Monday, February 28, 2011

7 GOSIP CARA LELAKI

Assalamualaikum w.b.t

Kaifa Hal? Moga semuanya sihat sentiasa dibawah lindunganNya. Bila baca tajuk tu, jangan kata saya suka-suka pula kata golongan lelaki ni kaki gosip. Akuilah.. Memang ada lelaki sebegini. Lelaki dan perempuan sama je. Bila ada mulut, adalah bahan yang hendak dibualkan atau diborakkan. Tak begitu?

Tapi cara lelaki dan perempuan bergosip agak berbeza sedikit. Biasanya perempuan bergosip lebih kepada emosi, kecantikkan diri dll. Tidak seperti lelaki.

Jom selami dan ketahui 7 GOSIP CARA LELAKI

1. Duduk di kedai mamak sambil melayan bola sambil bergosip. Selalu golongan muda banyak bergosip mengenai pemain bola kesayangan mereka dan orang sekeliling ketika itu.

2. Bagi golongan pekerja, mereka selalunya banyak bergosip mengenai keadaan pejabat dan ketua mereka. Pasti akan ada saja perkara yang ingin dikatakan.

3. Bagi pasanan kekasih, percaya atau tidak mengikut kajian pakar psikologi, hampir separuh lelaki akan bergosip mengenai banyak perkara kepada teman wanita mereka. Tidak kurang juga yang mendengar teman wanita bergosip kepada mereka.

4. Lelaki ini jika bergosip selalunya akan membawa kepada pertengkaran. Ini kerana mereka begitu agresif dalam bergosip sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.

5. Lelaki bermulut jahat sering dikaitkan dengan lelaki lembut. Namun, tidak semua lelaki seumpama itu bermulut jahat atau mempunyai perilaku negatif seperti suka mengumpat atau memburukkan orang lain.

6. Golongan atasan juga ramai yang boleh dikategorikan sebagai kuat bergosip. Selalunya, mereka bercerita mengenai pesaing mereka dan pekerja mereka.

7. Bagi lelaki pertengahan usia, gosip mereka merangkumi pelbagai perkara seperti politik, isu penempatan dan hal-ehwal anak mereka.


Walaumacammanapun, bergosip (juga diistilahkan mengumpat) baik kepada lelaki atau perempuan sama sekali tidak boleh dilakukan kerana ia diibaratkan seperti memakan daging saudara sendiri kerana adakalanya gosip itu akan membawa kepada fitnah jika ia tidak benar dan jika benar sekalipun, letakkan diri anda ditempat orang yang anda bergosip itu, pasti tidak baik bukan??? Seboleh mungkin, berdiam adalah lebih baik supaya aib kita juga tidak terdedah. Namun jika untuk pengajaran, jangan sesekali menyebut nama empunya diri.

"Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka." (Hadith riwayat Imam Tarmidzi dan al-Hakim).

~ Hati-hati dengan blog, facebook, handphone, twitter dll kerana dengan kemudahan itu tanpa kita sedar, akan membuatkan kita terjebak kepada gosip yang keterlaluan...

Sunday, February 27, 2011

MINTALAH SENTIASA

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45)

Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: "Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: " Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak." Riwayat at-Tirmizi

i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Mintalah Kepada Allah Swt Sentiasa

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: 186)

Mintalah kepada Allah Swt dalam apa jua keadaan, dalam hati dan juga dengan adab-adab berdoa serta waktu-waktu berdoa yang terbaik. Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.

Kembalilah kepada Allah, berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah. Inilah caranya Allah menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.

Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada Allah dengan memilih jalan kehambaan. InsyaAllah di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.

Sumber: iluvislam.com

~ Doa tidak hanya diminta ketika di dalam solat tetapi ia juga boleh diminta dalam apa jua keadaan yang boleh membuatkan kita untuk meminta kepada-NYA. Sebab adakalanya kita akan menghadapi satu situasi yang tidak terduga oleh kita jadi itulah peluang kita memohon pertolongan-NYA. Dan yang paling penting sekali, jangan berputus asa sebab adakalanya doa yang dipohon itu tidak dimakbulkan pada ketika itu tetapi pada saat yang lain pula. Semuanya dengan izin Allah. Bak kata Dr. Muhaya (Pakar Mata dan Pakar Motivasi), 3 hal yang membuatkan aura baik akan hilang dalam diri dan menyebabkan masalah bertimpa-timpa adalah:
  1. Jangan merungut
  2. Jangan salahkan orang lain
  3. Jangan salahkan diri sendiri
~Oleh itu,positifkan minda dan baiki perilaku diri agar apa yang dihajati atau dipohonkan itu mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari Allah s.w.t.


* Mohon maaf kepada sahabat kerana saya tidak berkesempatan untuk menziarahi blog anda atau follow blog anda. Mr. Lappy masuk hospital kelolaan adik saya, Alang. Tambahan dengan line streamyx yang sekejap OK sekajap KO kt rumah ni.. Semut pun kalah.. Jadi malas sangat saya nak update atau lawat.. Maaf ye.. Tak lupa, doakan saya dapat kerja yang sesuai dengan jiwa... Amin...

Friday, February 25, 2011

AKUARIUM PALING KECIL DI DUNIA

[AKUARIUM paling kecil di dunia hanya mengandungi 10 mililiter air]

MOSCOW - Seorang seniman di bandar Omsk, Siberia, Rusia, Anatoly Konenko mencipta sebuah akuarium paling kecil di dunia yang mengandungi air dua sudu teh, lapor sebuah akhbar Metro.co.uk semalam.


Akuarium itu dilengkapi dengan satu penapis air dan ia mengambil masa selama dua minggu untuk dihasilkan.

Menurut akhbar dalam talian, Voice of Russia, akuarium itu dilengkapi dengan pasir, batu pelbagai warna, ikan dan rumpai laut yang mengandungi air sebanyak 10 mililiter.

Konenko merupakan pakar dalam menghasilkan pelbagai perhiasan mini sejak 30 tahun lalu.

Dia sebelum ini menghasilkan tulisan pada beras dan rambut manusia. - Agensi

 
Sumber: Kosmo
 
~ Tadi saya sempat tonton Discovery Channel (Astro 551). Saya kurang pasti artisnya tetapi beliau menghasilkan lukisan di dalam lubang jarum yang kecil tu. Ada juga hasil kerjanya di atas paku dan di bulu mata. Semuanya halus dan kecil. Nak tengok pun guna alat khas. Bayangkanlah... Pereka lukisan halus tersebut melakukan meditasi dahulu sebelum menjalankan hasil kerjanya yang memakan masa 8jam tanpa bergerak dan hembusan nafas yang kuat. Kerana jika berlaku pergerakan tangan atau hembusan nafas, semua hasil kerjanya akan musnah. Kalau tidak silap saya, bahan yang digunakan untuk menghasilkan lukisan tersebut adalah debu halus yang pelbagai warna. Macam-macam... Ummi kata "Bukan masuk syurga pun" 

Thursday, February 24, 2011

SIKAP KEJAM PENCURI BERAS


IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.


Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.


Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.


Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis


Sumber: Kosmo

~ Sebelum ni curi duit yang bertaburan di atas jalan juga kerana berlaku kemalangan. tapi kali ini, curi beras dan tiada belas ihsan.. Nyawa yang boleh diselamatkan tapi kerana sikap rakus manusia dengan rezeki terpijak tetapi tidak halal menyebabkan mimpi ngeri kepada sahabat yang masih hidup.. Apalah nak jadi manusia zaman sekarang ni.. Ada yang baik namun ada juga yang tiada pertimbangan hidup...Bumi pun dah makin tua.. Sana sini bencana berlaku, insaflah sebelum terlambat.. Kadangkala kita mengharapkan kebaikan orang lain kepada kita tetapi jika kita tidak berbuat kebaikan terlebih dahulu, hidup kita tidak ke mana.. Semakin banyak kejadian berlaku, semakin banyak saya merenung diri... Allah

Tuesday, February 22, 2011

PITAM MANDI SAUNA



SAUNA mungkin menjadi tarikan utama pengunjung di hotel, spa atau pusat kesihatan yang dahagakan sensasi kenikmatan bersifat menenang dan mendamaikan jiwa.

Ada yang menjadikan sauna sebagai lokasi rawatan alternatif untuk mengurangkan berat badan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh badan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), sebanyak 3,000 kalori dibakar dalam badan setiap kali sesi mandian sauna.

Secara saintifiknya, hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan menerusi liang-liang peluh.

Manfaat lain yang diperoleh antaranya mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang agar berfungsi lebih baik serta meningkatkan peredaran dan tekanan darah dalam badan.

Malah, kulit lebih segar hasil daripada wap air dari bilik sauna manakala otot menjadi kendur usai menikmati aktiviti tersebut.

Menurut kajian oleh sepasukan pakar dari Jerman, mandian sauna meletakkan diri seseorang dalam keadaan ‘sakit.’

Hal ini bertujuan untuk menstimulasi sistem pertahanan badan dan akan menjadikan tubuh pengguna yang kerap bersauna agar lebih berdaya tahan menentang penyakit.

Namun, tanpa disedari mandian sauna juga mempunyai kesan sampingan yang tersendiri sama ada dari sudut dalaman badan mahupun luaran.

Hakikatnya, suhu bilik sauna sebenarnya boleh mencecah sehingga 100 darjah selsius dan kesannya akan mengakibatkan suhu kulit meningkat sehingga 40 darjah selsius.

Mekanisme badan bertindak balas dengan berpeluh secara cepat dan banyak manakala jantung berdegup semakin laju.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, peningkatan kadar denyutan jantung yang melampau boleh mengakibatkan bahana kepada pesakit yang tidak biasa dengan mandian sauna.

Jelasnya ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini, suhu tinggi akan menyebabkan pembuluh darah di bawah permukaan kulit membesar dan tekanan darah akan menurun secara mendadak.

Fenomena ini menyebabkan jumlah kandungan air berkurang akibat perpeluhan melampau. Pada satu peringkat, seseorang itu akan mengalami tekanan darah terlalu rendah sehingga menyebabkan pening dan pitam.

“Elak mandian sauna jika ada penyakit jantung koronari, penyakit lemah jantung dan injap jantung sempit,” nasihatnya.

Tambah Haizal lagi, simptom awal seperti kulit kelihatan kemerahan merupakan petanda pengaliran darah dalam badan berkurangan.

“Ini kerana pengaliran darah di kulit meningkat sebanyak 70 peratus daripada jumlah pengeluaran darah jantung,” ujarnya yang menyarankan individu penghidap komplikasi jantung berbincang dengan pakar sebelum bersauna.

Menurut pakar perunding masalah kulit dan dermatologi Pusat Perubatan Pantai, Dr. Steven Chow pula, pengguna sauna yang mempunyai masalah kulit perlu mengelak daripada menggunakan kemudahan sauna.

Radang

“Kulit manusia tidak mempunyai kefungsian suhu dan perpeluhan yang normal, akibatnya tindak balas individu akan berbeza-beza,” katanya yang menyatakan pesakit masalah kulit akan mengalami sensasi seumpama terbakar apabila bersauna.

Kulit juga akan menjadi kekeringan, menggelupas dan kurang selesa kepada persekitaran biasa selepas aktiviti bersauna.

“Apabila suhu persekitaran badan meningkat, badan kita perlu menambahkan jumlah tenaga haba untuk dikeluarkan melalui pertambahan jumlah peredaran darah ke permukaan kulit badan,” jelasnya mengenai proses peningkatan peluh bertujuan menyejukkan badan.

Saranan Steven, pesakit yang mempunyai masalah kulit perlu memakai krim yang mempunyai kesan melembapkan bagi mengelak kerengsaan ketika bersauna.

Selain itu tegasnya, individu yang mempunyai masalah sama juga digalakkan agar mencari jalan alternatif lain untuk bersantai bagi tujuan terapi fizikal.

Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Dr. Ismail Thamby mengakui mandian sauna berupaya melancarkan perjalanan darah di samping menyegarkan badan.

Kesuburan

Bagaimanapun katanya yang dihubungi Jurnal baru-baru ini, tahap kepanasan yang melebihi paras tertentu berupaya menjejaskan kualiti kesuburan lelaki.

“Jika tahap kepanasan melebihi 35° Celsius, kilang sperma tergendala dan pemprosesan sperma juga akan turut tergendala.

“Kesannya, sperma yang aktif menjadi kurang akibat terdedah kepada kepanasan yang terlampau,” ujarnya.

Saranan Ismail, lelaki yang mempunyai masalah sperma dari segi kualiti dan bilangan sperma ditegah daripada bersauna.

“Jika pendedahan ini ketara dan untuk jangka masa lama, sudah tentu akan mengambil masa untuk kilang sperma pulih.

“Lebih baik elakkan mandian sauna sama sekali jika berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata,” nasihatnya kepada lelaki yang akan berkhawin dalam masa yang terdekat.

Ketua Pengarang penerbitan Harvard Men’s Health Watch di Universiti Perubatan Harvard, Dr. Harvey Simon berkata, masih kurang bukti sahih yang menyatakan bahawa mandian sauna boleh memberi faedah berpanjangan kepada kesihatan pengguna.

“Jika mandian sauna tidak menjejaskan kesihatan penggunanya maka tiada halangan untuk melakukan aktiviti ini, sebaliknya bagi individu yang mempunyai komplikasi jantung amalan ini mungkin boleh mengundang bahaya,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, pesakit yang mempunyai penyakit tekanan darah lemah, denyutan jantung tidak stabil dan saluran pembuluh darah kecil dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti mandian sauna.

Harvey juga menyarankan supaya pesakit yang mempunyai masalah jantung sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menggunakan sauna.

Sementara itu, menurut Persatuan Sauna Finland, individu yang perlu mengelakkan bersauna adalah mereka yang demam atau mempunyai penyakit dan kecederaan yang berisiko untuk berjangkit.

“Individu yang mempunyai penyakit yang berpotensi untuk berjangkit dengan individu lain perlu mandi menggunakan sauna peribadi,” saran persatuan tersebut selain tidak menggalakkan peminum alkohol menggunakan sauna.

Sumber: Kosmo

~ Semua perkara samada yang melibatkan nyawa atau tidak, pasti mendatangkan bahaya. Tetap ada risikonya bila manusia menggunakannya. Kecil atau besar risiko yang dihadapi, yang paling penting BERHATI-HATI. Itulah kunci utama...

~ Kadang nak sihat, lain pula jadinya...ish2

Wednesday, February 16, 2011

THE CHOSEN ONE



By: Maher Zain



In a time of darkness and green
It is your light that we need

You came to teach us how to live

Mohammed ya rasool Allah

Choras



You were so caring and kind

You're so wise full of light

You are the best of mankind



Mohammed khairo khalq illah

Salu ala rasool ellah

Habibi el mostafa

Peace be upon the messenger the chosen one

Choras



From love you returned away

In all nigh you would pray

Truthful in every word you say



Mohammed ya rasool Allah

Choras



Your face was brighter than the sun

Your beauty equaled by no one

You are Allah chosen one



Mohammed khairo khalq illah

Salu ala rasool ellah

Habibi el mostafa

Peace be upon the messenger the chosen one

Choras



I'll try to follow your way

And do my best to live my life

As you taught me

I pray to be close to you

On that day and see you smile

When you see me



Salu ala rasool ellah x3

Habibi el mostafa x2

Peace be upon the messenger the chosen one x3

Choras



~ Hatiku menangis...Semangatku seperti hilang dibawa angin lalu mungkin kerana hal itu....Sukar untukku meluahkannya di sini.Mungkin baik untuk aku pendamkan sahaja. Namun bila mendegar bait-bait lagu dan menghayati lirik ini, aku bersyukur kerana menjadi umat yang mendapat sinaran dari baginda Rasulullah. InsyaAllah. Maafkan aku...
 
~ Kagum sangat dengan Adik Qayyum yang istimewa itu kerana dia telah menyanyikan dengan baik lagu ini ketika di Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Besi,Putrajaya, semalam. (Tengok siaran lansung)

Tuesday, February 15, 2011

Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW



~ Walaupun kerapkali kita membaca kisah ini, namun itulah tanda ingatan kita pada baginda Nabi Muhammad SAW. Cerita yang menjadi pengajaran dan renungan buat kita semua.

Sunday, February 13, 2011

RAMA-RAMA PELIK


KOTA KINABALU: Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.

Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.

Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya.

“Saya lena tidur bersama tiga anak terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu dan menyangka rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.

“Saya terdengar bunyi dengusan namun tidak mengesyaki sesuatu kerana ketika membuat tinjauan, saya tidak menemui sesuatu yang pelik,” katanya.

Katanya, ketika melangkah semula ke bilik, dia terkejut apabila terpandang ‘ular’ terbabit dan menjerit ketakutan hingga anak lelakinya berusia 14 tahun terjaga.

“Anak saya lantas menangkap rama-rama berkenaan dan selepas diamati, memang ia bercorak seakan-akan kepala ular.

“Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,” katanya.

 Menurut Siti Asian, ketika dia cuba mengurung rama-rama, haiwan terbabit terbang melalui tingkap.

Sumber: Metro Ahad


~ Maha Suci Allah...

AMPUNKAN DAKU

Assalamualaikum w.b.t

Sebuah drama yang hebat!! Itu yang ingin saya katakan. Serasa saya belum pernah lagi menonton drama sebegini. Tahniah Shiela Rusly. Siapa tengok drama malam tadi? Menyentuh perasaan tak?

Serba ringkas kisah Ampunkan Daku.

Memaparkan Latifah (Sheila) yang sebenar merupakan anak luar nikah yang telah berkahwin dengan Azri (Zamarul Hisham) dan tinggal bersama Mama Azri, Pn Azimah (Fauziah Nawi). Disebabkan kisah silam itu, Pn Azimah masih lagi tidak menerima Latifah sebagai menantunya walaupun telah mendapat seorang anak perempuan. Pn. Azimah bertindak memisahkan anak dan ibu serta isteri dengan suami dan menghalau Latifah.

Namun sebagai balasan, Latifah nekad meminta wang sebanyak RM300,000 sebagai ganti rugi dan kesengsaraan yang terpaksa ditempuhi selema kehilangan anak. Dengan wang tersebut, sebenarnya Latifah telah membina pusat perlindungan untuk ibu-ibu yang mengandungkan anak luar nikah dan gadis-gadis yang bermasalah.

Setelah beberapa tahun berlalu, dengan bantuan Khalisah (Erin Malek) ingin menyatukan dan memulihkan kembali keluarganya setelah membaca kejayaan Latifah dan KEWAJA di dalam sebuah majalah. Kebetulan ada sebuah beg yang dibuang dihadapan rumah perlindungan tersebut lalu Khalisah yang ketika itu ingin melihat ibunya bertindak melihat isi kandungan beg tersebut dan alangkah terkejutnya yang dilihat adalah bayi. Dan ketika itu. Latifah mendatangi Khalisah yang menyangkakan bayi itu ingin dibuang oleh Khalisah.

Terdapat juga watak sampingan yang yang dilakonkan oleh muka-muka baru yang kurang dikenali (ketika itu saya menyangkakan mereka adalah sebahagian penghuni rumah perlindungan rumah tersebut. sungguh berani mereka berlakon). Antaranya Melia (Aisyah), Siti Zahera (Zack), Nurfarahin (Era) dan Zulyda Fatihah (Tuti). Tak lupa juga kepada Ustaz Nizar lakonan Fezrol Khan dan Ku Fridah Ku Shafie sebagai Mak We.

Stop ye.. Penat nak cerita. Siapa yang tengok fahamlah. Ampunkan Daku telah menyingkap kisah sebenar ibu yang mengandungkan anak luar nikah yang berhadapan dengan tekanan dicemuh masyarakat dan apa yang dilalui mereka di rumah perlindungan itu.

Jujur saya ingin katakan hasil buah tangan dari Sheila Rusly berserta suaminya, Jinggo dan krew2 drama ini sangat berkesan dan menimnulkan rasa insaf buat diri saya sendiri. Walaupun tidak berlaku dalam kehidupan saya (nauzubillah), tapi ia membawa mesej yang jelas agar para wanita terutamya anak gadis yang masih muda belia perlulah berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan jangan mudah tertipu dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya ada antara penghuni di rumah perlindunagn itu berlaku bukan disebabkan kerelaan mereka seperti dirogol oleh keluarga sendiri terutama bapa dan abang selain termakan pujukan kekasih hati. Mereka ini perlu dibantu. Memang mereka telah melakukan kesilapan, tetapi mana ada manusia yang tak pernah buat silap?? Betulkan? Tanya diri masing-masing.

KITA ADALAH SAMA. HANYA ALLAH YANG MENILAI AMALAN BAIK BURUK KITA. BAYI YANG TIDAK SAHA TARAF ITU ADALAH SUCI. JANGAN KITA MEMBUANGNYA DAN MENGHINA MEREKA PULA.

~ Agak suspen bila Tuti menggantungkan dirinya. Adoi.. Allah tak terima. Mujur dia hidup. Suka juga karekter Zack yang tomboi walaupun mengandung. Boleh pula dia beri nasihat kepada Era agar memegang anaknya yang diberi nama, Qayyu. Cute je. Tapi sangat nakal Zack ni sebab ganggu Era. Korang tahu dia buat apa???

~ Nangis juga bila ending cerita ni sebab bila para pelakon nyanyi ramai-ramai bersama Pengurus KEWAJA sendiri. Tak pasti lagu apa.

Friday, February 11, 2011

SAYA BENCI OKU!



Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.


"Tak mampu," kata mereka.

Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.

Merungut lebat, kerjanya lambat.

Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.

Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!

Sudah malas, banyak pula alasannya.

Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?

Sabar, sabar, sabar dulu...

OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.

OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.

Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?

Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.

* OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!


Sumber: iluvislam


~ Setuju tak? Biasanya OKU kategori ini, adalah mereka yang cukup sifat dan sempurna segalanya. Nilailah diri anda. Jika anda tidak mahu digelar dengan status demikian, berusahah dengan tulang empat kerat anda sebaik mungkin.

Lebih kurang pukul 1.30 - 3.30 ptg td kt tv 1, ada cerita Melayu bertajuk "Band Orang Buta". Ada sesiapa tonton?

Ok ringkas ceritanya begini, Udin dan Usop ialah anak muda yang kerjanya mencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran bertaraf lima bintang. Memandangkan gaji yang diperolehi tak mencukupi, mereka bercadang untuk melakukan kerja tambahan. Dan mereka memilih menyanyi di tepi jalan sebagai orang buta. Menyamar!!! Tapi akhirnya rahsia mereka terdedah juga...

Moral cerita ni:

Usaha dan idea untuk kerja tambahan atau part time itu baik dan bagus serta wajar diberi pujian. Ialah hidup dibandar kos sara diri tinggi tapi yang tak best caranya salah... Jadi JANGAN TIRU CARA INI. JANGAN MENIPU. TAK BAIK!!!!

~~ Saya sangat hormati OKU yang sebenarnya yang mana mereka tetap berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal dan mampu bersaing seperti insan normal yang lain. Contohnya ada di dalam keluarga saya. Bagi saya, tetap sempurna.. Love u Abah.

Thursday, February 10, 2011

SIHAT & CANTIK

Assalamualaikum w.b.t

Hai. Apa khabar anda semua? Semoga anda semua sihat hendaknya. Dan tak lupa juga saya ingin meminta jasa baik anda tak kiralah sahabat blogger saya atau silent reader (saya rasa ada yang sudi baca blog saya secara senyap) untuk mendoakan saya mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan minat saya. Saya tak sabar nak bantu Ummi dan Abah saya... Doakan saya ye..

Cuma saya hairan sejak kebelakangan ini, saya kerap sangat sakit kepala. Saya tak tahu sebab apa? Nak jumpa doktor, ubat biasa yang akan diberi (saya penghidap migrain). Huhuhu. Moga tiada sakit yang lebih teruk lagi.

Bila sebut pasal sihat dan cantik, ia pasti saling berkaitan. Betul tak? Jika kita makan mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan dan rajin bersenam secara tetap, pasti kita memiliki tubuh badan yang sihat, cergas dab bertenaga. Bagi yang berkemampuan pula, makanan tambahan pasti menjadi teman rapat tak kiralah jenama apa pun asalkan mendapat kelulusan pihak kesihatan.

Bagi yang mengamalkan petua lama atau lebih cenderung mengikut amalan nenek moyang seperti memakan ulam-ulaman, lulur dan sebagainya, sudah pasti tubuh badan akan kelihatan sihat dan cantik.

Senang kata, macam-macam boleh dilakukan dan terpulang pada kita untuk menampilkan penampilan diri kita yang paling hebat pada orang ramai dan yang penting untuk keyakinan dan kepuasan diri kita sendiri. Orang tak puji tak apalah asalkan kita sayang diri kita. Siapa lagi ye tak yang nak sayang diri kita kalau bukan tuan badan sedndiri. Dan yang paling penting jangan pula memilih untuk memudaratkan diri sudahlah ye. Faham maksud saya?

Aik... Ada yang tak faham ke? Ok, macam ni. Sebagai contoh memilih produk yang membahayakan diri kita dan yang paling teruk ia adalah kesan jangka panjang. Contohnya produk yang tidak mendapat kelulusan dari pihak yang berwajib dan yang tidak bersesuaian dengan tubuh badan kita. Tak pun sebarang je mencuba apa yang disarnkan oleh sahabat-sahabat. Kadangkala, produk kecantikkan atau kesihatan ni mungkin ada yang sesuai untuk sahabat yang ingin membantu namun tidak sesuai untuk kita pula. Pernah terjadi ke pada diri anda?

Di sini, ada sedikit informasi yang saya ingin kongsikan kepada sahabat semua dari apa yang saya baca.

Cara betul makan salad

Ada setengah dari kita lebih suka makan sayuran dari memakan daging. Betul tak? Orang kata vegetarian. Tapi tak juga. Maksudnya ada yang suka meratah sayur sebagai makanan ringan atau sampingan dari mengambil menu yang tidak sepatutnya demi memastikan tubuh badan yang sihat dan kuat.

Mengambil salad ketika makan tengah hari memang langkah bijak untuk mengurangkan berat badan tetapi bukan dengan menikmatinya bersama dressing (seperti mayones, cuka atau minyak) bebas lemak. Kajian Universiti Iowa mendapati, mereka yang memakan salad cara ini kekurangan karotena, sejenis antioksida yang membantu proses pencernaan.

Maka nikmatilah salad anda dengan dressing lazat yang mengadungi lemak tanpa perlu berasa bimbang. Pilihan terbaik ialah minyak zaitun.

* Sedapnya makan sayur atau salad. Ambil banyak pun saya tak malu. Ulam selom paling saya suka.

Jangan malas suci solekan


 Hah, ni tips berguna untuk mereka yang gemarkan make up dan suka bersolek. Almaklumlah, perempuan ni memang tak boleh dipisahkan dengan alat solek tak kira apa jenama sekalipun asalkan mereka merasakan yang diri mereka cantik dan menarik. Lagi-lagi untuk tatapan Sang Arjuna (suami ye yang lain tak boleh haram).

Alat solek kalis air adalah cara terbaik untuk memastikan maskara, penggaris mata dan bedak asas yang digunakan tahan lama pada wajah. Namun di penghujung hari, cara menanggalkan solekan perlu diberi perhatian. Jika tidak, sisa solekan  yang tertinggal akan membuatkan kulit mudak rosak dan menjadi kusam.

Pencuci khas, minyak bayi atau air suam boleh digunakan. Paling bijak, baca label tentang cara terbaik menanggalkan kesan solekan yang biasanya tertera pada produk digunakan.

* Untuk pengetahuan, saya tidak bersolek dan sekadar mencuci muka atau guna krim muka jika ingat. Jadi say kurang arif hal solekan.


Minuman tenaga bantu kecergasan


 Biasanya para atlet atau yang aktif dan banyak menggunakan anggota mereka kerap mengambil minuman tenaga. Yang biasa 100 plus. Jenama lain pun ada juga. Terpulang pada selera.

Mengikut kajian International Journal of Sport Nutrition, minuman tenaga didapati membantu meningkatkan daya kecergasan tubuh selain. mengelak penyakit seperti selesema.

Kajian yang dibuat mendapati sepuluh atlet yang meminum secawan minuman tenaga setiap 15 minit ketika menjalani latihan, memberikan respons ketahanan badan lebih berbanding rakan yang memilih minuman lain.

* Air masak atau kosong juga yang menjadi pilihan saya. Tetap sedap bagi saya =)

~ Gambar diambil dari google

Wednesday, February 9, 2011

Murid jantung berlubang meninggal di sekolah

KULAIJAYA – Seorang murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar yang menghidap penyakit jantung berlubang meninggal dunia di hospital setelah rebah di sekolahnya di sini hari ini.

Wong Chong Ren, 10, dikatakan rebah pada 7.15 pagi ketika menaiki tangga untuk ke kelasnya sebelum disedari beberapa murid yang memaklumkannya kepada seorang guru.

Pihak pentadbiran sekolah membawa Chong Ren ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, namun dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

"Tak sangka sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini adalah yang terakhir bagi kami semua raikan bersama dia,” kata ayahnya Wong Kok Wan, 37, ketika ditemui di perkarangan bilik mayat hospital tersebut.

Kok Wan, yang bekerja di sebuah syarikat di Singapura, berkata, Chong Ren menghidap penyakit jantung berlubang sejak kecil lagi dan sentiasa mendapat rawatan susulan. – Bernama

Sumber: Terkini


~ Hidup hanya sementara

Monday, February 7, 2011

LIU BOLIN ART

Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum tu, ucapan rasa syukur yang tidak terhingga kerana seramai 726 pelajar Malaysia dari Jeddah selamat tiba pagi tadi (10 pagi lebih kurang). Alhamdulillah. Sempat tengok berita jam 1.30 petang kat tv 3 tadi. Punya semangat Mak kepada seorang pelajar ni menyatakan rasa gembiranya. Saya rasa, jika saya yang turut sama belajar di Mesir, kemungkinan Abah saya juga bersikap begitu. Sebab Abah pernah bagitahu, "Kalau kakak kat Mesir, Abah terus call dah pihak yang berwajib."

Okey, kita tinggalkan hal tu. Tapi jangan lupa tengok berita malam ni. Saya dah lama juga tahu pasal seorang artis ni. Bukan artis menyanyi ke apa ye. Artis seni halimunan gitu. Ada juga beberapa blogger pernah share pasal beliau. Kebetulan minggu lepas, saya juga terbaca di dua akhbar yang berlainan mengenai Liu Bolin ni.

Kagum dan sangat berseni bagi saya. Mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mengeksprimentasikan dirinya dan hasil karyanya kepada negaranya, masyarakat dan dunia.

Jom layan... Perhati betul-betul tau

[Ponte dei Conzafelzi]

[National Stadium]

[Canal Grande, Ponte di Rialto]

[Scala della Ragione]

[In the Woods ]

[Hiding in the City - Dragon Series]

[Great Wall]

[National Day]

[Artillery]

[Sawmill]

[Shadow I No. 2 - Bus]

[Shadow I No. 3 - Demolition]


Taken from: Boxart & Artworks

Sunday, February 6, 2011

BANDUAN HAFIZ AL-QURAN DIBERI PENGAMPUNAN

Manama: Banduan yang menghafal Al-Quran layak diberi pengampunan, kata Kementerian Hal Ehwal Agama Islam di Kuwait.

Keputusan terbabit adalah sebahagian daripada usaha untuk memulih banduan dan membantu mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.

"Kuwait memilih program pendekatan agama sebagai sebahagian daripada dasar memulih banduan," kata kementerian terbabit yang dipetik media tempatan.

"Di bawah progarm terbabit, tahanan menghadiri kuliah dan pembelajaran Al-Quran untuk memberikan latihan kepada sikap mereka. Kejayaan mereka akan memboleh mereka untuk menerima pengampunan ketua negara."

Kementerian itu berkata, 137 tahanan terbabit dalam program itu, berkurangan daripada lebih 200 dalam program yang sama sebelumnya.

Pada masa ini, tiada peraturan yang khusus membenarkan tahanan yang mengingati ayat dalam kitab suci itu untuk dimasukkan dalam senarai pengampunan, kata Kementerian Kehakiman. - Agensi.

Sumber: Berita Minggu

~ Bagi saya ini merupakan pendekatan yang sangat baik selain belajar menjahit, berniaga dll. Manusia perlu dididik secara rohani agar ia kekal terpahat disanubari. Sebagai manusia, kita memang tidak lepas daripada melakukan kesilapan sama ada hal yang dilakukan itu kecil atau besar. Jika kita melakukan taubat nasuha, insyaAllah kita diibaratkan sebagai kelahiran semula seperti bayi yang baru lahir. Itulah nilaian kita di mata Allah s.w.t. Namun untuk memenuhi tuntutan hidup bermasyarakat, kemaafanlah yang layak kita pohon kepada mangsa yang teraniaya jika kita melakukan kesilapan terhadapnya.

~ Peringatan untuk diriku jua.. --'

Saturday, February 5, 2011

ILMU BARU - KANBAN SYSTEM

Assalamualaikum w.b.t.

Esok adik-adik saya dah balik ke tempat masing-masing. Yang mana ada assignment, sibuk menyiapkan kerjanya. Mulalah ganggu kakak dia yang sulong ni. Huhuhu. Ada juga yang nak exam tapi sibuk dok cari barang baru untuk dibuat koleksi. Hahahahaha.. Jangan marah =)

Jom kita belajar ilmu baru, Kanban System. Rasanya budak kejuruteraan tahu kot. Teman tahu dari adik teman sebab tolong dia buat assignment (padahal akak dia bukan ambil bidang ni pun). Perkongsian penuh bermanfaat. Ada yang lebih arif???

*******************************

What is Kanban?

A Kan-ban(看板), also spelled kamban  is a card containing all the information required to be done on a product at each stage along its path to completion and which parts are needed at subsequent processes.

These cards are used to control work-in-progress (W.I.P.), production, and inventory flow. A Kan-ban System allows a company to use Just-In-Time (J.I.T) Production (also related to lean) and Ordering Systems that allow them to minimize their inventories while still satisfying customer demands.

A Kan-ban System consists of a set of these cards, with one being allocated for each part being manufactured, that travel between preceding and subsequent processes.

Objective

The Kanban System was developed (more than 20 years ago), by Mr. Taiichi Ohno, a vice president of Toyota, to achieve objectives that include:
  • reducing costs by eliminating waste/scrap
  • try to create work sites that can respond to changes quickly
  • facilitate the methods of achieving and assuring quality control
  • design work sites according to human dignity, mutual trust and support, and allowing workers to reach their maximum potential. 
Concepts

The concept behind the this lean manufacturing tool is to reduce costs in high volume production lines.

One-way to do this is to smooth and balance material flows by means of controlled inventories.

Translated as signal this allows an organization to reduce production lead-time, which in turn reduces the amount of inventory required.

In order to determine optimum system designs, research often uses simulation to determine the number of Kbn's and to study various aspects of pull systems.

A heuristic design method has been designed by Ettl and Markus, which can be used to evaluate a System’s performance by using alternative network partitions and allocations of Kan-ban's.

The heuristic design method integrates analytical techniques and a general-purpose genetic algorithm in order to model a System.

The heuristic method provides us with a useful procedure for evaluating the impact of design alternatives and can therefore serve as a decision support tool for managers to use when planning a large-scale manufacturing system.

Testimonials


  To exceed industry growth levels and provide world-class customer service, we had to know where exactly our inventory was at all times. Ultriva Electronic Kanban gave us that knowledge.
V.P. of Materials and Distribution
American Water Heater

  Hussmann is a cyclical business; therefore manual kanban systems have fallen short in their ability to easily be resized to meet factory demand rates. With Ultriva we have the ability for Hussmann to resize an individual part or the entire factory with the touch of a button.
Supply Chain Manager
IR Hussmann Corporation

Proses of Kanban


[For Supplier Kanban]


[For Internal Kanban]


[For Customer Kanban]

for more info: Kanban.com & What is Kanban

Bagus juga belajar sesuatu perkara yang kita tak tahu atau bukan bidang kita tapi tengok keadaanlah.. Ada juga yang memang saya tak minat. Tu tak boleh nak buat apalah..

PENYAKIT DALAM KAPAL TERBANG


Perhatian buat anda yang kerap menggunakan pengangkutan udara.

Memilih untuk menaiki kapal terbang ke destinasi pilihan tentunya memberi keterujaan apatah lagi jika ia pengalaman pertama.

Namun, dalam keseronokan untuk terbang, masih ada perkara yang perlu diambil berat demi memastikan keselesaan anda sebagai penumpang di sepanjang penerbangan.

Ini kerana boleh dikatakan hampir semua penumpang kapal terbang tidak dapat lari daripada merasai tekanan di bahagian dalam telinga ketika pesawat hendak berlepas mahupun mendarat.

Gangguan sindrom telinga pesawat yang juga dikenali sebagai airplane ear atau barotrauma ini boleh mengakibatkan telinga berdengung dan rasa sakit di bahagian dalam telinga.


Apa yang lebih teruk, keadaan ini boleh berlarutan selepas beberapa jam pesawat mendarat.

“Apa yang anda alami bukan perkara biasa. Biasanya, penumpang hanya mengalami sedikit tekanan dan telinga berdengung, tetapi selepas pesawat mendarat, ia sudah hilang sepenuhnya.

“Mungkin kesihatan yang kurang baik ketika menaiki kapal terbang memburukkan lagi tekanan telinga pesawat yang dialami,” ulas Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.

Ditafsirkan sebagai kecederaan pada bahagian telinga tengah, gejala tersebut disebabkan oleh perubahan tekanan udara sewaktu dalam penerbangan.

“Tekanan telinga pesawat boleh berlaku di kedua-dua belah telinga.


Seperti dicucuk

“Ia akan lebih serius apabila penumpang terbang ketika sedang mengalami selesema, hidung tersumbat, alahan hidung, tekak atau jangkitan resdung.

“Gejala yang sama juga boleh berlaku jika memandu di kawasan pergunungan atau berada di tempat yang tinggi serta ketika menyelam skuba,” jelas Raymond.

Menurutnya lagi, tekanan udara yang tidak seimbang di antara telinga tengah dan tekanan udara persekitaran boleh menghalang gegendang telinga bergetar secara normal.

“Apabila tekanan udara persekitaran berubah secara mendadak, saluran eustachia yang menghubungkan bahagian tekak dan telinga tengah tidak dapat memberi reaksi pantas yang boleh menyeimbangkan tekanan menjadi punca gangguan ini terjadi.

“Telinga akan berdengung dan akan lega jika mengunyah atau menelan makanan,” ujarnya.

Bagaimanapun, bagi penumpang yang mengalami tekanan yang disusuli rasa sakit seperti bahagian dalam telinga dicucuk dengan benda tajam, Raymond memberitahu itu bukan gejala biasa.

“Jika saluran eustachia tersebut tersumbat atau mempunyai masalah lain seperti jangkitan kuman, tekanan di telinga tengah boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

“Pendengaran akan mulai merosot, telinga tidak selesa, berdengung, pendarahan daripada telinga yang boleh menyebabkan pening dan kesakitan dalam telinga yang berpanjangan,” katanya.

Apa yang lebih membimbangkan, gangguan ini boleh mendatangkan risiko besar kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.

“Tekanan ini mampu membocorkan telinga tengah dan mengakibatkan lebih banyak masalah. Telinga mereka akan sakit dan rasa tidak selesa, itu menyebabkan mereka kuat menangis.

“Segera periksa telinga anak anda selepas tangisan mereka reda. Jika ada lelehan nanah atau darah, bawa segera anak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut,” ujarnya.


 
Nanah

Kebocoran telinga tengah boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar kerana ia berfungsi sebagai dinding penutup bahagian dalam dan luar telinga, sama seperti jika perut anda bocor hingga menampakkan usus dan isi perut.

“Apabila disahkan ada kebocoran pada telinga tengah, ritma kehidupan mereka turut terganggu.

“Pesakit tidak boleh berenang kerana air yang memasuki telinga akan menyebabkan telinga mendapat jangkitan kuman.

“Jika itu berlaku, telinga mudah bernanah. Pesakit juga sentiasa terdedah kepada pencemaran seperti habuk dan terpaksa menanggung kesakitan apabila mendengar bunyi yang kuat. Pembedahan perlu dijalankan untuk menutup semula kebocoran tersebut,” tambahnya.

Bagaimanapun, sekiranya telinga bocor ini dialami oleh kanak-kanak, mereka terpaksa menunggu hingga usia 16 tahun untuk dibedah.

“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko untuk mendapat tekanan telinga pesawat yang membawa kebocoran telinga dalam.

“Jika kebocoran terjadi, pembedahan tidak terus dilakukan kerana bahagian dalam telinga kanak-kanak masih kecil dan perlu menunggu umur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk dibedah.

“Saranan saya, pastikan anda mempunyai sesuatu untuk dikunyah seperti asam atau gula-gula getah ketika berada di kawasan tinggi.

“Gangguan tekanan telinga pesawat biasanya timbul daripada masalah kesihatan yang lain. Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang atau menyelam skuba, pastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik.

“Pesakit resdung dan penghidap selesema atau jangkitan hidung berisiko untuk mendapat tekanan yang lebih teruk berbanding penumpang yang sihat,” nasihatnya.

Sumber: Kosmo


~ Saya juga merasakan ketidakselesaan samada menaiki kapal terbang atau berada dikawasan tinggi. Telinga jadi perit. Namun kenangan terindah adalah sewaktu saya ingin keluar dari kapal terbang selepas bercuti di Langkawi. Bluwek!!! Maybe perut tak ok time tu...

Friday, February 4, 2011

MAKAN MALAM DI ARABIC FOOD @ ZAM ZAM, SHAH ALAM

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah dengan nikmat kurniaan yang telah diberikan olehNYA. Semalam semua adik beradik berkumpul. Jadi rumah ini kembali riuh dengan pelbagai ragam dan gelagat yang sangat mencuit hati. Almaklumlah, family saya ni dimonopoli oleh kaum lelaki. Bertambah-tambah gawat dibuatnya.

Sejak sebelum Abah masuk hospital, Abah memang ada maklum kepada saya tentang keinginannya untuk makan rusuk daging kambing. Saya cuma mampu mendengarnya lantaran anak sulongnya ini belum ada pendapatan tetap (baru habis study). Mostly banyak juga keinginan Abah tu disuarakan termasuklah ingin makan Nasi Arab. Namun, bilangan adik beradik saya tak lengkap lagi, tak cukup kuota. So, terpaksa Abah pendam dulu lagipun Ummi kata tunggulah semua ada. Baru meriah.

Dan, malam tadi penantian itu berakhir setelah kesemua adik beradik saya kembali ke Teratak Al-Safi. Malam itu hajat Abah tertunai. Kebetulan pula, dekat paper Metro (hari Rabu) ada menyiarkan mengenai  Restoran Zam Zam. We all bertolak lepas Maghrib (lagi sikit nak pukul 8 malam) ke tempat yang dituju.

[Kami mai waktu malam kat restoran ni..]

[X merah tulah restorannya, Jln Tengku Ampuan Zabedah]

Waktu kami tiba tu, para pengunjung tak berapa ramai lagi dan Restoran Zam Zam ni merupakan yang terbesar di Malaysia. Memang exclusive dengan hiasan yang mewah dan boleh diibaratkan yang kami satu keluarga ni dah sampai ke Tanah Arab (bak kata Alang, tak perlu pergi jauh pun, Malaysia ada).

 [Style Arab yang mewah. Kami duduk kat meja bahagian pintu masuk tu..]

Namun serve mereka agak lambat sikit bila kami nak ambil menu. Tak pasti kurang pekerja ke apa. Waktu nak ambil order pun sama. Tapi saya ada perasan restoran ni mengambil beberapa pekerja wanita warga Indonesia. Yang lain semua muka arab (hatiku cair..hahaha..good looking, lol).

 [Antara menu yang dihidang dengan harga yang boleh tahan]

Abah memang awal-awal dah bagitahu nak makan Nasi Mandy. So, kami order menu tersebut dengan Lamb Chop dan Ice Tea berserta sup cendawan yang diminta oleh Angah. We are big family, so, makan tu kena beringat sikit. Lagipun harga boleh tahanlah.

Abah memang speaking namun Pak Arab (para pekerja pakai baju oren) ni balas dengan Bahasa Melayu pelat (teringat Ustaz Shehab ketika di semester dua dulu yang fasih Bahasa Melayu tapi pelat). Abah selitkan juga cakap Arab dengan pekerja ni. Hehehehe.. Beliau mencadangkan supaya kami ambil dua dulang bukan pinggan sebab kami ramai dan takut tak habis berserta dua jug Ice Tea. Satu lagi, pekerja ni ambil order dengan menulis Bahasa Arab. Cantik tulisan dia. Abah sempat kata "Kamu tulis Arab ni buat saya malu". Dia berlalu sambil menepuk bahu Abah (hebatlah dia budayakan bahasa mereka..).

Lepas dapat semua menu yang diminta, Abah baca doa dan kami pun menjamu selera. Tapi sebenarnya, walaupun Chicken Mandy dihidang dalam dulang macam makan iftar tu, tapi kami makan dalam pinggan dengan menggunakan tangan saje. Namun sekali lagi ia mengecewakan. Pinggan, gelas, dan cili pedas yang kat dalam gambar tu tak cukup. Jenuhlah nak panggil pekerja ni. Agak slow. Dan kebetulan, mujur tak pecah cawan yang diletakkan oleh pekerja wanita tu. Muka dia macam penat dan takut je.

[Our menu..Nyum nyum]

Nasi Mandy ni memang pergh!!! Terbaik! Sedap! Kaler nya pun kuning oren gitu (seperti dalam gambar). Meriah macam Nasi Hujan Panas ketika kenduri kahwin tu. Beras yang diguna berkualiti dan besar. Banyak pula tuh! Cuma hanya nasi dan ayam seketul dibelah dua. Tiada hiasan. Tapi ayam dia hancur. Agaknya masak dalam suhu yang terlampau kot. If guna ayam kampung, memang ok. Tapi maybe mahal lagilah harganya.

Bila diteratak kami ni, kami sekeluarga memang makan ayam kampung cuma makan kat luar tu je payah nak cari.

Lamb Chop nya rasa kambing lah.. Hukhuk.. Adik-adik lain tak ada siapa yang nak makan. Tapi Abah makan banyaklah. Saya makan juga sebab tahu khasiat daging kambing ni. Anjang kata dia makan sebelum ni tak pernah bau kambing. Tapi itulah..

Ice Tea tu biasa je. Angah pun kata baik Soleh yang buat lagi sedap. Tapi saya tak merungutlah. Rezeki kan..

Yang paling best, sup cendawan. Mujur order satu mangkuk kecil. Ni yang part paling lawak. Hahahahaha.. 

Angah kata, "Bagi satu round pun sure dah habis". 

Maksud mendalam tuh! Berpusinglah sup tu untuk dirasai. Muka masing-masing pelek je saya tengok. Namun, bila masuk dalam mulut saya je... Tiga empat sudu je saya rasa. Tak tahu nak gambarkan macam mana rasanya tapi bagi saya, i'll try it. 

Angah dan Alang siap pakat kata, " Bolehlah ko cari suami Pak Arab".

[My Brothers - Acik and Soleh]

Saya sengeh je. Rasa sup tu memang weird. Susu masam (yogurt) yang berketul gitu. Rasa asli lah. Gambar tak ada nak tunjuk. Tapi Angah kata macam tepung je. Dia memang tak pandai nak merasai! Saya siap cicah makan dengan ayam. Tak lah sampai habis saya makan. Bukan selera kita orang Melayu ni. Cuma yang kesian Andak, sebab dia terus berpinar bila try sup tu. Terus tak lalu nak makan lain. Macam menggigil satu badan dia. Haila. Hahahahahahaha.

Bayaran: RM 244. Pergh!!!!!!

Gambar di atas bukan milik saya sepenuhnya kecuali yang ada Marjan Ibtisam kaler merah tu. Yang lain adalah gambar family kami tapi di hand phone adik saya. Saya sekadar berkongsi pengalaman menjamu selera di Restoran Zam Zam ini. Terima kasih kepada FoodCraver.

~ Tekak ku tetap selera Melayu + western food. Rupanya, Abah pernah makan Nasi Arab (tapi jenis lain) bila berkelana di UK suatu ketika dahulu. Kat sana, itu je yang ada dan halal.

~ Restoran ni dua tingkat sebenarnya dan di sebelah kiri restoran terdapat kedai kecil yang menjual jubah lelaki dan wanita, lukisan dan lain-lain lagi.

Thursday, February 3, 2011

GOOGLE's LOGO

Assalamualaikum w.b.t

Jom rehat bersama Marjan Ibtisam. Kita tengok hasil kreatif Google mempromosikan business nya dengan penciptaan logo yang menarik mengikut tema tertentu di negara terpilih.

Grandparents' Days - [Poland]

Bruce Lee's 70th Birthday - [China, Hong Kong, Taiwan] 


 Discovery of X-Rays - [Global]


 Indonesia's Independence Day - [Indonesia]


 South Korea's Independence Day - [South Korea]


 Singapore's National Day - [Singapore]


Swiss National Day - [Switzerland]


 World Cup Final - [Global]

Teacher's Day - [Korea]


Father's Day - [German]


Mother's Day - [US]


Mother's Day - [Selected Global]


Election Day in U.K - [UK]


Labour Day - [Selected Global]


Earth Day - [Global]


Italy's Culture Week - [Italy]


Children's Day - [Spain]



Bagi mata korang berpinar...hehehe..sorry


For more logos, click here - Logos


* Cantikkan? Tapi saya tak jumpa pun logo Google untuk Malaysia :(