Wednesday, September 28, 2011

BACA AL-QURAN TAPI TAK FAHAM MAKSUDNYA. APA FAEDAHNYA?

Assalamualaikum w.b.t


Jom muhasabah diri. Pagi tadi lepas subuh ada baca al-Quran tak? Adakah korang fahami maknanya? Mana yang faham tu alhamdulillah tapi mana yang tak faham tu, jom kita ikuti kisah ini.. Menarik tau.. Mana yang dah tahu tu tak apa, just untuk peringatan diri je supaya tak terlupa termasuk diri saya juga..

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

"Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?".

Dengan tenang atuknya menjawab, "Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?"

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

"Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?"

Kemudian atuknya memberitahu,

"Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul smapah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu. Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih."

Sumber: Scorpinside

~ Saya kongsikan satu perkara, tak dinafikan kadang saya pun kurang faham sangat apa yang dibaca ketika membaca al-Quran. Ayat-ayat mudah je yang saya ingat ketika belajar bahasa Arab dulu. Biasanya saya jarang nak baca tafsir al-Quran sebab tiada. Tapi kebetulan saya pernah duduk sebilik dengan seorang adik yang mungkin telah menjadi ustazah sekarang ini. Saya selalu dengar dia baca al-Quran tapi berhenti dan baca balik. Saya tak tanya kenapa dia baca macam tu tapi saya tengok dan dengar je.

Dan baru saya perasan, dia baca tafsir al-Quran dan selang seli dengan memahami maknanya. Alhamdulillah.. Secara tak lansung saya dapat ilmu baru yang saya terlepas pandang. So, senang kata dan nak mudah faham bila membaca al-Quran tu, korang perlu juga sediakan tafsir al-Quran sebagai peneman setia. Tak faham boleh rujuk tafsir dan lagi baik tanya kawan-kawan yang mahir al-Quran atau Ustaz dan Ustazah.

Lagi afdhal, istiqomah dengan bacaan al-Quran korang sebab seronok sangat-sangat. Tak tahu saya nak cakap. Bila tak baca rasa gundah gulana dan bila lama tak baca, nafas rasa pendek dan suara jadi tak merdu. Sedih tau..

2 comments:

mamawana said...

Ya , benar sekali. AlQuran diamalkan seharian bagai makanan hati, rohani dan jiwa. Kalu tak makan sehari laparnya jiwa..

Brilliant Marjan said...

sokong kata-kata mama..