Sunday, April 10, 2011

KELEBIHAN MEMBERI NAFKAH

Ibn Mas'ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila seseorang memberikan nafkah kepada keluarganya dengan niat semata-mata mencari keredhaan Allah, maka baginya pahala sedekah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saad bin Abi Waqqas berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai Saad, sesungguhnya apabila engkau menginfakkan (membelanjakan) harta semata-mata kerana mencari redha Allah, pasti dapat pahala hingga sesuap nasi yang masuk ke mulut isterimu pun ada pahala." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Yang paling besar pahalanya ialah diinfakkan kepada isterinya." (Riwayat Muslim).

Nabi Muahmmad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Yang pertama sekali dimasukkan atas timbangan amal seseorang adalah kebajikan memberikan nafkah kepada keluarganya." (Riwayat Muslim dan al-Tirmizi).

Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa harta yang disedekahkan tidak sekali-kali mendatangkan kerugian, malah akan dilipatgandakan oleh Allah. Abdul Rahman bin Auf r.a. berkata,bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak akan berkurang harta disebabkan sedekah." (Riwayat Ahmad).

Seseorang yang pemurah akan diberikan kelapangan rezeki. Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Setiap pagi ada dua malaikat yang mendatangi umat manusia. Yang pertama berkata: 'Ya Allah, berikanlah kelapangan rezeki kepada orang yang suka berinfak.'" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

~ So, buat para suami yang insyaAllah menjadi ketua keluarga yang baik, pasti akan memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya.. Jika ada yang berpisah hidup, namun tanggungjawab kepada si anak perlu juga diberikan.. Ingat! Allah akan tanya apa yang anda lakukan kepada keluarga anda...

~ Di sini juga digalakkan untuk bersedekah.. Niatkanlah perkara yang baik yang anda hajati. InsyaAllah segalanya mudah bagi anda...

No comments: