Ketika bersarapan, sebagai tambahan dalam makanan bijirin anda, cuba tambahkan pisang atau epal. Kemudian, minum jus oren. Pilih jus asli berbanding jus yang diolah. Untuk makan malam pula, cuba sajian kombinasi daging dan buah seperti nanas dalam daging asam manis.


* Buat kerabu mangga pun ok juga. Pelengkap menu.Pasti terangkat...


3. Sebagai jajan


Boleh juga dijadikan sebagai makanan ringan anda di waktu malam atau waktu di antara waktu makan utama. Potong buah dengan saiz yang sederhana dan makan bersama dengan kuah rojak, atau dimakan begitu sahaja. Boleh juga makan anggur atau buah betik.

* Salad buah...sedap tu...


~ Pilihlah gaya hidup yang sihat demi kebaikan diri anda.

No comments: