Sunday, May 15, 2011

KAU PENYULUH HIDUPKU

Assalamualaikum w.b.t.

“It should be recognised that the proper status of teachers and due public regard for the profession of teaching are of major importance.” UNESCO (Art. 5 of 1996 Recommendation)



Sedari kecil hanya beliau insan yang kulihat indah dipandangan mata. Tidak jemu menatang diriku sebagai permata dan penawar yang bernilai. Walaupun acapkali diri ini banyak menimbulkan masalah, namun beliau tetap sabar. Aku mendapat didikan yang sangat sempurna darinya. Itulah Ummi, ibuku sendiri.

Bila usia bertambah ke 5 tahun, semakin ramai insan pendidik yang aku kenal. Mualimah Rohani dan Mualimah Zuraini, insan yang tidak jemu berjasa pada diri ini. Aku pernah ingat, aku sakit teruk (tak pasti asma atau apa) tapi dua insan ini tetap baik melayani aku dan adikku, Angah.

Bila masuk sekolah rendah, bertambah ramai ilmuan yang sudi memberikan ilmunya kepadaku (ada 3 sekolah yang berlainan). Maaflah ada antara guru, ustaz dan ustazah yang aku tak ingat nama cuma ingat muka. Maaf sangat. Tapi jasamu tetap ku kenang dan ingat dalam hati. Aku bukan pelajar nakal tapi tetap bikin serabut dikepala guru. Hehehehehe.. Biasalah bila tak buat kerja sekolah sebab terlupa, tipu pun ada juga.. Adoi.. Jangan buat contoh ye..



Menginjak usia remaja, sekolah menengah pun macam tu. Banyak sekolah yang aku belajar. Ambil PMR sekolah lain, SPM pun kat sekolah lain dan begitu juga dengan STPM.

Tapi aku tak boleh lupa bila seorang ustaz mengatakan aku bodoh kerana aku tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam subjek yang aku ambil. Aku tak sangka beliau sanggup berkata demikian walhal diri ini tidak nakal. Hanya kurang cerdik dalam subjek killer. Sangat sedih apatah lagi beliau berkata di depan sahabat ku yang boleh dikatakan pandai di dalam kelas kami ketika aku di tingkatan 5.

Hatiku sedih dan Ummi ku yang meredakan kesedihan itu. Azamku bulat untuk membuktikannya dan aku masih ingat, aku hanya merenung wajah ustaz itu dan berlalu.

Ketika di tingkatan 6, insan yang percayakan kemampuan diri ini adalah Cik Ida Hairani. Dialah mentor ku ketika itu. Walaupun aku hanya pelajar biasa namun beliau memberikan keyakinan yang aku mampu menjadikan diriku hebat.

Belum kira aku join kelas tuisyen. Guru lain juga yang aku jumpa. Tapi ni memang tak ingat nama dan muka. Apapun tetap aku hargai jasa mereka.

Dah jadi remaja dewasa, peringkat lebih tinggi pula aku daki. Dua universiti diri ini belajar tanpa jemu. Semuanya memberikan kenangan yang tersendiri. Thanks a lot buat Cik Ahda sebab beliaulah yang membuatkan diri ini minat terhadap subjek ekonomi dan aku bersyukur masih lagi ada pendidik yang baik dan boleh dibuat kawan.



Bila di KUIS, banyak perkara aku belajar. Pahit manis masin kelat tawar semua ada. Tersangat sayang buat supervisor thesis ku Pn. Nazifah. Dengan kelembutan yang ada dan sokongan yang terbaik dari beliau dan kedua orang tuaku, itulah detik yang mengembirakan aku. Syukur sangat.

Semakin dewasa semakin mencabar. Hidup ini penuh dengan ilmu dan kita perlu belajar walaupun ianya sekecil kuman. Aku sudah merasai nikmatnya membuat MBA. Semuanya berliku. Aku hargai apa yang aku lalui untuk mendapat MBA aku. Bukan senang budak yang dianggap bodoh suatu ketika dulu untuk merasai anugerah dan peluang yang Allah beri. Aku bersyukur sangat. Namun ia berbaloi kerana ia mampu membuatkan aku ingat siapa aku.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua para pendidik yang begitu sabar dan tabah mencurahkan ilmu buat bekalan hidupku. Aku tetap ingat jasa kalian. InsyaAllah, jika takdirnya memang begitu, aku pasti mengikut jejak kalian suatu hari nanti. =)

SELAMAT HARI GURU

In teaching you cannot see the fruit of a day's work. It is invisible and remains so, maybe for twenty years. [Jacques Barzun]

I touch the future. I teach.

[Christa McAuliffe]


~ Buat sahabatku Serena, Haris, Aiman, Haez, Faiz, Zul dan ramai lagi, jadikan diri anda contoh terbaik buat bakal pelapis kita kelak. Ditangan anda tergenggam satu amanah yang wajib dilaksanakan sebaiknya.

~ Sempat diri ini bergelar Cikgu, aku gembira memberikan nasihat yang baik buat mereka yang sempat mendengarnya...

2 comments:

paiz said...

Tq.. Slamat hari guru kepada smua guru di seluruh dunia :)

Brilliant Marjan said...

sama2..martabatkan anak bangsa kita..