Monday, August 8, 2011

Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini sudah 8 hari kita berpuasa. Sejauh manakah amalan kita? Jika ditanya pada saya..Allah.. Malu nak cakap..Mungkin kurang dari kalian.. Tak apalah.. Kita sama-sama berusaha dan berubah menjadi insan yang baik.. InsyaAllah..

Kat bawah ni saya nak kongsikan satu video.. Maybe ada yang dah tahu tapi mungkin juga ada yang terlepas tengok.. InsyaAllah.. Ada maknanya..




Pandangan saya:

Subhanallah.. Saya rasa bangga dan bersyukur sangat. Inilah contoh terbaik yang patut kita ikuti. Walaupun kejayaan Dr. Afifi Al-Akiti tidak disebarkan secara meluas pada umum namun saya sangat berbangga. Rasa nak nangis melihat raut wajah yang kelihatan tenang dan tidak tinggi diri. Didikan yang sangat sempurna dari orag tuannya. Hanya dengan sekolah pondok! Bayangkan sudah mampu berdiri sama tinggi dengan ilmuan yang hebat dan terbilang di seluruh dunia.

Saya belum mampu menggapai impian itu tapi insyaAllah mimpi dan impian yang saya bayangkan mampu jadi nyata. Bak kata Dr. Sheikh Muszaphar Shukor "Jika kita ada cita-cita, tanamkan dalam diri yang kita yakin untuk mencapainya walaupun mengambil masa yang lama. Fokuskan dengan apa yang kita idamkan itu."

Seperti yang kita sedia maklum Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ni memang bercita-cita ingin menjadi angkasan sedari kecil. Now, lihat apa yang dibayangkan dan diidamkannya telah tercapai. Begitu juga saya.. Saya bukan bijak dan bukan juga pandai semulajadi tetapi saya ada cita-cita. Alhamdulillah dan insyaAllah pada bulan November nanti, saya bakal memegang Sarjana Pentandbiran Perniagaan (Muamalah) - Mba

Dan sekarang ini cuba memecah tradisi keluarga untuk menyambung di peringkat Doktor Falsafah pula.. InsyaAllah.. Saya tengah nak cari material untuk thesis..Doakan kejayaan saya ye.. =)

~ Saya memang nak jejak bumi Eropah dan bumi Ambia.. Cita-cita saya belum lagi tertunai..



[ Nasihat Ramadhan kredit: OSM ]

13 comments:

khairul said...

Itulah berkat usaha gigih dan diiringi doa kdeua ibubapa nya ..sy tumpang bangga

Pen Biru said...

insya Allah...Dia tak akan hampakan doa2 dari hamba-Nya.Good luck lah ye :)

Pen Biru said...

insya Allah...Dia tak akan hampakan doa2 dari hamba-Nya.Good luck lah ye :)

tireless mom said...

salam...betul lah sebenarnya kita nie mampu buat apa saja..asalkan tekun n usaha kan? its so inspired!

Cik Bell said...

semoga impian tercapai k..rjin usaha pasti berjaya..:)

Brilliant Marjan said...

To Khairul >>

Kita juga boleh minta ibu bapa kita doakan kejayaan kita dalam setiap lapangan pekerjaan...

Brilliant Marjan said...

To Pen Biru >>

Amin Ya Allah.. Terima kasih ye :)

Brilliant Marjan said...

To Tireless Mom >>

Sebab tu ada patah berkata "Usaha Tangga Kejayaan" & "Insan biasa yang berusaha secara luar biasa boleh berjaya dengan luar biasa juga"

Brilliant Marjan said...

To Bell >>

InsyaAllah. Amin. Terima kasih...

ainaa said...

bangga dengan beliau. hurm. comel lah doodle puase nieh. hehe

dhiera said...

beliau pernah keluar dalam tv. tak ingat rancangan apa. tapi saya sangat kagum dengan kebolehan dan kejayaan beliau.

semoga cita-cita yg kamu idam kan akan menjadi kejayaan. InsyaAllah.

salam perkenalan~

Brilliant Marjan said...

To Ainaa >>

Doodle puasa ni Ainaa leh search dekat link yg sy sertakan tu..create by Illy Musliza.. I adore with her art..

Brilliant Marjan said...

To Dhiera >>

Salam perkenalan juga =)

Amin.insyaAllah sy nak ikut jejak Dr Afifi walaupun bidang berlainan..