Thursday, October 18, 2012

AYAT-AYAT AMALAN UNTUK MENCUKUPKAN SUSU IBU

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang ni kesedaran ibu-ibu moden untuk memberikan sepenuhnya susu badan kepada bayi yang dikasihi sangat tinggi. Jika boleh apa yang disarankan agama iaitu genap dua tahun bayi diberi susu ibu bukan susu lembu atau sebagainya seboleh mungkin cuba diamalkan.

Umum mengetahui susu ibu banyak khasiatnya untuk keperluan bayi terutamanya 6 bulan pertama. Amat bahagia di hati si ibu jika keperluan si kecil dapat dipenuhi. Terasa bangga kan? Sebab itu ramai yang sanggup berusaha macam-macam termasuk ikut petua yang disarankan atau buat stock susu untuk si manja.

Jom, saya nak share ayat-ayat pengasih oopppss bukan ye..ayat-ayat Al-Quran untuk cuba kita amalkan.. Segalanya perlu ada usaha supaya apa yang kita niatkan dapat dimakbulkan Allah. Saya pun bercita-cita nak genapkan 2 tahun untuk keperluan bakal anak yang dilahirkan nanti..InsyaAllah..

1. Bacalah doa, "Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan mudahkanlah perjalananku untuk menyusukan bayiku agar menuruti segala syariat yang telah Engkau syariatkan... Amin".

2. Baca Selawat dan Bismillah sebelum mengepam.

3. Mengamalkan bacaan surah Al-Hijr, ayat 22-23 yang bermaksud,

" Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya."

4. Mengamalkan ayat surah Saad, ayat 54 yang bermaksud,

"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis"

5. Membaca surah Al-Hujurat & surah Al-Khauthar sebagai amalan harian dalam tempoh menyusukan bayi anda.

Semoga segalanya menjadi mudah.. InsyaAllah

No comments: