Thursday, July 21, 2011

AMALAN YANG BAIK

Assalamualaikum w.b.t.

Mood manusia ni kejap je boleh berubah-ubah. Sama juga dengan kesihatan. Saya bukan merungut tapi hanya menyatakan..  But the point is bila petang tadi saya dapat email kat office terus saya gembira dengan perkongisan ini. Nak kata email berantai ke apa ke..terpulang tapi bagi saya, ia ilmu yang baik.. Tapi anda, sahabat-sahabat saya jangan tak baca pula ye.. Baca sampai habis.. InsyaAllah sangat-sangat berguna..

*********************


Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dengan rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga  surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan pada Allah dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, Surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Jika dia pegang pada surah Al-Kafirun, insyaAllah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda.

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan  sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..

Ketiga, kuat fizikal.

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

Take a break........meditate. ..3 minutes & calm your mind....
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

*******************

Terpulang pada sahabat untuk mengamalkannya.. Sama juga jika kita rajin baca ayat kursi. Banyak khasiatnya. Sebenarnya setiap ayat-ayat milik Allah s.w.t yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia sedari dulu hingga kini sangat banyak kelebihannya. Setiap perkataan itu ada penawar dan hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

Dalam dua minggu lepas ketika berehat dihujung minggu kalau tak silap saya, rancangan perubatan secara Islam yang disiarkan di saluran Oasis 106 ada menyentuh tentang menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk kaedah rawatan dan penyembuhan penyakit. Pesakit ni menghidap barah (saya kurang pasti sakit apa tapi kanser tahap serius) dan setelah berubat dengan doktor ibarat tiada harapan, beliau mencuba alternatif lain iaitu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Dia dirawat dengan segala doa dari ayat Al-Quran dan beliau juga diminta membaca dan mengamalkan surah tertentu untuk penyembuhan selanjutnya dan alhamdulillah sakitnya telah hilang.

Bulan Syaaban pun tinggal sikit je lagi, marilah kita mula mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran dari sekarang. Biasakan dan basahkanlah lidah sahabat dengan alunan ayat-ayat mukjizat ini. Tadi sewaktu pulang dari kerja, sempat dengar radio IKIM. Penceramah yang dijemput juga menggalakkan pendengar untuk menghidupkan kembali hati kepada Al-Quran. Jika ada cucu 30 orang, beri setiap cucu tu 1 juzu' untuk dibacanya dan dapatlah khatam Al-Quran...

Indah bukan???

Anda berhak pilih mana yang terbaik...

No comments: