Wednesday, April 13, 2011

KERJA

Assalamualaikum w.b.t.

[If you love your job, InsyaAllah it will help you to overcome all the other problems]

Alhamdulillah segalanya berlansung baik bagi saya. Saya harap anda juga mendapat motivasi yang sama. Niatkan setiap hari adalah peluang untuk mencari ilmu dan kebaikan. Seperti mana Ummi pernah pesan, setiap hari sebut sebanyak 21 kali "AKU BOLEH BUAT" (apa-apa azam yang ingin anda capai..tapi jangan tanya mengapa perlu 21 kali..saya tidak tahu reason nya).

Alam pekerjaan ketika lepas SPM or STPM rasanya tak jauh beza. Cumanya pengalaman yang dikutip itu yang berbeza jika bidang yang diceburi berlainan. Ketika lepas SPM or STPM, biasanya tempoh kerja bukan dalam jangka masa yang lama. Orang kata nak kumpul duit poket untuk menampung pengajian seterusnya. Tapi situasi itu berbeza bila kita sudah habis belajar dan memang jual diri untuk bekerja. Kena market kan diri kita kepada syarikat-syarikat yang kita kehendaki berdasarkan kelayakkan yang kita perolehi demi mencari sesuap rezeki yang halal.

Niat saya ketika mengambil bidang perakuanan dulu adalah untuk menjadi Akauntan yang paling hebat (jarang nak jumpa orang Melayu macam ni dan saya sedar saya bukan minat Matematik), namun itulah yang terbaik buat saya ketika ini. Apa pun saya bersyukur walaupun bukan bidang saya (belajar dah tinggi sangat sampai banyak cita-cita; tengok keadaan ketika itu).

"Apa yang kita nak tidak semestinya baik untuk kita dan apa yang kita tak nak tidak semestinya tidak baik untuk kita." Itulah kata-kata hikmah yang mempunyai maksud yang sangat dalam dan saya pegang sekarang ini. Ia benar-benar membantu saya.

Walaupun baru nak bertatih dengan kehidupan yang dilalui ini, saya bersyukur sangat sebab Allah lorongkan jalan saya ke arah ini. Belajar dengan kawan berbangsa Cina yang baik dan sangat menghormati antara satu sama lain. Niat saya yang pada mulanya saya fikir tak kan dapat sebab bidang dah lari, akhirnya inilah yang saya dapat. Alhamdulillah... Sujud syukur dan puasa nazar sudah saya buat.

"Some look at work as a burden they must shoulder and indeed it is a heavy yoke to bear. To a lucky few, work is a place to express their creative spirit. As we know there are some who cannot find a job to support themselves with honor. It is indeed a privilege to be able to support oneself."

Saya sangat sayangkan kerja saya sekarang ini. Semoga Allah permudahkan urusan saya demi membantu keluarga saya. Amin..

~ Alhamdulillah saya mendapat keluarga yang sangat-sangat menyokong diri ini dan rakan sejawat yang memahami. Saya wajib hargai apa yang saya ada dan saya perlu berubah ke arah yang teeeeeerbaik...

2 comments:

puteraduyong said...

insyaallah...Allah pasti ada...

Brilliant Marjan said...

Allahumma amin..tq putera duyong