Tuesday, June 14, 2011

KHITBAH (BERTUNANG)

Assalamualaikum w.b.t

Isu hangat hari ni pasal kejadian gempa. Anda turut merasa ke? Masa kat office tadi saya tak rasa apa-apa pun maklumlah khusyuk buat kerja. Tup-tup bila office boy sampai je, dia ceritalah pengalaman dia dekat Pejabat Tanah. Haru biru juga katanya. Abah pun tumpang sekaki dengan Alang bercerita bila balik tadi.

Agaknya pasal nak gerhana bulan, Allah nak tunjukkan sesuatu tu. Bangunan baru kat Putrajaya tadi pun dah ada tanda retak. So, beware. Baik ingat Allah dan mengucap banyak-banyak. Termasuk sayalah tu...

Ok, berbalik pada topik utama, saya tak dapat cari dalam Kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali tentang khitbah ni. Tapi dari sumber lain, hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula (utama / baik) dari hukum "harus" tadi.

"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.

"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).

"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr. Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib (tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.*

Boleh faham kan? Serba ringkas je tu. Saya pun tak arif. (Sila rujuk pakar) Tapi apa yang saya tahu lebih elok rahsiakan pertunangan yang terjadi kerana ditakuti ada sesuatu yang berlaku dikemudian hari.

Namun, zaman kini lain pula jadinya. Sana sini heboh mengalahkan orang yang dah kahwin. Majlis yang dibuat meriah dan boleh dikatakan membazir. Siap ada pelamin lah. Berhabis duit tak sah! Betul apa saya cakap...

Makcik saya pun hairan dengan anak-anak muda zaman sekarang. Punyalah dia berleter dekat Ummi kata perempuan ada yang dok terkinja-kinja layan tetamu serupa orang kahwin. Ambil gambar macam nak roboh pelamin yang ada.

Tapi ikut suka masing-masinglah. Hangpa yang tanggung.

Sebenarnya, Sabtu baru ni (11 Jan 2011) ada kejadian penting yang berlaku dalam keluarga saya. Meminang anak orang. Inilah yang berlaku apabila ramai lelaki dalam keluarga kami. Tapi kebanyakkan persiapan semua Ummi dan Anjang yang buat. Saya pula tumpang tengok sebab memang tak ada masa untuk saya nak bantu sama. Tapi mujur persiapan dibuat awal. Saya teman beli je apa-apa yang patut. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Cumanya saya tak tahu berapa kos yang dihabiskan oleh pihak perempuan. Bagi saya simple tu sudah. Mana yang elok dan dalam keadaan baik (macam dulang, pelapik, bunga dll), boleh guna lagi. Boleh turun ke generasi adik-adik. Hehehe..

Ada sedikit gambar yang saya nak share.. 3 keping je




 [13 balasan di pihak perempuan. Dalam gambar tak penuh.]

 [9 dari pihak lelaki]



~ Semoga hubungan yang dibina berkekalan. Wahai adik-adik lelakiku, jagalah bakal isterimu seperti mana yang dirimu kehendaki. Jika elok didikannya, maka eloklah mereka. Menjaga hubungan dua keluarga bukanlah mudah namun permudahkanlah ia sesuai yang dikehendaki Islam.


* Sumber: Khitbah

No comments: