Sunday, June 19, 2011

SALAM UNTUK AYAHANDA TERCINTA

Assalamualaikum w.b.t.

Buat insan yang sangat istimewa dimataku, Abah dan semua bapa-bapa yang bertanggungjawab (yang tak tersenarai tu, syyuuuuuhhhh...), aku menghargaimu...

Setiap keringatmu, aku tak mampu nak membalasnya sebab sampai sekarang ni pun, ada lagi permintaan Abah yang tak mampu aku tunaikan (beli kereta hybrid prius-kopak duit den dengan gaji yang semput-semput ni..'-_-)

Bila mulut kami yang 10 orang ni minta diisikan sesuatu, Abah seboleh mungkin cuba penuhi agar kami tak kelaparan, tak meragam dan macam-macam lagi masalah lain.. Abah tetap tunjukkan yang terbaik buat kami semua..

Walaupun tak mewah macam orang lain, tapi kami tak banyak bunyi sebab tahu semuanya sukar diperolehi tambahan jumlah kami ni ramai..merasalah kenyang seadil mungkin.. Semuanya dikongsi bersama... Alhamdulillah

Jika ada rezeki lebih, dengan tangan kanan itulah Abah jinjit barang-barang keperluan rumah atau buah tangan dan menaiki motosikal untuk dibawa balik ke rumah dan dikongsi bersama.. Ketika itu kereta belum mampu dimiliki lagi..

Bila ekonomi keluarga dah baik sejak Abah balik dari United Kingdom dan dapat kerja lebih baik dan gaji pun lebih mantap, mudah sikit segala urusan untuk membesarkan kami.. Kami pun tumpang senang dengan segala yang Abah beri..

Tidak mewah dan tidak melarat.. Alhamdulillah. Syukur

Walaupun Abah pernah bakar anak patung aku time darjah satu dulu (Abah fikir tak sesuai untuk aku), bantai kami sebab buat bising dan bergaduh antara satu sama lain, kejar kami sebab lewat balik rumah dan merayap tak tentu pasal, aku dan adik-adik tak pernah kecil hati (tapi Utih cepat terasa pula-setiap adik lain jiwanya..adoiyai)..tapi takut tu tetap adalah sebabnya, Abah memang garang dan tegas!

Jika Abah minta kami melakukan sesuatu, Abah minta kami ulang balik apa yang Abah cakap. Kalau tertinggal, siaplah! Tapi kami tak fikir Abah nak dera kami.. Kami tahu itu tugas dan tanggungjawab Abah dalam mendidik kami untuk menjadi insan yang baik..

Tapi sejak Abah dah masuk fasa stabil (dah penat nak marah), kami lihat Abah mesra dan boleh buat lawak (lagipun aku, Angah dan Alang yang ganti Abah untuk marah adik-adik yang kecil supaya tak terleka)...Tapi majoriti anak-anak Abah dan Ummi mewarisi baka yang sama..huhu.. Jiwa pendeker dalam cara masing-masing..

Namun dalam diam, aku perhatikan dari dulu lagi, walaupun garang dan tegas, Abah masih lembut dan sangat-sangat bertanggungjawab kepada kami semua.. Kadangkala Ummi sibuk dengan urusan rumah lain, Abah mandikan kami, basuh kain, beri kami makan, masak pun pernah, bawa jalan-jalan (setiap negeri kami merasa tau..) dan memberikan kasih sayang sama adil sebanyak mungkin... Hebat Abah!

Walaupun kelihatan Abah macam tak peduli, namun diam-diam Abah bising kat Ummi supaya check anak-anak cukup ke tak.. Tapi biasanya Abah yang jenguk bilik tidur kami dan bilang sampai cukup! Tapi pernah adik aku hilang sorang, Abah kalut kejut Ummi supaya bangun sebab anak hilang..Tengok-tengok ada bawah katil sebab terjatuh..hehehehe..

Kalau sekarang ni, adik-adik ada yang lewat balik, Abahlah antara insan yang paling risau.. Contohnya, macam Uda kata nak sampai pukul 2 dari Johor, tengok-tengok tak sampai lagi...Abah dah risau.. Tapi satu lagi, bila adik-adik call Ummi kata dah sampai tempat masing-masing, Ummi tak ada tapi Abah yang jawab panggilan, terus Abah senyap tak mention kepada Ummi..huhu..

Sekarang ni kiranya, Abah dah boleh dikategorikan sebagai warga emas dan dah nak pencen pun, memang Abah banyak senyap dan diam berbanding dulu.. Namun Abah tetap perhatikan kami dengan mata tuanya (aku suka tengok Abah pakai cermin mata bila nak baca akhbar..comel!).

Kudrat Abah pun tak berapa kuat dan sihat macam dulu tambahan bila Abah mengadu tangan kanan Abah sakit (ada waktu-waktu tertentu) sebab tangan itulah yang Abah miliki dan banyak berjasa...huhuhu...

Abah pun dah pandai merajok jika hajatnya tak ditepati. Reaksi muka pun Abah dah pandai tonjolkan.. Contohnya ketip kuku dan basuh kain atau angkat kain Abah (Abah basuh asing dan sidai ditempat khas) .. Macam ketip kuku tu, Abah nak aku juga yang buat.. Abah tak mahu adik-adik lain, katanya tak best.. Sejak aku masuk Unisel lagi Abah dah suruh aku ketip kuku.. Aku pun akan ketip kuku Ummi juga.. (tapi adik lain pun nak aku berikan service yang sama pada Abah dan Ummi..ish!)

Kadang malas juga nak buat, tapi aku tetap buat juga.. Rupanya bila aku tanya kenapa Abah suka aku yang buat, Abah kata "Dulu Abah pun ketip kuku Mbah (Atok). Lagipun cara kakak dengan Abah sama..". Terdiam aku.. Maaf Abah..
 
Alhamdulillah, tahun ni Abah dapat rezeki lebih dan insyaAllah jika tiada aral melintang, Abah dan Ummi akan menunaikan haji. Jika ikut giliran yang sepatutnya (teringat reaksi Abah ketika memberitahu) memang dah kiamat. Mungkin kita semua dah tak ada lagi.. Tapi alhamdulillah dapat pergi tahun ini.

Abah dan Ummi sudah mula berdiet disebabkan adanya anak-anak yang menyokong dan aku yang tukang menjaga jadual makan minum mereka (kalau Acik, memang semua dia tak bagi nak makan) dan untuk memudahkan melakukan ibadat di tanah suci nanti..

Buat Abah dan Ummi yang sangat-sangat aku kasihi dan insan yang sangat handsome, segak, lawa dan cantik serta comel, anak-anakmu ini mengucapkan ribuan ampun maaf di atas segala keterlanjuran tingkah laku dan tutur kata yang mengguris perasaanmu secara sedar dan tidak sedar. Anak-anakmu ini sangat-sangat menghargai segala keringat, penat lelah, keluh kesah, air mata, dan kasih sayang yang maha kaya darimu kepada kami. Tiada yang lebih layak membalas jasamu wahai Abah dan Ummi melainkan Allah s.w.t. Aku mengharapkan diri Abah dan Ummi berada di tempat tertinggi dan yang paling hampir dengan Khaliqmu berserta nabi-nabi dan para soleh-solehin.

Doakan kami agar tetap istiqomah bersatu teguh antara adik beradik dan dapat membalas jasamu yang tidak ternilai itu. InsyaAllah dirimu berdua akan melihat impak besar kami dengan adanya AL-SAFI sedikit masa lagi.. Doakan juga agar anak-anakmu memiliki rezeki yang luas dan cukup, merendah diri dan suka menderma tidak kira apa cara sekalipun dan bertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran. Doakan juga kami mememiliki insan terbaik sebagai peneman hidup. Amin..



* we love you Ummi & Abah*

2 comments:

nyanyisunyi said...

Assalam...salam kenal..
Selamat Hari Bapa buat ayahanda kamu yg cukup hebat..mudah2an diberi kesihatan dn keberkatan dlam hidupnya...

Brilliant Marjan said...

wslm..terima kasih nyanyisunyi atas doa yang diberi..

salam kenal juga..tapi, kelihatan sedih je nama nyanyisunyi ni..ada maksud tersirat ke?