Monday, June 4, 2012

GERHANA SEPARA BULAN 4 JUN 2012

Tarikh : Isnin, 4 Jun 2012M / 14/15 Rejab 1433H
Permulaan Gerhana : 18:00
Pertengahan Gerhana : 19:03
Mula Dapat Dilihat : 19:15
Akhir Gerhana : 20:06



Gerhana separa bermula apabila Bulan mula menyentuh bayang penumbra pada jam 18:00. Pertengahan gerhana apabila Bulan berada di tengah bayang penumbra pada jam 19:03. Kedua-dua keadaan tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia kerana Bulan belum terbit lagi. Bulan mula dapat dilihat apabila ia terbit di timur pada jam 19:15 (di lokasi Tanjung Bidara Melaka). Sebaik sahaja Bulan terbit, kita dapat melihat Bulan yang sedang mengalami gerhana. Sebahagian kecil permukaan Bulan gelap. Bahagian gelap ini semakin mengecil hingga Bulan kembali purnama. Keadaan ini berlaku apabila Bulan meninggalkan bayang umbra pada jam 20:06, maka berakhir gerhana separa. Gerhana berakhir sepenuhnya apabila Bulan meninggalkan bayang penumbra pada jam 21:18. Kita berpeluang melihat gerhana ini agak singkat berbanding dengan gerhana Bulan yang sebelum ini. Kali ini kita hanya berpeluang melihat selama 51 minit sahaja. Bagi umat Islam boleh melakukan solat sunat gerhana sebaik selesai solat maghrib.

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahawa dikabarkan dari Rasulullah saw., bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Matahari dan Bulan tidak terjadi gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kamu melihat gerhana, kerjakanlah solatSahih Muslim [Bahasa Arab saja :1521]

Sumber: Al-Khawarizmi

1 comment:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

alhamdulliah sempat juga nak tengok kebesaran ilahi kan...moh sesama solat sunat nnt