Friday, June 22, 2012

Pecah rumah kumpul duit kahwin

NIBONG TEBAL – Siapa sangka usaha keras seorang lelaki bekerja siang malam mengumpul wang untuk ke jinjang pelamin dua minggu lalu rupa-rupanya diperoleh hasil daripada 58 kegiatan pecah rumah sejak dua tahun lalu.

Tembelang pengantin baharu itu pecah setelah suspek bersama seorang lagi rakannya dicekup polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pada Ahad lalu berikutan kes-kes pecah rumah di daerah ini, Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.

Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien Mamat berkata, kedua-dua sahabat itu ditahan selepas polis menemui bukti mengaitkan pembabitan mereka dalam kes-kes pecah rumah yang dilaporkan sejak awal tahun lalu.

Menurut beliau, suspek pertama berusia 26 tahun yang baru dua minggu berkahwin ditahan di rumahnya di Sungai Duri pukul 5 pagi manakala rakannya berusia 23 tahun ditahan di rumahnya di Parit Kasa pukul 11 malam.

“Jarak antara rumah kedua-dua suspek itu adalah 22 kilometer dan mereka dipercayai sudah bersahabat sejak sekian lama,” kata beliau.

Menurut beliau, suspek pertama itu mengaku dia melakukan kes-kes pecah rumah sejak dua tahun untuk mengumpul wang bagi majlis pernikahannya yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu.

Sumber: Kosmo

*****************

Bila baca je berita ni, saya terus terfikir, adakah hantaran yang diminta oleh pihak perempuan tinggi sampai sanggup dia buat tindakan sebegini? Atau, adakah dia tidak bekerja atau tidak dapat pekerjaan yang sesuai untuk menampung belanja kahwin dia? Aduhai kesian sungguh... Untuk memenuhi kehendak yang suci tapi dilakukan dengan cara yang tidak terpuji.. Moga ini memjadi pengajaran buat bakal pengantin dan familinya.. Siasat latar belakang sebaik mungkin dan jangan diminta hantaran yang bukan-bukan.. Cukuplah menepati syarak..

1 comment:

insan_marhaen said...

aduh..kesian... Kenapa sampai sebegitu sekali...