Tuesday, August 23, 2011

KITAR SEMULA

Assalamualaikum w.b.t.

Actually banyak yang saya nak kongsikan tapi tak terluah dengan tulisan. Acapkali yang saya mampu lakukan adalah berborak dengan Ummi, Abah & Adik-adik. Kalau kawan ni boleh dibilang dengan jari je.. Susah sikit nak cerita dengan kawan ni..

Berbalik pada topik utama, setiap tahun, bulan & hari, ada saja barang yang boleh dikitar semula. Kempen kitar semula masih giat dijalankan oleh kerajaan dan NGO yang lain. Kalau kat Selangor ni, hari Sabtu diishtiharkan hari tanpa plastik. So, semua kena maklum dan peka untuk membawa plastik beg atau paper beg sendiri bila nak bershopping.

Bagi keluarga saya, istilah kitar semula ni dah lama kami guna. Bukan hanya pada barang domestik sahaja tapi meliputi fabrik juga. Hah, canggih ayat. Barang domestik saya boleh kategorikan seperti plastik, tin, botol, & paper. Kadang termasuk juga tayar, zink, besi & kayu. Alah, senang kata, banyak yang boleh digunakan semula jika korang pandai nak reka & kreatif. Barang jenis fabrik pula, saya kelaskan seperti kain, beg & langsir. Boleh faham kan?

Bila musim perayaan, pasti semuanya nak kelihatan baru. Dari dalam rumah hinggalah luar rumah. Semualah nak berwajah baru supaya dapat mengalahkan jiran yang di sebelah rumah. Tak gitu? Ok, sebelum bebel lagi panjang, saya nak ingatkan, jangan sesekali tanamkan sifat riak & suka menunjuk-nunjuk dengan rezeki yang kita ada kepada orang lain. Cukuplah dengan bersederhana setakat yang kita mampu. Nanti bila jatuh ke bumi, tidaklah kita rasa menyesal sangat. Hidupkan ibarat roda. Ada yang di atas & ada yang di bawah.

Sebut pasal tukar baru dan kitar semula ni, sebenarnya hal sebegini boleh diselesaikan dengan cara yang mudah. Tak perlu nak bergolok-gadai macam-macamlah. Barang lama yang terasa elok tu boleh digunakan semula dan tambahkan dengan hiasan yang lain jika perlu. Contohnya kain langsir, sebelum ni kosong je langsir tu tapi tengok balik langsir tu tetap elok cuma tambah dengan kain lace ke, manik ke. Terus jadi baru. Sama juga dengan kusyen atau sofa. Adakalanya kayu kusyen tu masih kukuh lagi. Jadi tak perlu beli baru. Cuma tukar lapik kusyen atau sofa sahaja. Hah, itulah kreatif namanya. Pedulikan orang nak cakap apa..
Dulu penah seorang saudara secara sengaja luah "ala langsir murah je baik buat alas meja" ketika kami kecil dulu. Ummi diam je sebab ekonomi keluarga pun tak berapa ok. Langsir biasa je Ummi jahit sendiri. Elok je kami tengok. Mereka apa tahu.. Nak bergaya tu tengok keadaan diri dulu. Sama juga terjadi saat kami dah besar pun ada juga yang mulut tak berinsurans sibuk cakap banyak.

"Ooo..macam ni, tak lah kaya mana.." Aiseh..panas je telinga dengar. Siap selidik satu-satu isi rumah. Huhuhu.. Sebenarnya, tahun lepas, Ummi pernah minta tolong salah seorang saudara untuk menjahit langsir sebab hasil kerjanya baik. Tapi tak sangka mulut sebegitu. Apalah mentaliti sebegini. Adab bertandang pun tak jaga. Inikan nak sibuk selidik macam-macam. Padahal dia bukan saudara rapat kami.! Saya dan Anjang protes habis ketika itu (hanya pandangan mata).

Ummi pun ada berkongsi cerita tentang kawan Ummi yang kelihatan kecewa disebabkan kami tak tukar perabot baru untuk menyambut Syawal yang bakal tiba. Kata Ummi, dia sibuk bercerita rancangannya untuk menemani & membantu ibunya menukar & mencari barang keperluan rumah yang baru dengan tema diminati. Apa yang difahami, setiap tahun, pasti rumahnya berwajah baru. So, bila Ummi kata "Saya guna barang lama je.. Elok lagi". Terus dia kecewa.. Ntahlah... Macam-macam!

Masuk balik topik tadi, memandangkan saya ni ramai adik beradik, jadi perbelanjaan tu banyak dan perlu berjimat. Nak kata tak cukup keperluan tidak juga tapi kain-kain baju yang elok, biasanya bertukar generasi. Proses kita semula lah tu.. Terutamanya baju melayu & baju jalan. Maklumlah, majoriti ramai lelaki. Dari Angah turun ke Alang, Andak, Acik dan seterusnya.. Setiap tahun macam tu dari kami kecil hinggalah dan besar. Jadi tiada istilah membazir. Baju jalan pun begitu. Mana yang muat, adik lain boleh guna. Sama juga antara adik beradik perempuan. Adakalanya tertukar juga seluar trek saya diguna oleh adik lelaki saya. Ada juga baju tu kami sedekahkan pada saudara terdekat dan orang lain. Sebab semua cantik-cantik lagi dan masih elok digunakan. Sayangkan nak buang.. Baiklah derma..

Begitu juga dengan paper dan botol plastik. Setiap tahun, kedua barang itu pasti ada di rumah kami. Ialah, setiap hari beli akhbar bukan satu tapi kadang dua akhbar. Belum cerita adik-adik yang duduk jauh tu. Mereka tetap beli juga. So, dari dulu kami sekeluarga akan kumpulkan akhbar dan jualkannya kepada pemungut barangan kitar semula. Memang kami dah jadi pelanggan tetap. Begitu juga dengan botol plastik. Kami ni pula memang jenis minum air mineral jadi bila beli sampai berkotak-kotak. Air Gau, air Tasneem atau air Spritzer.

Awal-awal Ummi dah pesan pada kami jika berada di kolej, "Paper, botol atau tin yang korang beli tu, jangan buang suka-suka hati, bawa balik rumah nanti kita kitar semula."
Jadi korang bayangkanlah jika dibawa balik ke rumah. Pasti banyak bukan? Untunglah siapa yang dapat kami. Hahaha..

Sebenarnya, bila difikirkan balik, bertuah kami dapat Ummi yang prihatin dan peka. Ummi mengajar kami supaya sentiasa kemas, menjaga barang keperluan sendiri, berdikari, berjimat cermat dan menghargai erti hidup. Bayangkan jika botol atau paper dibuang begitu saja, belum tentu ia memberi kesan yang baik kepada persekitaran kita. Nak menghapuskan botol plastik bukannya senang dan mudah tapi bertahun-tahun! So, dengan disiplin agar barang yang boleh dikitar semula dikumpulkan satu tempat, kami juga dapat hasilnya. Maksudnya dapat duit tambahan. Bukan senang nak cari duit sekarang ni. Dari barang yang tak bermanfaat tu (botol, paper dll) jika dilihat dengan mata kasar, sebenarnya jika kita bijak, kita boleh buat hasil kraftangan yang berguna. Boleh jimatkan bahan-bahan ini dari terbuang sia-sia. Pencemaran boleh dikurangkan walaupun bukan sifar.

Sama juga dengan alat-alat tulis dan barang-barang kuliah. Semua saya ada. Serba lengkap! Biasanya saya beli dalam jumlah yang sederhana contohnya pen, pencil, pemadam & note book. So, Ummi pun ada pesan, "Akak, barang-barang akak tu jangan dibuang, adik-adik ko ramai. Semua boleh guna"

Buat akhirnya, dalam sibuk menjalani ibadah puasa yang berbaki 7 hari lagi dan persiapan hari raya, jangan kita terlebih ghairah nak berbelanja pula. Berjimat cermat dan elakkan pembaziran. Ingat insan lain yang kurang berkemampuan. Terasa nak buat kempen "Satu botol satu pokok". Maksudnya, satu botol kita kitar semula dan satu pokok kita tanam baru. Dapat hidupkan persekitaran yang sihat. Badan pun rasa hebat! =)_

~ Teringat ketika buat exam untuk paper B.I baru-baru ni. Tajuk kitar semula ada turut tersenarai. Walaupun keadaan kurang sihat, tetap gagah di medan perang..

4 comments:

emmetnadzirahishak said...

saya suka... saya suka sikap yg ada pada awak dan keluarga. sebab saya dan keluarga pon slalu guna semula barangan...*sebenar pekataan yg sesuai adalah guna semula. kitar semula bermaksud menjadikan sesuatu barang yg da lupus kualitinya menjadi sesuatu barangan yg baru... *opss.. sy membebel.. sbb sy student environment, so sy sensitif. kalau sudi, follow me back... =)

Brilliant Marjan said...

emmetnadzirahishak >>

a'ah ye, betul tu..terima kasih.. =)

Afikah Aziz said...

mcm keluarga ika,ummi ng abah jarang beli perabot baru,klu raya meriah gak walaupun xde perabot2 baru hehe,ummi ng abah ika pun sama cm ummi ng abh awak..xsuke membazir sbnrnye :)

Brilliant Marjan said...

betul tu, masih meriah dan terasa aura beraya walaupun tak de yg baru..kena berjimat