Thursday, September 20, 2012

29 MINGGU

Assalamualaikum w.b.t.
[ Saya tersenyum & sakit bila bayi kami yang soleh melakukan pelbagai aksi.. Saya masih lagi tak dapat bayang penderitaan Ummi melahirkan kami yang ramai dengan pelbagai karenah..]
Hari ni sekali lagi saya buat rutin check up di klinik. Bukan di Klinik Desa Hulu Klang, tapi Klinik Kesihatan AU2. Ada kes istimewa...

Actually, 30 Ogos 2012, Doktor Gauri beri saya tarikh baru iaitu hari ni, 20 Sept 2012 untuk scan bayi dalam kandungan. Doktor kata bayi saya besar.. Senang kata kronologinya bermula sejak beraya di Kelantan, 23 Ogos 2012. Dari situ nurse beri tahu bayi & perut saya besar..

So, pada hari ini, temujanji pukul 9.00 pagi, saya dah terpacak di klinik buat rutin biasa..Buat urin test, check berat dan tekanan.. Then ambil darah sebelum jumpa doktor untuk scan..

Memandangkan saya tak biasa di Klinik AU2 ni, saya banyak bertanya.. Lagipun orang ramai. Nurse macam nak cepat je.. Rupanya baru saya tahu, ramai ibu yang serbu tarikh hari ni sebab ada antara mereka take thing for granted tak ikut tarikh yang sepatutnya..

Tapi bila sebut pasal ambil darah ni, for the first time in my life, saya sangat cuak sebab nurse tu macam tak meyakinkan.. Maybe dia berhati-hati tapi hampir terpancut darah saya bila jarum terkeluar dari urat. Time dia nak penuhkan botol darah tu, darah saya tak keluar.. So, dia cuba tarik sikit jarum tu pada kedudukan yang betul untuk ambil darah.. Cuma saat tu saya rasa seriau & sakit.. Then ketika itu jarum tercabut dan dia mampu ambil darah sikit saje.

Saya dah jerit perlahan & kata "Tak kan nak ambil lagi.. Saya tak mahu.."

Sebab nurse tu cakap pada kawannya (pun dalam nada yang mencurigakan saya), "Cukup kan darah ni?"

Kawan nurse tu angguk..

Fuhhh..Ngeri kot! Saya tak pernah berdepan dengan situasi cam tu.. Sebelum ni, nak ambil & derma darah tak ada masalah.. Tapi bila preggy ni, saya tak tahan..

Bila nombor ong saya dah naik, dengan cepat saya masuk bila doktor. Saya kelek botol air herbalife kaler hijau & buku novel bersama sebab takut boring menunggu.

Doktor tegur dalam senyuman, "Besar botol air awak? Boleh habis ke? Memang cukup untuk staff di sini.."

Saya jawab, "Memang boleh habis".

Doktor teliti balik buku rekod saya & little bit discussion then minta saya berbaring.. Nak baring ni, memang masalah buat saya tambahan usia kandungan dah makin membesar. Selalu bila tidur saya biasa mengiring je tapi bila kena terlentang, memang azab..

Doktor maklumkan, baby kami besar tak seperti usia kandungan. Muka doktor kelihatan risau sama seperti sebelum ni.. Saya rasa semacam. Lama juga dia scan.. But everything ok.. Katanya, bayi saya seperti dalam kandungan usia 31 minggu dengan berat 18 gram.

Doktor takut tarikh period saya salah atau saya ada penyakit lain. Sempat juga dia bertanya "Bila kali pertama saya merasakan gerakan si kecil''

"1st day fasting, on night. 21 July."

"Betul due date awak yang saya bagi ni. U pun dah rasa gerakan baby pada waktu yang betul. Ok, tak apa, esok awak datang lagi pada pukul 8 pagi untuk buat MGTT (minum air gula)"

"Awak pernah scan kat klinik mana2 lagi tak? Nak bersalin kat mana, Dik"

Saya geleng sambil kata, "Ampang"

"Saya akan rujuk awak, biar doktor di Hospital Ampang check awak dengan lebih detail"

Saya dah menggigil sebenarnya.. Tak tahu kenapa.. Pengalaman pertama berlaku macam ni.. Moga tiada masalah dan saya bukan mengidap kecing manis..Risau!

Doktor Gauri sempat minta staff dia terangkan pada saya tentang gerakan bayi dalam perut..

Kena catit dalam buku pink berapa kali bayi saya bergerak. Jika genap 10 kali, itu perkembangan positif. Jika lebih gerakan @ aktif sangat takut bayi terbelit tali pusat atau jika gerakan kurang, masalah lain pada bayi.. Everything kena mention awal dan tanya pada nurse jika tak tahu dan terus pergi hospital if anything happen..

Nak tipu gerakan bayi pun tak boleh jika kita terlupa catat sebab takut masalah lain timbul iaitu, bayi tak gerak kemudian hari.. Nauzubillah..

Untuk malam ini, saya kena berpuasa selepas 10 malam. Saya juga telah menjadi 'pesakit khas' yang perlu diberi perhatian. Buku pink dah tampal dengan kod Hijau.. Saya juga perlu check up every month ikut tarikh yang diberi di Klinik Kesihatan AU2...

"Ya Allah! Moga tiada masalah yang membelenggu diriku & kandungan ku.."

~ Ic sementara saya tercicir.. tu yang saya makin tak keruan...

4 comments:

C'Jai said...

Alhamdulillah Tahniah bakal ummi...

Simpati jg pada adiknya yang pernah kehilangan bayi....sampaikan salam akak buat ibu si ahli syurga itu... akak juga pernah melalui detik getir itu... :)

Brilliant Marjan said...

terima kasih sis c'jai..insyaAllah sy sampaikan..ada hikmah bila Allah uji mcm tu..

permatabiru said...

semoga ibu dan baby sihat2 ada..

Brilliant Marjan said...

terima kasih