Wednesday, August 31, 2011

AKU RELA BAJUKU BERTAMPAL-TAMPAL DARI MENDERHAKAIMU

Assalamualaikum w.b.t.

[Hari Raya & Merdeka: Google]

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka. Alhamdulillah sebagai warganegara Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dengan segala kemewahan yang kita perolehi disamping keamanan yang tiada tolok tandingnya. Saya merasa sedih melihat rakyat Somalia yang tidak cukup makan dan tiada keperluan untuk meraikan lebaran. Insaf.

Marilah kita hayati kisah Saidina Umar al-Khattab dan anaknya.

Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal).

Di antara mereka mengatakan : "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!" Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.

Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :

"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."

Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.

Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.

Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.

Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.

Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.

Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.

Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,

"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."

Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.

Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."

Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".

Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari anak Khalifah Saidina Umar al-Khattab, yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya.

Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini? Mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang? Fikir-fikirkanlah...

Sumber: iluvislam.com

p/s: Jika terdapat rezeki lebih, hulurkan pada yang memerlukan. Bila ada baju yang lebih cantik, jika tidak mahu, dermalah kepada insan yang kurang berkemampuan.

11 comments:

Anonymous said...

baju raye bape psg? hehe

abcd

Brilliant Marjan said...

4 pasang termasuk baju keje. abcd pula?

mamawana said...

Assalam

Selamat Hari Raya
Salam Puasa Sunat Syawal...
Baju kerja baju raya sama jer....kan kan kan.........

Brilliant Marjan said...

wslm mamawana >>

selamat hari raya juga =)
mama dah mula puasa ye?
tulah, sama je..huhu..

cik sue ;) said...

what a beautiful story. mekasih share yeh. suke sgt ;)

cik sue ;) said...

what a beautiful story. mekasih share yeh. suke sgt ;)

akoo pae said...

sobsob =(

Brilliant Marjan said...

cik sue >>

memang boleh dibuat pengajaran pada kita yang adakalanya meminta lebih dari sepatutnya..

Brilliant Marjan said...

akoo pae >>

jangan sedih pula ye..nanti xlarat sy nak pujuk

aiEz said...

suka cerita ni,yg ada skrg suka melebih2 walaupun dh ckup segala..mncari redha dari ibu bapa amatlah penting dalam hidup ni,syukur apa adanya...

Brilliant Marjan said...

aiez >>

setuju dengan statement aiez ^_^