Monday, September 12, 2011

KERAK NASI UNTUK IBU

Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.

"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.

Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.

Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.

Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.

Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :

"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."

Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"

Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."

Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."

Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'

"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..

Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..

"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

******

Ni ada seorang pengomen untuk topik ni dalam iluvislam.com yang saya setuju pendapatnya..

Si Polan:
sedih memanglah sedih...tapi ibu...janganlah terlalu mengorbankan diri...bantulah anak-anak agar mereka sedar...mereka adalah anak...bukannya tuan untuk dilayan seperti itu...dewasa ini ramai anak dirantauan menelefon dari kejauhan sebelum pulang agar ibu memasak itu dan ini...tapi sedarkah kalian...kalian telah menjadi tuan kepada ibu kalian..walaupun ibu berkata...apalah salahnya nak rasa air tangan ibu...tapi fikir-fikirkanlah....ibu yg sihatke tak sihatke..jgn diperintah memasak utk kita....kalau ibu masak sukarela tanpa diminta oleh anak-anak itu lain cerita...

Saya setuju sebabnya memang ramai yang jadi macam ni. Itu tanda memang dah akhir zaman apabila anak menjadi tuan kepada ibunya. Nauzubillah.

Contoh lain, minta ibu jagakan anak. Ibu dah lah tak larat tapi ada juga anak-anak yang meminta bantuannya tanpa diberi pembantu. Maksudnya kalau nak suruh ibu tolong jagakan anak yang masih bayi terutamanya, berikan pembantu untuk memudahkan dan ibu hanya monitor apa yang patut. Lagi molek beri hadiah atau duit untuk ibu yang tak berkira dengan kita tu.

Tak terfikir ke kita sebagai anak ni dah banyak menyusahkan ibu yang melahirkan kita?? Aaaaahhh.. nak nangis je saya ni..

Saya tujukan juga pada diri sebagai peringatan agar saya & adik-adik tak buat macam ni kat Ummi kami.

22 comments:

merahitujambu said...

huk...setuju sama sekali dgn pendapat awok..moga jadi pengajaran


jom buat kek untuk saya

http://merahitujambu.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html

Brilliant Marjan said...

pengajaran yg perlu kita buat dengan tindakan..huhu..

~takut rasanya jika rahmat Allah tak dapat sbb dah susahkan ibu

Tentang Kita said...

tak termampu nak balas jasa n pergorbanan ibu dan ayah....

Brilliant Marjan said...

betul tu..sy ni masih bujang belum tau sebenar perasaan menjadi ibu..

meaw said...

meaw setuju jugak dengan pendapat tu,sepatutnya usah membebankan mak sendiri.....

shanas ishak said...

ya allah...mak kita akan sanggup wat apa saja....


moga suatu masa nanti akan adfa kesempatan untuk kita balas jasa mereka

Brilliant Marjan said...

meaw >>

utk ank dara atau ank perempuan yg dah kawen tu, kenalah rajin2 tolong ke dapur juga walapun penat sekalipun..mak kita boleh kita pun boleh..ank laki pun kena buat kerja sama

Brilliant Marjan said...

shanas ishak >>

nak seribu daya..balas selagi kita mampu walaupun dgn meringankan bebenannya..

aimie amalina said...

ibuuu
walau cm mne ssh pon
die ttp sembunyi kan dlm hati serapat yg boleh kan
ibuuu
sygnye dgn ibuuuu

Brilliant Marjan said...

btl tu..semuanya ibu kata mampu buat & tak apa..tak susahkan pun..

tp sebagai ank kena sedar diri..

cik mun said...

mintak2 dijauhkan..
xsanggup rasenye nak bebankan lagi parents dgn mcm2 mende..

Zul Fattah said...

erm.. sedih dengan cite ni.. teringat kat mak di kg.. sebab aku slalu maka nasi gorang mak aku.. aku slalu suruh mak aku buat nasi goreng utk aku, kalau aku blik..
aku tak hiraukan.. dan aku tak ambik tahu pun yg ibu aku letih,.. tp aku suruh jugak buat nasi goreng.. bodohnye aku..

Brilliant Marjan said...

cik mun >>

tulah..skrg masanya nk balas jasa ibu ayah kita

Brilliant Marjan said...

zul fattah >>

tak apa zul..dh sedar ni kena btlkan balik mana yg kt tersilap dulu..sy pn tak terkecuali..

Azie Azman said...

azie pun setuju jugak..
sekarang ramai yang biar ibu jagakan anak sebab tak percayakan orang lain..

jom lah kite balas jasa ibu bapa kite pulak..

Brilliant Marjan said...

btl ckp azie tu tapi ank2 ni kena ingt ibu bapa dh tak kuat dh..so utk mudahkan mereka, carikan pembantu =)

abah khalisha said...

Itulah kasih ibu..ibu kita mampu menjaga 10 anak tapi adakah 10 anak tadi mampu menjaga seorang ibu??
Cukai Sana Sini!

Brilliant Marjan said...

insyaAllah kami yg seramai 10 beradik ni mampu menjaga ummi & abah kami..amin

Afikah Aziz said...

ika pun setuju,semoga menjadi peringatan buat kita semua :)

Brilliant Marjan said...

insyaAllah..amin

yayath said...

sungguh besar kasih ibu:)emmm...entry yang bermanfaat untuk muhasabah diri kita:)

ieyza afieyna said...

nice sharing,,