Saturday, April 23, 2011

SISI KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t.

Hari minggu macam ni, inilah saat yang saya tunggu sebab boleh rehat dari fikirkan hal kerja. Suasana di tempat kerja dengan di rumah lain benar saya kira. Itulah sebabnya dinamakan "Rumahku Syurgaku."

Lepas breakfast tadi sempat saya berjalan dari satu blog ke satu blog. Sebenarnya yang paling menarik bagi saya adalah gambar yang menghiasi sesebuah blog atau entri di blog terbabit. Bukan cerita je yang saya suka nak baca tapi mata ni suka pula nak dijamu dengan pemandangan atau kata-kata berbentuk motivasi. Memang best!

Walaupun hanya gambar yang diletakkan sebagai subjek utama, kadangkala mood seseorang itu boleh berubah. Itulah dipanggil sisi kehidupan. Setiap pandangan dari kita mungkin berbeza dan jarang sekali untuk sama atau tepat terhadap sesuatu. Tetapi disebabkan wujudnya persefahaman atau toleransi, segalanya menjadi satu dan mudah. Itu juga adalah kehidupan.

Sebab itu Allah menjadikan kita berbeza supaya kita mampu mengenal antara satu sama lain dan menerima segala keburukan dan kebaikan orang lain terhadap kita. Itu juga merupakan satu proses pembelajaran dan kehidupan. Jika kita hanya memandang dalam kawasan lingkungan kita terhadap sesuatu perkara, mungkin sudut berfikir kita juga sedikit tertutup dan sempit.

Tetapi jika kita mampu bergaul dan mengenali perbezaan orang lain dari pelbagai sudut, maka potensi untuk kita menjadi manusia yang memahami sangat tinggi. Maksudnya, bila kita cuba fahami orang lain yang berbeza, kita belajar suatu perkara baru sebagai contoh sifat sabar, terima pendapat, empati, perkongsian, ambil tahu dan ambil berat dan sebagainya.

Dengan itu, kita perlu belajar menerima kejadian Allah yang lain. Sebab setiap manusia perlu ingat, kita adalah satu kelompok kehidupan yang saling memerlukan dan ditambah dengan pelbagai ragam dan emosi, sudah tentu rantaian yang kita ciptakan dan memang menjadi peraturan Allah itulah sebaik-baik perkara di muka bumi ini.

Jom berfikir melalui gambar yang saya sertakan di sini...

[Tak sabar saya nak jejak ke bumi yang berkah ini.. -_-]

[Hatiku milikmu...ececeh..happy birthday to Utih, Anjang & Ummi]

[Source: Almostrue]


[Sources: Breanchansukna]

[Source: Deadlygroceries]




 [Sources: weheartit]







[Source: Pichaus]

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

* Ada gambar yang di cari di google...

2 comments:

Koding said...

Setiap individu adalah unik...
Dgn kebolehan dan citarasa yang berbeza...

Brilliant Marjan said...

To Koding >>

Tepat sekali. Tq komen.. =)