Wednesday, March 28, 2012

WUDUK & HIKMAH DARI SUDUT SAINS

Assalamualaikum w.b.t.
 
Semua info ni saya nak kongsi sebab bukan hak saya seorang saja.. Lagipun copy paste..
 
Semua maklum, jika nak mulakan solat, mesti ambil wuduk dulu kan? Jika tak, tak sah solat kita. Ikut perkiraan mudah, 5 kali kita akan ambil wuduk untuk soalt 5 waktu dan 5 kali juga kita membasuh tangan. Betul tak? 
 
Kehebatan dan kepentingan berwuduk dalam Islam tidaklah dapat disangkal lagi sepertimana sabda Rasulullah SAW;
“Barang siapa yang berwuduk dan dalam melakukan wuduknya itu dia berserah semata-mata hanya kepada Allah, lalu dia pula mematuhi segala rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah segala dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta sekalipun dosa yang ada tersangkut pada celah kukunya pun akan mengalir jatuh bersama air wuduk itu.” (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasai).
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati (namun saya baca doa ikut apa yang saya fikir betul dengan tertib wuduk yang dilakukan)

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Dari sudut sains dan kesihatan pula jika kita kerap basuh tangan..rupa-rupanya memang ada hikmah yang kita tak sedar boleh hilangkan bakteria yang kita tak nampak dengan mata kasar ni....


Ada 9 jenis bakteria yang Allah ciptakan sebagai penanda aras@peringatan kepada kita semua.
  1. Shigella – Penyebab cirit-birit
  2. Proteus – Penyebab jangkitan saluran kencing
  3. Streptococci (kumpulan A) – Penyebab sakit kerongkong
  4. Escherichia coli (E.coli) – Penyebab cirit-birit & jangkitan saluran kencing yang menyenakkan
  5. Haemophilus – Penyebab jangkitan mata yang mudah merebak
  6. Influenza A – Penyebab radang paru-paru
  7. Bacillus spesis – Komensal biasa
  8. Klebsiella – Penyebab jangkitan pada luka
  9. Bacteroides – Penyebab pelbagai penyakit antaranya jangkitan telinga dan saluran peranakan
Dengan itu, buatlah aturan wuduk itu mengikut tertibnya disamping untuk kebaikkan tubuh badan kita sendiri..

Sumber: Adì Jkk (Facebook) & Hafiz

2 comments:

Syuhada said...

Thx for da info ya.. :)

Jahidih Saili said...

Assalamualaikum.

Pasti ada hikmah pada setiap suruhan dan larangan-Nya.