Sunday, May 1, 2011

INDAHNYA BERWUDUK

"Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) berkilauan cahaya kerana kesan daripada wuduknya. Oleh itu, sesiapa daripada kamu yang mampu melebihkan basuhan wuduknya, bolehlah dia melakukannya."
Riwayat al Bukhari dan Muslim

"Sesiapa yang berwuduk dengan melaksankan secara sempurna, maka dosa-dosanya akan gugur daripada jasadnya hingga keluar dari bawah kuku-kukunya."
Riwayat Muslim

"Jika seseorang muslim/mukmin itu berwuduk, lalu dia membasuh mukanya, maka semua dosa yang dilakukan dari pandangan matanya akan gugur bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Jika dia membasuh kedua tangannya, maka semua dosa yang diakibatkan oleh kedua tangannya akan gugur bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Jika dia membasuh kedua belah kakinya, maka semua dosa yang diakibatkan oleh langkah kedua kakinya akan gugur bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dengan yang demikian itu, akhirnya dia akan menjadi bersih daripada segala dosa."
Riwayat Muslim

"Mahukah aku tunjukkan kepada kamu amalan yang dengannya Allah akan menghapus dosa kamu dan meninggikan darjat kamu?"Para sahabat menjawab: "Mahu, ya Rasulullah." Baginda bersabda:"Iaitu sentiasalah kamu menyempurnakan wuduk meskipun dalam keadaan yang sangat sejuk, sentiasalah pergi ke masjid dengan berjalan meskipun jarak ke masjid jauh, dan menunggu solat berjemaah setelah dikerjakannya solat. Jika mampu melakukan yang demikian, bererti kamu telah sempurna dalam melakukan ketaatan. Jika mampu melakukan yang demikian, bererti kamu telah kuat dalam melakukan ketaatan."
Riwayat Muslim


~ Hanya rehat di rumah.... Selamat Hari Pekerja!

1 comment:

Unknown said...

Salam ziarah…
Jemput singgah di blog baru Sumanje
Tentang Malaysia
Terima kasih atas kunjungan anda
Semoga Ceria selalu dan happy blogging
Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

:)..