Tuesday, October 25, 2011

SAMPAH TERINDAH



Sebuah kertas jadi sampah,
Sampah di awal langkah,
Sampah fitrah,
Sampah madah.

Jejari jemari kutip dari aras paling bawah,
Debu dialih, Cela di musnah.
Sampah sekeping kertas diperindah,
Seindah mawar ranum mekar,
Kembang merah gemilau sinar.

Di dada sebuah sampah,
Diukir sebuah lukisan hati,
Setiap inci ada torehan warna pelangi,
Di bingkai ada jalur air sejernih air perigi,
Ada cahaya menjadi inti,
Ada kegembiraan menjadi isi,
Siapapun melihat pasti menari,
Hati hias dengan sayang,
Jari-jemari sudahkan dengan senyuman,
Lukisan tergantung di puncak kebahagiaan.

Dan si bodoh melihat dan menilai,
Memaut mesra jari jemari seni handal,
Mata bersinar, mulut memuji,
Pujian berlegar 100 hari,
Namun bila ketahuan ia sebenarnya pernah menjadi sampah,
Lukisan diludah.

Memberi harapan sebelum mencela,
Baginya sampah tetap sampah,
Ia tetap jadi suatu yang tiada harapan,
Kudis jalanan yang wajar disingkirkan,
Tiada istilah sampah terindah.

Duhai si pemberi harapan sunyi,
Pemberi perhatian yang pudar kesudahan,
Sampah itu hidup berdestinasi,
Ia bangkit dari belukar berduri,
Matlamat hidup lagi berkilau dari jauhari.

Walau bukan sesuci sufi,
Lautan api tak lagi terlangkau oleh kaki,
Usah terpaut kemas dek diskriminasi,
Hinaan jangan dilaung bergunung,
Kerana jiwa yang tersadung,
Tak mungkin terawat dek ilmu perubatan segulung.

Nota:

Ada sesetengah orang fikir mereka terlalu mulia untuk menerima sebuah cela. Tidak salah memberi harapan kedua kerana kita juga manusia biasa. Kita manusia biasa yang mungkin akan membuat sekali lagi kesilapan. Jangan terlalu mudah menjadi Penghukum.

Sumber: iluvislam.com

~ Before go to work, saya sempat tonton MHI yang kebetulan jemputannya Dr. Rubiah dan Kamal Effendi. Isunya mengenai anak-anak yang tersilap arah (jika tidak silap). Memang menarik dan antara isinya, ibu bapa perlu betulkan diri sendiri dulu sebelum membetulkan anak. Contoh ibu bapa perlu sayangi anak dan terima anak dengan penuh tanggungjawab kerana amanah Allah s.w.t. Jangan penuhkan mereka dengan kemewahan tanpa bimbingan. Dan bila anak buat salah, terima kesalahan mereka bukan dengan melindungi mereka. Dan masyarakat juga perlu membantu sama dalam menyayangi insan yang tersilap arah tadi. We are community and need each other to make we strong. So, berikan sokongan..

7 comments:

saya cello191 said...

kalau boleh..kutip sampah tu n kitar semula..^^

beri peluang utk mrk..

nia said...

Ya, Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk anak2. kini, ibu bapa lebih bersifat melindungi anak2, dan jari menunjuk pada orang lain.

Brilliant Marjan said...

cello191 >>

sy pun setuju..kita pun ada jenis barang yg boleh kitar semula..mcm tu juga manusia..ada pendekatannya utk kita dekati dan bantu setakat yg mampu..

Unknown said...

kdg2 ibubapa terlalu protect anak sndiri even anak die buat slah..

Brilliant Marjan said...

feza >>

tulah..banyak yg dah tak betul sekarang ni..org yg menegur pula kena marah..mcm mana masyarakat nak sihat kan??

~kalau sy buat salah, sy tak marah org tegur sy dan sy hargai..cuma jgn biarkan sy sorg2..betul kan mcm tu?

Brilliant Marjan said...

cik mun >>

itu yg kena dibetulkan..Dr. Rubiah pn ada kata, kalau anak tu masuk penjara,biarkan mereka terima balasan supaya tak buat lagi dan sokong mereka..jgn pula merayu sana sini utk tak masuk penjara

~perlakuan tidak sihat ank2 makin berleluasa..perlukan perhatian semua pihak..

nuurjana said...

terima kasih. :)