Assalamualaikum w.b.t.
Entri ni dibuat bukan untuk menyinggung mana-mana pihak cuma sekadar teguran buat diri sendiri dan saudara wanita saya.
Jika ada yang perasan, semakin banyak hiasan yang dipakai oleh golongan wanita ketika bertudung. Ada yang letak reben, bunga, dan pin atau keronsang. Tapi yang keronsang ni, paling saya tak boleh lupa yang serupa macam gaya etnik tu. Besar yang amat!
Sama ada keronsang tu diletak kat bawah dagu atau hiasan tepi tudung. Korang boleh nampak keronsang tu terjuntai megah je dan berayun-ayun bila golongan yang cun ni berjalan. Aduhai, sakit mata saya.. Maaflah ye.. Sederhana nak bergaya tu sudahlah.. Tak perlu lebih-lebih..
Saya bukan apa, teringat sewaktu menghadiri rumah terbuka Gemilang Travels & Tours, sewaktu nak beratur ambil sate, ada beberapa remaja perempuan belasan tahun yang bergaya macam banyak duit, sibuk bergosip sesama sendiri berborak dengan kawannya yang berada di depan saya. Semua tayang muka lawa termasuk hiasan keronsang bergayut dikepala. Tapi nampak serba tak kena je bagi saya..
Rupa-rupanya, macam-macam trend zaman sekarang ni. Saya akui itu. Kadang bila dilihat ia berlebihan pula. Wanita memang fitrahnya untuk dilihat cantik dan memang suka kepada kecantikkan. Saya pun sama. Cuma fikirlah secara bersederhana. Tidak ke terfikir, keronsang yang berjuntai secara berlebihan itu boleh membawa mudarat kepada diri jika tersangkut? Maybe belum ada kes kot, tapi beringatlah sebelum terlambat..
~ Kawan saya kata, lagi panjang keronsang tu, lagi megah dan best! Betul ke??? Saya tak tahu..
6 comments:
Assalamualaikum BM
kurangnya pendedahan cara berpakaian yg sebenar mengikut Islam
Wassalam
Assalamualaikum, itulah lumrah, Manusia perlu kepada peraturan dan aturan agama agar tidak karam dipandu nafsu. Hati2 dgn nafsu, kerana ia bersifat memandu!,=. (^_^)
betol tu..setuju sesangat....boleh mendatang riak tu.bahaya btol
wa'alaikumsalam atuk
pemakaian menurut Islam mmg dah diketahui tapi mungkin tak sampai pada matlamatnya..apa yg boleh dibuat, perbaiki dari masa ke semasa..janji tak terputus penyebarannya..
yg melihat perlu menegur dgn cara yg berhikmah
nasakh25 >>
wa'alaikumsalam...nafsu diri mmg jihad yg paling sukar..namun diri perlu istiqomah utk ke arah yg lebih baik..
pen biru >>
riak tu yg bahaya sbb boleh lupa diri & boleh buat iri hati..niat org kita tak tahu bila melihat diri kita yg berhias indah..jd lebih baik sederhana dlm segala hal..
Post a Comment