Friday, February 24, 2012

WALIMAH & SAMBUT MENANTU (5 Feb 2012)

Asslamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kini diriku menjadi Suri buat seorang Jejaka, Isteri buat sang Suami dan Sayap Kiri buat Imamku. Syukur semuanya berjalan dengan lancar walaupun secara sederhana. Hanya gambar yang mampu berbicara secara ringkas.. Majlis walimah untuk saya ni di buat serentak dengan majlis sambut menantu adik-adik lelaki saya... So, ada 3 mempelai semuanya..

[Hantaran dariku (hijau) buat suami (gold)]
[Rombongan pengantin lelaki dan saudara mara selepas akad nikah, 4 Feb 2012]

[Rombongan pengantin lelaki]
[Dato' Dr. Yunus..mengikut adat jawa, malam selepas nikah pun ada kendurinya..ramai yang datang]


[Ahli keluarga, berbaju hijau, menyambut tetamu yang hadir]
[Cempuling. musik traditisional jawa yang dimainkan secara berkumpulan dengan iringan selawat, zikir & nasyid dalam dialek jawa]

[Kompang reformasi bimbingan Paksu Shahrom]
[Alang & Kak Lang]
[Kakak & Abang Z, saya & suamilah tu..]
[Angah & Kak Ngah]
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada hari kejadian, Abah sempat menjemput Ustaz Shazly untuk mengiringi majlis kami dengan doa yang sangat2 meruntun jiwa dan dapat menyuburkan hati2 kami dalam meneruskan kehidupan kelak.

Malamnya pula, Ustaz Salmi memberikan tazkirah dan kuliah maghrib untuk kami sekeluarga. Sebenarnya, Ustaz Salmi memenuhi undangan lain pada waktu siangnya dan dari Kedah terus ke Teratak Al- Safi demi memenuhi undangan kami sekeluarga.

7 comments:

~fam~ said...

barakallahu lakuma !

semoga indah sentiasa kehidupan yang mendatang...:)

[sutera kasih] said...

tahniah :)

IXORAROXI said...

Alhamdulillah..selamat pengantin baru, semoga bahagia ya

Brilliant Marjan said...

antikapel >>

amin..terima kasih byk2 ye..

Brilliant Marjan said...

sutera kasih >>

alhamdulillah..terima kasih

Brilliant Marjan said...

ixoraroxi >>

insyaAllah..terima kasih =)

teratai said...

Tahniah,semoga bahtera yg dikemudi sampai ke destinasi dgn selamat n berkekalan di alam akhirat.