Wednesday, October 26, 2011

AKU REMAJA YANG LAHIR TAHUN 80'AN

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat bercuti semua. Walaupun sehari saje at least dapat layan perasaan kejap dan melepaskan lelah yang ada. Tadi terjah lah blog yang saya sempat, oppps terberhenti kat situ. Terimbas kenangan lalu..

[Taken from My]
Siyes, bila nampak je picca di atas, terus gelak dan imbasan lalu menerjah. Memang seronok zaman tu bila dikenang.. Adik-adik millennium tak rasa kot apa yang kami rasa.

Kenangan 1990-an

Saya membesar di rumah teres dekat area Telok Panglima Garang. Ketika itu saya berusia sekitar 6 tahun. Saya kawan dengan semua anak-anak jiran yang sebaya atau lebih kurang dengan saya tak kira lelaki atau perempuan. Kecik-kecik dulu saya serupa macam lelaki. Pendek je rambut. Main pun ikut sedap macam lelaki main.

Saya tak ingat nama jiran saya yang pangkat kakak tu tapi adik laki dia baya saya. Akak tu jemput kami makan kenduri olok-olok antara adiknya dengan budak perempuan cantik di kawasan perumahan kami tu. Family dia memang buat catering so hebatlah menunya. Macam betul ye kenduri olok-olok tu tetapi tetamunya ciput je. Then bulan madu dorang kat taman permainan dalam kelongkong (Alang gelak and kata jijik guna bahasa budak-budak bila saya tanya nama apa benda tu..haha..saluran air lah).

Lepas bulan madu olok-olok, dorang mandi kat rumah akak ni.. Lawak je. Tapi tak ada apa yang berlaku pun. Sebab kami dipantau dan try untuk enjoy apa yang kami ada time tu.

Ketika itu hutan penuh lagi, so merayap masuk hutan naik basikal. Saya pasti heret Angah atau Alang dan bawa geng yang lain. Nampak pondok kecil je, mulalah mulut kami ni kata "Rumah orang nak buat ehem..". Nampak ada yang pelik je, we all sergah pondok kecil tu (padahal takut juga sebab kami rasa macam rumah hantu!).

Then, suka pula petik pokok orang dan ambil daunnya buat main masak-masak.. Budak laki pun ikut sama main.

Paling saya suka, kena kejar dengan nenek jiran saya. Nenek tu marahkan cucunya tapi kami kena tempiasnya. Kami boleh lawan balik sambil lari gelak-gelak. Laju tau kami lari keliling taman tapi nenek tu tetap kejar. Bayangkalah betapa kuatnya dia. Padahal nenek tu dah tua sangat-sangat.. Nakal tak ingatlah kami ketika itu..

Tapi tak lama duduk taman then we all pindah area kampung pula. Sekolah pun depan rumah tapi kena melintas jalan. Kalau takut nak melintas, kami adik beradik lalu laluan bawah jambatan 'terowong'..

Time ni memang syok sebab dapat ramai kawan.

Persekolahan..

Waktu sekolah madrasah dulu, baju rasmi kaler hijau dan ia adalah jubah. Bergaya sakan macam perempuan cantik padahal budak-budak lagi.. Saya dan Eman (Ummi Aiman) selalu dilebal pasangan kembar sebabnya kami lebih kurang tinggi, comel dan sama bentuk muka. Boleh pula kami buat bandingan dalam baju jubah tu kami nak pakai baju kurung apa. Kasut pun nak reben-reben padahal buka kasut waktu nak masuk kelas.

Then, bila tukar sekolah, kami sehati sejiwa. Nak kata pandai tu boleh lah tapi ada lagi lebih pandai. Tapi perangai tetap nakal juga. Bukan buli tau.. Tapi lawan siapa paling pandai dalam kelas dan buat khat paling cantik!

Saya juga boleh dikatakan antara yang dikenali ramai sebab peramah, comel tapi ganas sebab ajak budak laki lawan gaduh. Prinsip saya satu, "Aku tak ganggu ko, so, ko jangan ganggu aku. Tapi kalau ko ganggu aku, aku balas balik."

Dan saya sangat disiplin tentang masa. Kami datang sebelum jam loceng sekolah berbunyi. Lepas subuh sekitar 6.30 pagi dah bertolak pegi sekolah padahal rumah depan mata je.. Sekarang ramai adik-adik sekolah yang saya tengok masih terhegeh-hegeh nak keluar rumah, tunggu bas..

Saya juga menjadi feveret seorang ustazah kerana saya pembantunya di sekolah.. Bila saya terlibat dengan kemalangan dulu, ustazah Halimah datang melawat dan saya menangis bila dia menangis.. Saya juga dapat anugerah pelajar bersih dan cemerlang dari ustazah ni..

Persahabatan..

Semua budak saya kawan tak kira Melayu, Cina, dan India tapi mostly ramai kawan Melayu lah. Dan bila kat sekolah semua orang berebut nak kawan dengan saya. Siap ada yang bergaduh nak ajak makan sama bila waktu rehat.

Ada yang sanggup kongsi makanan lagi kalau saya tak bawa bekal. Waktu tu saya memang rajin bawa bekal, apa yang Ummi masak, saya tak cerewet asalkan tiada sambal belacan! Bawa ikan kering goreng, letak kicap sikit dan minyak ikan yang goreng tadi pun sedap. Sama merasa dengan kawan-kawan sambil lepak kat tepi bangunan atau di padang atau di atas rumput depan kelas.

Kalau yang nak berebut rehat tu, saya buat giliran.. Pening beb macam bermadu pula..hahahaha.. Sebab ada je yang jeles.. Saya pun tak tahu nape kawan-kawan yang nak rehat dengan saya boleh jeles walaupun lelaki.

Kerana merasa dan berkongsi makanan, saya dapat merasai koko mentah dari Eman.. Sedapnya.. Tempoyak pun saya pernah makan tapi time tu je saya rasa.. Tongkeng ayam pun pernah masuk mulut saya..sedap je makan tapi dah besar ni tak makan sebab tau itu buntut ayam...


Permainan..

Saya kerap main teng-teng dengan budak perempuan. Galah panjang pula biasanya main dengan geng Taekwondo. Batu seremban ni biasanya dalam kelas je sama juga dengan bulat pangkah ke, lestik ke, tarzan ke...

Biasanya permainan ni, semua saya main..saya tak kisah sangat. Nyorok-nyorok, main basikal keliling kampung sambil intai kebun orang, polis entri, pukul berapa datuk harimau dan entah apa lagi saya dah lupa. Tapi kalau main guli, saya suka kumpul guli yang cantik (tak tahu nak explain macam mana bentuk guli tu tapi memang cantik)..

Tapi hingga kini dan yang saya mahir adalah Taekwondo. Since darjah 5 tau. Tu pasal kalau ada yang ajak gaduh, saya diam dulu tapi kalau melampau, jom jumpa kat padang! Tambah lagi dalam kelas waktu sekolah petang.. Saya ketua kebersihan tapi anak buah semua bukan pembersih, apalagi, saya kejar dorang bawa penyapu suruh sapu sampah dan cuci longkang kecil depan kelas kami tu. Sebab nanti saya juga yang kena marah. Keluarlah Taekwondo saya tu..

Tapi sebut pasal bola jaring, memang sukan yang paling saya tak suka sebab cikgu tu pilih budak yang tinggi dan cikgu tu gatal!

Percintaan..

Saya memang tak minat sebab tak ada perasaan tika itu tapi bila ada yang suka, saya anggap kawan je.. Minat budak laki hensem tu ada tapi diam-diam je.. Lagi lawak bila darjah 6. Ada pula bagi surat cinta.. Siap pas-pas surat tu lagi. Puncanya pun dari tuisyen sama-sama. Ntah mana datangnya suka tu tak tahu.. Tapi macam saya kata tadi, biarkan je..

Lagi haru dan memang saya tak sangka, saya ni garang dan ganas dan akan balas balik apa yang orang buat jika melampau. Ada budak lelaki mana ntah dok ejak nama bapa dan atuk, time tu jugak saya serang balik dengan peluru berpandu. Satu kelas diam dan budak yang terima tu terkedu!

Tapi esoknya, dapat surat cinta dari budak lelaki. Budak ni dahlah baik.. Siap bagi lagu dari kumpulan Spring gitu..Nanyikan lagi sebab saya tak tahu lagu tu..Dan dapat hadiah jam antik (hidup dan masih berguna lagi sampai sekarang)..

Last-last, kakak budak ni call sebab adiknya dikatakan bercinta dengan saya. Luah pun tidak! huhuhu.. Seram beb.. Rupanya ada lak girl minat dia dan call akak ni.. Huh, cinta bersegi kot.. Akhirnya, saya malas nak layan..

Hobi..

Bila dapat list dari salesman yang jual buku kat sekolah, terus saya tunjuk dekat Ummi & Abah sebab saya suka sangat baca buku. Bukan beli sikit tapi banyak.. Ulat buku dah saya ni..

Dan jika dapat minuman percuma dari MILO, VICO atau OVELTINE, saya orang pertama yang tunggu. hahaha.. nak banyak juga tak mau sikit-sikit ni..

Dan bila nurse datang untuk check gigi, saya suka juga.. Saya heran bila tengok budak-budak nak muntah bila berus gigi. Nape ek???

Dan saya suka benar melukis.. Rajin lak buat lukisan pemandangan dan beri dekat cikgu tapi cikgu tu komen orang yang macam saya ni agak kedekut sikit nak kongsi apa yang dia ada.. Banyak maksudnya terutamanya nak kongsi luahan..

Waktu ni juga, saya mula berminat dengan stamp. Siap tukar dengan kawan jika ada hobi yang sama dengan saya..

Hantu..

Memang havoc dengan kes hantu susu lah.. Macam-macam cerita dan versi yang saya dengar.. Ada yang kata, hantu susu ni ketuk pintu rumah nak minta susu untuk anaknya.. Memang buat saya seram..

Selain itu, mengenai perempuan berjubah hitam naik kereta merah. Katanya nak culik budak-budak.. Itu paling menggerunkan sebab tu ada mak bapa tak bagi anak keluar.. Macam mana hal tu boleh timbul ye??

So bila nampak je kereta merah yang mencurigakan, saya cepat-cepat lari..

Tapi kan bila sebut tentang hantu ni, saya tak berani tidur bilik sebab maid saya suka baca buku cerita hantu.. Dan dia suka letak kat bawah katil.. Cumanya, sejak ustazah kata, bila nak tidur baca doa tidur, baca 3 Qul, baca ayat kursi dan surah Dhuha (untuk elakkan binatang buas), baru saya berani tidur bilik sambil ditemani dengan buku-buku cerita hantu..

Bila nak tidur tu, boleh pula saya terbayang hantu langsuir, hantu galah, hantu raya dan hantu-hantu
yang ada.. Mulut terkumat kamit baca doa..huhuhuhu..

[ Taken from: Blues Rider]

Kreatif..

Saya ni memang mahir kot buat hiasan yang ntah pape tu.. Semuanya bermula di madrasah.. Saya buat gelang manik.. Belajar dari kawan-kawan yang duduk dekat asrama.. Time tu saya darjah 3. Banyak juga gelang manik yang cantik-cantik saya buat dan lepas tu saya beri pada orang..

Penanda buku dari benang kait pun saya pernah buat. Ntah mana datang ilham tu pun saya tak tahu.. Tapi maybe sebab dok terikut dengan girls yang rapat agaknya..

Biasanya hasil kreatif yang saya buat tu beri pada orang bila tibanya hari lahir mereka.. Waktu tu tak fikir nak ambil untung pun..

Saya juga suka masuk kelas muzik sebab dapat main rekorder.. Orang yang kreatif dan suka seni je dapat ingat nak main macam mana.. B A G A B B B, A A A, B B B, B A G A B B B, A A B A G..

Denda..

Saya antara pelajar yang menyerlah dalam kelas tapi bila result agak tak ok, saya terima habuan ditangan.. Tak ada masalah pun.. Kena ketuk ketampi seratus kali pun tak marahkan ustazah sebab memang tahu salah kita dan tahu ustazah sayangkan kita..

Kena denda sebab buat bising tulis dalam buku 1000 kali pun masih ok.. Semualah saya rasa.. Lari kat padang, berdiri atas kerusi dan meja, kena rotan, kena cubit...

Saya tetap adu pada Ummi tapi Ummi diam je tak pun akan jawap, "Jangan buat lagi. Semua tu adalah pelajaran berguna"

Satu lagi bila masuk kelas matematik Cikgu Wong Boon Hua, sudahlah nama saya sukar disebut olehnya.. dan kalau tak dapat siapkan dalam masa yang ditetapkan, duduk luar kelas.. Selalu kena hafal sifir.. tapi memang pandai kami satu kelas. Cikgu tu banyak bagi latihan!

Duit Belanja..

Abah biasa beri RM 1 seorang. Macam-macam boleh beli dengan jumlah itu. Kira mewah lah.. Kalau tak bawa bekal, ada je yangg nak dibeli.. Tapi mujur Wak kantin masak sedap dan biasanya saya suka makan tempe.. beli banyak-banyak..

Waktu sekolah petang pun macam tu.. Laksa dalam plastik.. Teh tarik.. Ais krim keladi.. Keropok durian.. Keropok udang.. Keropok kacang pea semua saya makan dan feveret waktu tu..

Kalau ada baki, saya tak ingat pula saya buat apa.. Tapi rasanya beli buku kot..

Semua tu kenangan. Memang rasa seronok bila ia terimbau kembali. Adik-adik millennium ada ke macam akak ni?

Korang mesti tak tengok dari DVD tape kan? Cerita Walt Disney..

Cerita jepun Oshin, omputeh Macgyver, cerita twin Mary-Kate dan Ashley dan satu lagi tentang helikopter.. Ada sesiapa tahu tajuk cerita tu??

Waktu tu pun, lagu semuanya jiwang-jiwang dan mostly kumpulan tu pun dah tak ada lagi.. dan bila saya dengar sekarang ni, memang teringat zaman kanak-kanak saya.. Saya suka lagu kumpulan Umbrella dan Mega.. yang lain pun ok saya layan..hahahaha..

Korang ada nak share ke? Cer citer....

12 comments:

feza said...

wah..bila baca entri ni, tersenyum sendiri. teringat semua kenangan2 dari tadika sampai la habis sekolah.

Tapi kita berbeza sebab Marjan seorang yang peramah, manakala feza adalah seorang pendiam. Jadi kawan tak ramai. Walaupun tak ramai, tapi kawan yang ada jadi kawan rapat sampai hari ni.

bab permainan pula, selalu main lompat getah dan main teng2 bila waktu rehat. lepas tu sambung lepas balik sekolah. Main depan laman.

cerita pasal kisah hantu, pernah dipaksa berkhemah untuk cukup kan markah kokurikulum. Lepas tu terbayang semua dalam kepala, hantu tandas la, hantu ni la..itu la. lucu bila ingt balik.

pasal rekoder, feza pun masih ingat nak main macam mana. dua lagu yang masih ingat. lagu BAGABBB, AAA,BBB,BAGABBB,AAA,BAG. dan lagi satu lagu wau bulan.. masih pandai sampai sekarang.

pernah kena denda sebab lupa bawa buku dan tak buat kerja sekolah. denda berdiri ats kerusi, rotan kat tangan dan cubit.Tapi tak pernah adu dekat mak ayah. nnti lagi parah kena leter.

duit belanja pula, sekolah rendah dapat rm0.50, sekolah menengah dapat rm1. Sangat suka beli keropok.

bila ingat2 balik.wahh..rindunya kenangan lalu..

atuk said...

Assalamualaikum BM

kenanggan indah semasa zaman budak2
kalau jumpa daemon, minta tolong alih ke zaman budak2...he he

Wassalam

mynameismy said...

wah ni lagi panjang..:)

rs nk balik ke zaman tu kan kan?hehe

Brilliant Marjan said...

feza >>

sy pun still kwn lagi ngn kwn time kanak-kanak..tapikan sy tau main satu lagu je..sebab itu je yg cikgu sempat ajar..then lupa nak share..SEMPOA..ada sesiapa pernah guna?hehehe..best oooo..

Brilliant Marjan said...

atuk >>

wa'alaikumsalam atuk..tulah minta doreamon bawa pintu masa..leh jadi kanak-kanak balik..syok!

Brilliant Marjan said...

my >>

memang panjang dan banyak kalau nak ingat..huhu..tapi simpan dulu jika ada masa utk dikongsi..

sekarang ni pun, bila tengok budak2 semua mahir IT..advance guna skype and twitter..

fiQ'Ra said...

tapi sy zaman 90an hehe.. still ada kenangan :)

Brilliant Marjan said...

fiqra >>

oklah tu..

Cik Eka said...

eka pon ada bac status ni..

mmg kenangan sangat masa tu...

Brilliant Marjan said...

eka >>

yup..betul tu

BlueiceButterfly said...

~suka baca penulisan nie..best
banyak kenangan kan..:)

Brilliant Marjan said...

terimbau memori lama membuatkan kita mengenali siapa kita..waktu itu kita susah dan sekarang senang..itu perlu disyukuri dan itulah sejarah..tanpa sejarah kita tak jadi mcm mana kita sekarang ni...