Monday, July 11, 2011

SEMAK PLKN 2012


Sejumlah 140,000 bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi 2012 sudah boleh menyemak nama masing-masing mulai hari ini dengan melayari www.khidmatnegara.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).


Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, daripada 515,697 remaja yang lahir pada 1994, seramai 140,000 terpilih untuk menyertai PLKN membabitkan kumpulan pertama bermula Januari tahun depan di 79 buah kem seluruh negara.

Semakan tersebut hanya untuk memaklumkan nama yang terpilih manakala penempatan kem dan siri kumpulan pula boleh disemak pada Disember tahun ini.

So, buat bakal wira dan wirawati sila membuat semakan menerusi SMS dengan menaip PLKN jarak SEMAK jarak nombor MyKad dan hantar ke 15888.

~ Adik bongsu saya tidak terpilih. Harap maklum.. Nampaknya hanya Alang & Anjang pernah merasa detik sebegini...

No comments: