Friday, August 26, 2011

DUIT RAYA

Assalamualaikum w.b.t.

Jam berdenting setiap saat. Pantas meninggalkan kita. Alhamdulillah penghulu segala hari kembali lagi. Alhamdulillah juga sebab Andak, Acik & Utih sudah selamat sampai di rumah. Jauh perjalanan adik-adikku ini. Namun, masih lagi menunggu ketibaan adik-adik yang lain.. Moga perjalanan mereka nanti selamat sampai ke rumah Ummi & Abah. Amin.

Sebut pasal duit raya ni, nampaknya niat saya belum tertunai. Maafkan kakak ye wahai adik-adikku. Mungkin bukan rezeki untuk bulan ini. InsyaAllah masanya akan tiba juga jika Allah masih lagi panjangkan usia kita. Sebak pula..ececeh..

Duit raya ni boleh dikatakan sebagai hadiah atau saguhati yang sangat bernilai & paling dinantikan oleh kanak-kanak, pelajar & orang bujang. Bila sebut je Syawal, pasti kita teringat duit raya waktu kanak-kanak dulu. Betul tak? Masa tulah rasa semangat nak teruskan puasa sebab dapat imbuhan dari mak ayah atau saudara mara. Memang rasa tak sabar-sabar kan?

Itulah riang gembiranya erti Syawal ketika itu. Bila dapat duit raya, mulalah tayang & tunjuk dekat orang. Ada juga yang bergaduh kerana duit. Duit kena copet lah.. Itulah sape suruh tayang lagi, kan dah kena amik! Hahahaha..

Seingat saya, mungkin selaku anak sulong, saya tidak berkelakuan seperti itu. Biasanya saya yang kena pantau adik-adik sebab Ummi dah pesan awal-awal bila dapat duit raya dari Abah atau saudara-mara jangan buat perangai tak elok depan orang. Maklumlah ramai, kadang perangai tu macam-macam. Kalau Ummi dapat tahu, pasti kami kena cubit atau paling kurang pun, saya yang cubit adik saya. Hahaha.. Kuasa veto tu..

Bila balik kampung sudah pasti habuan duit raya tu ada sama ada dari adik-adik Abah atau nenek. Kemudian kami semua berserta pakcik-pakcik yang lain berkonvoi ke rumah *Buyot yang memang sangat dikenali oleh orang kampung & adik beradik nenek. Memang meriah. Dapat lagi duit raya. Tapi kami tak terlepas untuk sebut rumah Buyot Loceng (penuh dengan loceng antik & rumahnya tinggi) serta Atok Bunga (penuh dengan pokok bunga kertas). Buyot Loceng ni saudara terdekat kepada Buyot kami. Itulah gelaran yang kami beri ketika kecil dulu bila singgah di rumah mereka.

Buyot Loceng ni rajin buat kerepek belinjau. Mula-mula saya tak berapa gemar maklumlah kanak-kanak lagi tapi sepupu saya asyik minta je bila kami beraya kat rumah Buyot ni, jadi saya jeles. Kerepek ni pahit sikit tapi sedap sangat sebenarnya. Sekarang ni Buyot & Buyot Loceng dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatehah.

[ Buah belinjau ]
[ Kerepek belinjau : kredit Elinluv ]
Berbalik pada cerita duit raya, biasanya tak banyak pun duit raya yang kami kumpulkan tu. Maklumlah orang kampung yang bekerja kampung. Jika rezeki saudara-mara kat kampung ni lebih, banyaklah yang kami dapat. Selalunya harapkan dari pakcik-pakcik kami yang bergaji besar je. Tapi jika kami balik Kedah, duit raya bertambah lah. So, lebih kurang RM 100 lebih. Jika rajin lagi, kami pergilah menapak ke rumah jiran-jiran nenek, kawan-kawan kampung atau kawan-kawan Ummi & Abah. Sangat best ye..

Cerita pasal raya rumah jiran-jiran, waktu tu tanah merah lagi (jalan rumah nenek ni dulu tak glamer dan jarang orang lalu sebab mereka fikir jalan ni dah masuk ke zon kampung sebelah), jadi kami yang memang semangat nak mengumpul duit raya berjalan kaki beramai-ramai. Ada sepupu yang agak cerewat (biasalah kaya, baju pun cumel), dia tak mahu ikut. Tapi kami tak peduli. Misi utama kena teruskan juga..hehehe..

Teringat saya ketika nak pergi sebuah rumah ni, ada lembu besar tengah enak lending sambil meragut rumput. Saya jadi penakut yang amat sangat sebab lembu tu besar (lembu dulu semuanya sihat-sihat belaka cuma yang sekarang ni je macam kurang sihat) dan kebetulan saya pakai baju raya berwarna merah. Dulu kan ada orang penah kata lembu sangat tertarik dengan warna merah. Lagilah cuak jadinya.. Semua adik-adik saya dan sepupu melepasi halangan kecuali saya. Angah patah balik temankan saya bila ada seorang pakcik ni lalu dengan basikalnya.. Lari laju kau..Hahhaha.. Tobat dah!

Actually, banyak nak cerita pasal duit raya ni tapi tak habis nanti.. Kenangan zaman kanak-kanak tu yang paling indah. Masuk sekolah menengah saya masih lagi dapat duit raya tapi biasalah kita malu kan. Sikap kebudak-budakkan tu semakin kurang. Dan masuk IPT, saya masih lagi menerima duit raya pemberian Abah & saudara mara. Lagipun saya belum berkahwin. Cuma tahun ni tak tahu lagi.. =)

Apa yang penting yang saya nak maklumkan di sini adalah adab kita ketika menerima hadiah atau saguhati dari orang yang lebih tua dari kita. Ibu bapa kena tekankan hal sebegini sedari kecil lagi. Seperti mana kata Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, sebelum nak beraya tu atau pada pagi raya tu, Ibu bapa wajib beri taklimat ringkas kepada anak-anak tentang adab ketika menerima duit raya. Ucapkan terima kasih, tidak menunjuk-nunjuk, merendah diri selain hormatkan orang yang lebih berusia.

Secara jujurnya, saya memang kurang gemar apabila terlihat sepupu yang kecil atau kanak-kanak yang bertandang ke rumah menerima duit raya. Berebut-rebut dan paling saya tak gemar bila terdengar,

"Ala seringgit je. Apalah, rumah besar tapi seringgit je bagi. Kedekut! Lepas ni kita tak payah raya lagi.."

Ingat ye, nak cakap apa pun, biar cakap dibelakang orang tersebut atau lagi baik diamkan sahaja dari menambah dosa. Terima saje pemberian tersebut seadanya kerana ia merupakan tanda ikhlasnya insan terbabit yang dia mampu beri kepada kanak-kanak yang bertandang. Sebenarnya ada juga saudara mara yang tidak mahu balik ke kampung disebabkan tidak mampu menyediakan duit raya kerana ia merupakan trend ketika tibanya Aidilfitri apatah lagi memberi duit dalam jumlah yang banyak. Jadi tidak perlulah membebankan mereka dengan memerli atau sebagainya.

Jangan pula kerana matlamat Aidilfitri untuk mengumpul duit raya menyebabkan orang lain terpaksa bermegah-megah ketika beraya dan kelihatan hebat tapi semuanya tipu belaka sebab hutang keliling pinggang. Ibu bapa perlu ingatkan anak-anak supaya menjaga kelakuan ketika bertemu dengan saudara yang kurang kemampuan dan adab berziarah ketika berhari raya atau hari lain sekalipun.apa maknanya beraya di bulan Syawal, matlamatnya & makna berziarah.

Berziarah itu penting terutamanya ketika semua saudara mara berkumpul yang mana mungkin sukar bertemu sebelum ini. Jadi kesempatan di bulan Syawal ini pasti dinantikan setiap insan. Nanti tak adalah yang tak kenal saudara sendiri. Pulanglah walaupun seketika agar silaturrahim tetap terpelihara. inya. Hal ini juga ditekankan oleh Rasulullah s.a.w, seperti yang dipetik dari hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’i,

"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".

Terlebih pula sentuh bab berziarah. Sambung balik sikt lagi pasal duit raya tadi, sebaik mungkin dan lebih afdhal bila dapat je duit raya dari siapapun, simpanlah untuk masa depan. Minta mak masukkan duit tu dalam bank supaya lebih terjamin agar tidak dicuri atau dirompak. Jika ada keinginan, belilah apa yang perlu sahaja dan berpada-pada. Lain orang lain jumlah duitnya, jadi pandai-pandailah nak uruskannya.

* Buyot : moyang (dalam bahasa jawa)

~ Rasa puas dapat menabung sendiri & rasa gembira bila teringat saat saya menghafal surah As-Saff sewaktu ketika dulu kerana dari situ saya tahu & faham ertinya persaudaraan.

8 comments:

~ummu naufal~ said...

salam my sista..hihi..buyot..comel je bunyinye..windu la kepek belinjau tu..

yepp, agree with u..sape2 yg ade anak2 or adik2 kecik ke, b4 raye bagi la tazkirah cikit..time raya, if dapat duit raya ucap time kasih, if tak dpt, ucap time kasih juga n cium tangan tuan umah..pesan suh jaga adab kat umah orang..

sume dah balik ke sista?huhu..windu lorr..onjen exam pas raya..takde mood sgt nak raya..raya ngn buku..sista, onjen nak duit raya ye..hihihi..

haipp..habes tak ngapal surah As soff tu? sila habeskan hafalan anda ya..(sambil pegang rotan)ngeh ngeh ngeh..

Brilliant Marjan said...

wslm..duit raya utk ngko tak ada..pegi minta kat anjang bad..hahaha..

bagiuh tu cium tangan org tua..lupa den nak tambah..exam raya =P

~insyaAllah

merahitujambu said...

lama x mkn kepek tu...salam syawal..dh blk kg ke?

Brilliant Marjan said...

kalau datang area banting, ada je jual kepek ni..insyaAllah balik

Apricot Pie said...

i like ur writing..!..keep it up..dpat duit rya jgn buat prgai tak elok dpn orang..:)..-..my parents pun slalu psn..:)

Anonymous said...

nk duit raye ... buleh tak?

abcd

Brilliant Marjan said...

apricot pie >>

terima kasih ye..mmg sentiasa kena ingat pesanan ibu bapa sebb itulah yg terbaik..dh ada ank2 nati kena turunkan ilmu tu..

Brilliant Marjan said...

abcd >>

bukan abcd ke yg beri sy duit raya?jgn lupa pulak ye.. =)

p/s:abcd baik hati kan..(puji melambung)