Saturday, October 22, 2011

LAMBAIAN KAABAH

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah tiba giliran penerbangan KT65 iaitu penerbangan yang membawa insan kesayanganku. Alhamdulillah malam tadi kami adik beradik selamat menghantar Ummi dan Abah ke Kelana Jaya.

Tepat 10.03 malam kami bertolak ke sana dengan diiringi takbir dari Pak Usu. Waktu tu, saya rasa sayu. Rasa syahdu. Sebelum tu pun sewaktu balik dari kerja, Acik sempat berkata pada saya, "Kak, Ummi dan Abah nak bertolak dah. Akak tak sedih ke? Acik macam sedih je.." - soalan provok ke ni?

Tak semana-mana, saya sudah mengalirkan air mata. Huhuhu.. Tanggungjawab berat lepas ni.. Ok, stop pasal cry-cry ni.. Tak bestlah kan.. Doakan yang terbaik je untuk Ummi dan Abah. Moga Ummi dan Abah mendapat haji yang mabrur dan dimudahkan semua urusan ketika di sana. Amin.

Sampai di Kelana Jaya dalam 10.42 malam. Kami tiba awal agar dapat memudahkan semua urusan walaupun Ummi dan Abah mendaftar pada jam 1.30 pagi. Alhamdulillah semua adik beradik ada termasuk tunang Angah. Ina atau Kak Lang isteri Alang hanya sempat berbual dengan Ummi melalui hand phone je kerana tugas. Cuma Utih je tak berkesempatan mengiringi disebabkan terikat dengan tugasan di tempatnya belajar. Tapi Utih dah balik awal sebelum tu =)

Ummi and Abah registered with Gemilang package dalam tahun ni juga. Semuanya bagai dimudahkan sehingga dipanggil untuk mengerjakan haji pada tahun ini juga. Alhamdulillah.

Pihak Tabung Haji membuat pengumuman dalam 10 minit awal sebelum 1.30 pagi untuk para jemaah check in dengan mearahkan para jemaah membawa sendiri bagasi. Ketika tu, kami risau sebab Ummi tak larat nak bawa beg. Lagipun Ummi kurang sihat. Sempat makan ubat selsema sebelum bertolak.

Kami adik beradik sudah berbaris di sebelah sisi bangunan untuk lihat Ummi dan Abah. Kelihatan Abah tercari-cari kami dari arah kanan di mana tempat kami berdiri ketika Ummi dan Abah nak masuk ke bangunan. Ntah macam mana, Abah menoleh juga ke belakang dan kami cepat-cepat melambai.

Ummi kelihatan sayu dan hati kami pun syahdu sekali lagi. Sebelum itu juga, sempat kami adik beradik memohon ampun maaf di atas segala sikap kami dan mencium Ummi dan Abah. InsyaAllah, kami mendoakan segalanya dalam perlindungan Allah s.w.t.

Selamat mengerjakan ibadat haji 1432 kepada semua hujjaj. Semoga Allah kurniakan haji mabrur dan semoga selamat menyelesaikan ibadat haji dan selamat tiba di kampung halaman. أمين
~ Kami pasti menyusul selepas ini.

No comments: