Tuesday, December 6, 2011

Lelaki Mental Bunuh 4 Kanak-Kanak

BEIJING – Seorang lelaki China membunuh empat daripada lima kanak-kanak dikurung di dalam sebuah stor selepas mereka diculik di sebuah taman permainan sepanjang minggu lalu, kata pegawai tempatan dan kumpulan hak asasi manusia, semalam.

Lelaki berusia 22 tahun itu menculik kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan usia 10 tahun di sebuah taman di wilayah Henan serta mengurung mereka dalam sebuah bilik stor.

Suspek kemudiannya membunuh empat kanak-kanak terbabit dan mencederakan seorang lagi pada Sabtu lalu.

Kesemua mangsa maut akibat ditikam dan suspek kini ditahan oleh pihak polis. – AFP

~ Yang membunuh masih muda dan yang dibunuh juga muda, memperlihatkan hilangnya golongan muda yang bakal menjadi pemimpin. Rugikan? So, dimanakah kita wahai muda mudi? Adakah kita tergolong dalam muda-mudi yang akan membunuh masa depan kita sendiri?

2 comments:

abah khalisha said...

ini betul-betul ada masalah mental ni

Brilliant Marjan said...

hal sakit mental jangan dilihat sebelah mata sebab biasanya dari sekecil-kecil masalah akan menjadi besar dan natijahnya orang lain yang tak berdosa turut terlibat sama.itu yg kesian..