Friday, October 28, 2011

Restoran 1Malaysia masih kekal harga dicadangkan

KUALA LUMPUR: Dakwaan mengatakan restoran dan gerai makanan yang mengambil bahagian dalam Program Menu Rakyat 1Malaysia tidak mengikut harga dan kualiti yang ditetapkan tidak benar berikutan mereka masih menawarkan harga seperti dicadangkan kerajaan.

Tinjauan Harian Metro terhadap beberapa restoran yang menyediakan menu itu mendapati mereka masih menawarkan harga sama iaitu bagi sarapan di Semenanjung RM2 dan RM2.50 untuk Sabah, Sarawak serta Labuan manakala untuk makan tengah hari, di Semenanjung RM4 dan RM5 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sebelum ini, ramai pengguna laman sosial facebook meluahkan kekecewaan dalam komen mereka mendakwa restoran atau gerai makanan yang menyediakan menu itu tidak mengikut standard harga program berkenaan dan mendakwa ada pengusaha yang cuba mengeksploitasi program itu.
Difahamkan sehingga pertengahan Julai lalu sebanyak 728 gerai makanan dan restoran sudah mengambil bahagian dalam program berkenaan dan rata-rata pengusaha makanan berpendapat usaha itu sangat baik kerana dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan orang ramai berhubung program berkenaan.

Sumber: Metro

~ Saya memang ada terbaca tentang rungutan pengguna berkaitan Restoran 1Malaysia ni. Tapi bila saya tonton MHI (Isnin atau Selasa tak silap) yang Ally Iskandar dok sibuk nak buat roti canai di Restoran Ukhwah tu, baru saya faham, ada waktu-waktunya makanan tersebut murah. Jika tak silap lagi untuk sarapan pagi dari 7.30 pagi - 10.30 pagi waktu makanan yang dapat harga murah tu. Kalau untuk makan tengah hari dari pukul 11.30 pagi - 2.30 petang. Please check info ni balik kalau sahabat berminat nak makan dengan harga yang murah. Saya pun tak berapa ingat sangat.