Friday, July 8, 2011

APA YANG ENGKAU TAKUT?????

Assalamualaikum w.b.t.

Sana sini dah kecoh pasal isu yang sangat-sangat ditakuti.. Ntah apa yang dirisaukan sangat. Jika disekat, makin galak orang nak lakukan apa yang ditentang..

BERSIH

Dengar, sebut atau pakai baju warna kuning, semua di 'banned'. Ada yang tak bersalah pun kena tangkap.. Huhuhu..

Psiko.. Betul ke cara sekatan sebegitu? Bukan ia menambahkan semangat orang nak join ke??? Sana sini polis dengan kon oren menghalang jalan..

Adik ke tiga saya, buat kerja luar di Utara, baru je sampai rumah.. Halangan..

Adik ke enam, masih terkandas di Gombak.. Padahal esok dia kena jumpa doktor untuk check up tangan dia yang patah tu.. Kesian dia..

Ummi & Abah menanti penuh sabar..

Adik ipar saya, seorang ahli perniagaan, pun tersekat juga.. Urusan dia yang terakhir pasti di Sri Petaling..

Semua halangan dan sekatan..

Saya??

Pagi tadi on the way ke office pun terdapat halangan.. Kalut juga sebab lewat..huhu..

Dugaan dunia yang sengaja dicipta..

Abah nak balik kerja pun macam tu.. Risau saya..

Ummi pula terpaksa buat sumpah janji untuk tidak menyertai BERSIH. Meeting tergempar yang diarahkan oleh pengetua sekolah dan terpaksa diikuti oleh semua kakitangan.. Semua aktiviti ke Kuala Lumpur atau yang seumpama dengannya terpaksa dibatalkan ataupun ditunda..

Adik ke empat kata, terdapat iklan yang mengharamkan dari mengikuti BERSIH..

Apalah yang takut sangat?????

Mungkin BERSIH 1 BERJAYA, jadi kali ini BERSIH 2 BERGANDA????

Apakah PETANDA????

~ Alhamdulillah...Walaupun sakit kepala yang amat sangat namun target kerja mencapai sasaran...
~ Permulaan yang baik untuk TAHAJJUD CINTA.. Best


No comments: