Saturday, October 29, 2011

50 SEN VS RM 50

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Harap sihat ye dan jangan lupa jaga diri baik-baik tambahan cuaca pun tak berapa elok. Sebelum tu, tahniah buat adinda saya, Andak kerana majlis konvo dia berlansung pada hari ini. Dah selesai pun tapi kakak mohon maaf sebab tak dapat hadir. Lepas ni saya konvo pula..

Kat bawah ni merupakan kisah yang saya petik dari Majalah Solusi keluaran 37. Moga kita dapat ambil input darinya.. Best tau Majalah Solusi ni..Beli jangan tak beli.. Buat hadiah hantaran pun ok gak =)

********************************

 
Pada satu hari, duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya; duit kertas RM 50. Dek terlalu sibuk bermusafir sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM 50 itu berjalan sakan, sampailah ke luar negara pun sudah dijelajahnya. Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam negara shaja.

Wang kertas RM 50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli belah di ibu kota baru-baru ini.

"Assalamualaikum. Apa khabar, lama tak nampak?"

"Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah sihat, tetapi penatlah sikit," jawap wang kertas RM 50 ringkas.

"Kenapa pula penat?"

"Aku ni, serata dunia pergi. Singapura, Indonesia, Eropah dan macam-macam tempat. Masuk hotel, pawagam, pasar raya dan banyak lagilah."

"Hah, kau pula macam mana pula sekarang ni?" Kini giliran wang kertas RM 50 pula bertanya khabar wang syiling 50 sen.

"Huh, aku macam tu la juga! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas awam balik. Aku ni tidak sempat merasai ke luar negara macam engkau tu."

"Ooo, begitu."

Mereka terdiam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut membeli. Alah membeli menang memakai la tu.

"Ehh... engkau bila lagi nak masuk masjid?" tiba-tiba wang syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM 50 menoleh memandang wang syiling 50 sen, kelu seketika.

"Kenapa engkau tanya aku pula, tanyalah orang ramai yang membeli-belah itu."

Serentak mereka tersenyum, senyum kambing.

Pengajaran: Apabila ingin menderma di masjid, jangan hanya bagi duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan nilai khidmat tandas awam yang kita biasa guna. Apa salahnya jika sekali-sekala hulurlah pula duit kertas.

~ Bayangkanlah jika duit syiling dan duit kertas boleh berkata-kata, mesti cumel dengan pelbagai nasihat dan kata-kata yang nak diberi kepada kita. Tapi betul juga, duit syiling ni macam pelengkap untuk hal yang kecil-kecil. Bayar parking ke.. Erm, nasihat yang baik kan? Jom derma dengan duit kertas.. Tapi jujur dalam diri saya, tengok juga nak beri duit pada sape.  Takut juga pada orang yang nak menipu ni.. Tapi jika saluran betul, saya insyaAllah tak teragak-agak. Hah, jom korban RM350 untuk rakyat Palestine.

5 comments:

ReramaBiru said...

~kisah yang bagi pengajaran..
tak salah kita ganti 50 sen tue dengan RM50 pulak..kita kuarkan duit ke jalan Allah nanti ada gantinya dengan yang lebih baik..:)

Brilliant Marjan said...

insyaAllah..betul seperti yg dikata..moga Allah dapat gantikan yang lebih baik jika kita memberi apa yg kita sayangi.. =)

Lydia Miza said...

apa yg penting ikhlas...

atuk said...

Assalamualaikum BM

Alhamdulillah
atas kesedaran
kutipan jumaat...duit siling, lebih kurang jumlahnya cuma 2 - 4 RM shaj

Wassalam

nia said...

jom kita bersedekah.. ^_^