Monday, May 2, 2011

JALAN-JALAN SEDUNIA

Assalamualaikum w.b.t.


Semalam saat yang mengembirakan saya. Ummi pun mengharapkan macam tu. Thanks Ummi sebab sudi temankan kakak.

Walaupun orang lain gembira, adakalanya saya tidak merasakan begitu. Tapi tak apalah. Moga kesedihan itu di bawa pergi dengan cepat. Letih!

Bertemankan Ummi, saya drive ke Selangor Medical Centre (SMC) untuk melawat adik saya yang kemalangan ketika ulang tahun kelahiran Ummi saya. Allah beri ujian yang tak disangka. Mujur umurnya masih panjang lantaran memakai jaket keselamatan dan helmet yang baik. Tapi ketika sampai, Acik ditemani 2 orang kawannya ketika belajar di sekolah teknik dulu.

Doktor belum izinkan dia keluar. So terpaksa ditahan dulu. Tulang bahu kiri patah 3. Ada 6 skru di dalamnya. Allah..ngeri dengar.. Saya pun pernah ada pengalaman macam tu. Mujur boleh tulis sebab saya menggunakan tangan kanan namun tidak adik saya. Ada test ke-2 pula tu...

Lepas lawat Acik, kami menapak ke pasar Ahad di stadium Shah Alam. Walapun kelihatan melabuh tirai tapi langkah tetap diteruskan. Saja cuci mata. Bayangkalan tak beli apa-apa. Saya pun tak ada perasaan. Hanya memerhati gelagat penjual dan juga pembeli yang masih ada.

Then, menonong pula singgah ke Giant Shah Alam. Memang selamba. Memang sempoi.. Terapi emosi. Tapi memang ada tujuan. Nak beli barang dapur sikit. Selebihnya saya belanja Ummi makan dan temankan Ummi buat foot therapy.


Di foot therapy ni memang happening habis. Best la adik Ouji ni. Layanan dia pun bagus. Memang la open air tapi agak terlindung dengan pokok bunga. Mereka ni hanya buat road show je di Giant. Spa asal ada dekat Sunway Pyramid, LG. Anda boleh cari sendiri... Macam Dr Fish tu..

Saya tak sangka Ummi nak buat rawatan sebab tak tahu apa yang berlaku kerana saya pergi ambil barang, Ummi jalan dulu. (Faham-fahamlah, kadang seorang emak ni suka nak cuci mata juga kat gerai2 kecil yang ada).

Budak tu pun pelawa saya juga untuk melakukan rawatan tapi saya jadi batu dan enggan. Asyik geleng je kepala. Keras tak bergerak sebab macam terkejut. Cause yang pelawa tu budak lelaki. Yang perempuan tu dah ambil Ummi saya. Tak mereka just minta saya duduk dan temankan Ummi saya. OK.

Baru saya tahu kaki kita ni ada 3 lapisan kulit. Ramai orang tak peduli pasal penjagaan kaki mereka. Dulu jika ada masa saya akan tolong bersihkan kulit mati yang ada kat kaki Ummi tapi sekarang tak sempat. Kebetulan kaki Ummi pun tercedera akibat terjatuh. Tu yang Ummi terus buat rawatan di sini.

Bayangkanlah kami boleh bergelak sakan dek cerita lucu yang dikongsi oleh Ouji ni. Peramah sungguh budak ni. Rupanya lelaki yang ada di situ adalah adik dan juga sepupunya. Mereka ni ada pengalaman dan mendapat latihan khas di Bali. Jangan main-main tau. Memang terbaik!

Tak terluah nak kongsi macam mana di sini. Nanti ada yang tak lalu makan pula seperti Ouji ketika mula bekerja dalam bidang ini dulu. Biasalah, masalah kaki ni kadangkala ada yang rumit untuk diatasi. Macam kulit kaki merekah, diabetis, fungus dan lain-lain. Hanya mereka yang sabar dan minat yang boleh berjaya dalam bidang ini.

Ketika itu, baru saya dan Ummi terfikir inilah rupanya orang yang berduit dan kaya raya. Sebab mereka boleh tiap-tiap hari buat rawatan manicure, body massage etc.

Now, kaki Ummi macam kaki baby. hehehe.. Orang muda tak sama dengan orang berusia. So dari sekarang kena jaga kesihatan selengkapnya. Jangan luaran je diberi perhatian tetapi dalaman juga sama penting.


Lepas Giant, kami meneruskan pemanduan ke Klang. Beli barang hiasan untuk majlis pertunangan Angah. Ni pun banyak kejadian yang berlaku. Pertama kali saya jumpa Amoi Cina yang melatah. Dia siap panggil saya dengan panggilan "ADIK IPAR". Dah lah comel dan peramah maybe sebab pelanggan yang datang ke kedainya majoriti Melayu yang sibuk nak buat persiapan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Tu pasal Amoi ni ikut melatah.

Ada pekerja lelaki yang kelihatan selekah macam tak mandi dan seperti orang kurang siuman (itu andaian jika lihat dirinya) tapi sangat cekap dengan susun atur bunga. Nampak cantik gubahan yang dia buat. So, jangan pandang sebelah mata ye! Mereka juga ada peluang untuk jadi seseorang.

Apa-apa pun jagalah kebersihan tempat anda. Sebabnya mungkin cuti sempena hari pekerja, jadi ramai yang datang Klang sampai tak jumpa parking. So, we all park dekat lorong belakang tapi.....ish2...jijik...ada tikus mati...ish2....

~ Mana yang baik ambil pengajaran.. thanks Ummi...
~ Biarlah aku dengan diriku tanpa kamu..

No comments: