Monday, October 3, 2011

DARAH O TAPI DIBERI DARAH B

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital yang tersilap memasukkan darah jenis berlainan ke tubuhnya.

Kejadian itu berlaku 22 September lalu dan Faridah Abd Aziz, 34, yang juga pegawai bank kini terpaksa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas beberapa hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Suaminya, Ku Nazri Ku Yaakob, 34, mendakwa petugas hospital berkenaan memasukkan darah jenis B ke tubuh isterinya yang mempunyai darah jenis O dan kesilapan itu boleh mengundang maut.

“Ketika kejadian, isteri saya baru melahirkan anak ketiga kami secara pembedahan, jadi dia kekurangan darah dan memerlukan doktor memasukkan darah ke dalam tubuhnya,” katanya yang ditemui di Balai Berita di sini, semalam.

Ku Nazri berkata, isterinya terpaksa menjalani rawatan susulan dan terlantar sakit di HKL serta diberitahu akan dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu lagi.

Katanya, kejadian itu memberi kesan emosi yang teruk terhadap mereka sekeluarga, malah anak ketiganya itu tidak dapat diberikan susu ibu.

“Saya mengambil cuti sejak 10 hari lalu untuk menjaga isteri di hospital dan membawa ibu berusia 74 tahun dari kampung di Jitra, Kedah, untuk menjaga bayi kami,” katanya.

Katanya, pihak pengurusan hospital sudah memanggilnya dan mengakui kesilapan mereka yang cuai terhadap pesakit, malah satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian terbabit.

Susulan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 23 September lalu dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya sudah memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini saya tidak dihubungi bagi mendapatkan penjelasan perkembangan semasa kes isteri saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit dan memberi maklum balas dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro

** Sebaik mungkin hal kesilapan di hospital atau klinik hendaklah dielakkan. Diminta para doktor atau jururawat berada dalam keadaan rehat yang mencukupi dan stabil.

** Sesiapa yang memiliki darah jenis O memang dermawan sebab dia sanggup berkongsi kepada orang lain akan darahnya. Namun, inilah bukti kes di mana hanya darah jenis O sahaja boleh dimiliki di dalam tubuh insan berdarah O. Saya antaranya..

3 comments:

abah khalisha said...

keluarga abah semua darah o...skrg dah kawin wife pun darah o.anak sah-sah darah o jg kan

Brilliant Marjan said...

sama juga cam famili sy..ummi n abah jenis darah O. so ingat anak-anak pun cam tu..tapi adk sy ada yg berdarah kumpulan lain..

sUe UnniE;) said...

ya Allah.. kdg-kdg kte tak terpikirkan bole blaku insiden mcm ni..