Friday, August 5, 2011

JUADAH BERBUKA

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...syukur dengan nikmat yang Allah beri. Benarlah kegembiraan hamba itu ada dua iaitu gembira ketika berbuka terutamanya dengan keluarga (lahiriah) dan gembira bertemu Tuhannya (batiniah).

Walaupun macam tak ada mood tadi tapi hati saya teringin nak buat nasi daging. Tak silap saya, ini kali ketiga saya buat nasi daging iaitu tahun lepas dan tahun ni. Semuanya bulan puasa. Hari lain tak ada pula saya nak buat. Huhuhu.. Dahsyat kan?? Pulak tu bila adik saya tak ramai kat rumah.. Itu yang menghairankan..

Bawah ni saya sediakan resepi Nasi Daging yang saya petik dari MyResipi.com. Actually saya tak follow sangat resepi ni sebab saya jenis main campak-campak dan tak reti nak ikut sukatan. Apa yang ada saya masuk je..

[Kredit: Google]
 
Nasi Daging

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 1 kilo beras Basmathi (saya guna 2 mangkuk kecil)
  • 1/2 kilo daging (macam kurang je daging saya)
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi (i guna sup tulang u..hehe)
  • 1 sudu besar rempah kurma (satu peket)
  • 1 inci halia (plus dengan 2 ulas bawang putih dan 4 ulas bawang merah. saya tumbuk halus)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga (buang biji nya sebab tak mau tergigit bijinya yang terasa amat tu)
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup (saya bantai letak sos cili..suka hati je)
  • 1 cawan susu cair (saya guna susu Ideal)
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam (saya terletak lebih garam tapi air tu saya tak buang cuma tuang sikit dalam mangkuk dan baru tambah air lain).
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga di dalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
  9.  
[Kredit: Kak Nadia Bayu]

Kentang Sumbat Keju Marjan (sedikit olahan dari Resipi Kak Nadia Bayu)


Bahan-bahan
  1. 3 biji kentang belah dua (guna russet potato. kentang ni besar)
  2. Full cream milk (susu Ideal)
  3. Butter (saya tak masukkan sebab lupa)
  4. Lada hitam
  5. Secubit garam
  6. Sepaket cheese (tak de banyak pun saya guna)
  7. Mixed Herb (campuran oregano, thyme, basil dan kulit kayu manis).
  8. Sedikit air rebusan daging (tadi kan saya mention terlebih garam dalam air rebusan daging tu, saya tak buang..so lebihan tu saya masuk dalam kentang sumbat keju ni..)
Cara-cara
  1. Basuh kentang sebersih-bersihnya. Kemudian cucuk-cucuk kentang dengan pisau/garfu. Kena cucuk-cucuk sebab kentang ni nanti kita nak bakar dalam oven. Cucuk la keliling kentang tu. Tapi  ingat, jangan buang kulit dia tau. Bakar dengan suhu 190 darjah sampai kentang betul-betul empuk. Dalam sejam lebih jugak la baru empuk.
  2. Bila tengok kentang dah empuk dan lembut, keluarkan dari oven. Potong dua. Kemudian korek isi kentang taruk dalam bekas yang agak besar. Korek kentang tu bebaik. Jangan sampai kulit dia terkoyak-koyak. (Ada yang terkoyak kulitnya sebab saya nak cepat..huhu)
  3. Dah korek semua isi kentang tu, masukkan susu, mixed herbs dan lada hitam dalam bekas isi kentang tu. Yang ni terpulang pada korang nak letak banyak mana. Dan campur sedikit dengan air rebusan daging yang terlebih garam tadi. Tidaklah sampai lembek tapi agak-gak. Kemudian lenyek semua bahan sampai rata.
  4. Lepas dah gaul rata, masukkan balik isi kentang dalam karung kentang yang dah terlopong tadi.
  5. Dah siap sumbat-sumbat kentang tu, saya taburkan dengan sedikit garam. Then baru saya letak cheese atas kentang tu sampai tak nampak isinya. Huhuhu..
  6. Lastly, bakar balik kentang ni. Tapi sekejap je lah sampai cheese atas kentang tu mencair (jangan ikut saya sebab saya terlebih bakar sampai cair atas pinggan u..) Rupanya memang kesian tapi sedap dan enak! Abah kata macam dekat hotel. Tq ye Kak Nadia.. Terjalan-jalan sampai terjumpa resepi ni dan olah ikut cara saya..
~ Ada juga iringan makanan lain iaitu cendawan goreng.. Mujur habis sebab Soleh, Alang dan Acik ada. Saya suka masak!!!!!! Rasa puas bila kita masak sendiri dari beli. Memang jimat!!!

~ Baru-baru lengan saya cedera terkena wap panas ketika memasak Nasi Tomato. Sakitnya hanya Allah yang tahu..Melecur teruk sampai gelembung dah ni..huhu.. Takut pecah je nanti gatal pula tangan ni nak garu..

      2 comments:

      muse said...

      wow semuanya sungguh menyelerakan nak sikit...

      Brilliant Marjan said...

      wah! lain kali tu..insyaAllah =)