Friday, November 30, 2012

KELAHIRAN YANG DINANTI - MUHAMMAD AKHTAR KHAWARIZMI BIN MOHD ZAIDI part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hari yang meletihkan.. Namun, Alhamdulillah kuning si kecik Akhtar pun dah makin kurang dan tak perlu pergi klinik. Cian tengokkan kalau Akhtar kena cucuk...

Tanpa berlengah, saya nak sambung entri. Kalau sesiapa yang belum baca, sila lihat ini.

Nurse yang last dapat cucuk saya tu, dia yang sorong saya naik wheel chair. Suami dah pergi tunggu ikut pintu lain. Waktu tu sempat saya request nak doktor perempuan kalau boleh. Rupanya-rupanya doktor perempuan untuk sambut kelahiran kat Hospital Ampang ni tak ada. Sebenarnya, dari buat check up susulan pun saya dah tanyakan hal ni tapi jawapan tetap sama. Bergantung pada keadaan..

Nurse tu pun sempat berkongsi, " Doktor perempuan akan layan kita kasar tak macam doktor lelaki minta izin segalanya. Puan dengar kan tadi, wanita yang bising tu kan dah kena marah dengan doktor perempuan tu. Saya pun nak doktor perempuan yang sambut tapi ntahlah..."

Saya diam sambil berfikir, " Doktor perempuan perlu ramai.." - Ntah apa-apa yang terlintas difikiran saya. Rasa sedih pun ada..

Nurse tu tanya juga, "Puan ada minum air selusuh tak?"

Saya geleng sambil jawap, "Saya tak minum. Dan untuk apa perlu saya minum?" - Actually macam-macam saya dengar tentang air selusuh ni. Untuk memudahkan proses untuk bersalinlah. Tapi nurse ni kata, kena minum waktu kita betul-betul nak bersalin bukan waktu kita belum sampai tempohnya. Nanti akan bawa masalah.

Saya dibawa ke bilik pertama berhampiran kaunter pertanyaa jika tidak silap. Kiranya mana katil yang kosonglah. Sebelum tu sempat saya melihat seorang perempuan menunggu di katil diluar bilik. Tengah menuggu bukaan terbuka kot.

Baru saya tahu, rupanya pada detik 9.00 malam 13 November 2012 hingga saat saya menanti kelahiran pada pagi 14 November 2012 tu, ramai ibu-ibu yang melahirkan anak. Doktor tak cukup sehingga perlu meminta bantuan dari doktor bahagian lain.

Kebetulan ketika saya menunggu tu, seorang doktor muda yang handsome menyapa saya. Saya sangat malu. Dalam hati, "Huhuhu..lelaki ni ke yang nak check aku??"

Dah tu doktor ni dengan lembut meminta izin untuk pecahkan air ketuban sambil ditemani nurse yang agak senior. Pulak tu yang buat saya tambah malu, doktor ni kata, " Wajah puan macam biasa dilihat..". Saya hanya geleng kepala tanpa suara. Bukaan dah 4cm..

Mereka suruh saya tunggu dengan sabar sambil meminta berselawat. Saya tahu saya tak boleh minta air, tapi ayat tu terkeluar juga, "Nurse nak air. Haus."

Nurse balas, "Dah masuk labor room tak boleh minum air.."

Doktor lelaki tadi sempat sudahkan kerjanya dikomputer yang berhampiran dengan saya. Sempat juga dia bukakan ayat Al-Quran sambil tertidur di situ kerana keletihan. Baru tenang jiwa saya sebab ketika itu saya dah dengar macam-macam bunyi (anasir subesif) yang boleh membuatkan saya terpengaruh sekali.

Nurse senior pertama memasukkan air untuk memudahkan saya bersalin jika takut-takut tidak cukup tenaga sebab last saya makan dalam 10.30 malam. Time tu pukul 5-6 pagi. Waktu tu jantung baby saya dapat dengar sebab telah dipasang alat di perut saya.

Suami saya ikut masuk sekali untuk temankan saya. Saya sempat minta maaf pada suami atas sikap saya selama bersama dengannya.

Kesakitan yang saya rasa makin ketara dari masa ke semasa. Selang 5minit tak silap. Waktu contraction tu, jantung baby ikut laju sama. Sempat saya terdengar wanita di bilik lain meminta ampun dan sebagainya. Suasana agak hingar bingar..Saya dah cakap dengan baby dalam perut, "Muhammad, kita kena kuat. Ummi tak nak buat malu muka macam perempuan lain yang terjerit-jerit tak ingat Allah. Selawat sama nak...."

Dalam hati saya harap baby dapat keluar sama waktu saya lahir iaitu lepas subuh sebelum pukul 7.00 pagi. Apa yang saya alami ni lebih kurang waktunya dengan Ummi saya saat melahirkan saya 27 tahun lalu. Sakit tengah malam..

Nurse kedua datang masukkan air untuk mempercepatkan proses bukaan.

Waktu silih berganti.. Suami pun sempat buat lawak agar saya tak terasa sakit. Mak mertua dah tunggu di luar. Ummi dan Abah saya sudah diberitahu sejak awal lagi oleh suami. Sempat saya minta maaf  pada mereka.

Bibir dan hati tak henti-henti lafaz doa nabi Yunus dan dalam bilik saya tu pun ada ditampal doa tersebut. ‘Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Doktor perempuan yang agak berusia dan bergaya mengambil alih. Dia sempat lihat graf jantung baby. Terdengar dia bising, "Nurse mana yang masukkan air kedua ni. Jantung baby lemah.." Terus dia cabut wayar yang menyambung air kedua dibadan saya..

Kami suami isteri dah takut sebab memang kami turut jadi hairan bila dengar bunyi jantung baby kami. Bukaan saya sudah 6cm. Tempoh saya untuk bersalin normal dan menunggu bukaan hingga 10 cm adalah pada jam 12.30 tengah hari dari pukul 5.00 pagi tadi.

Tapi pada jam 8. 45 tu doktor perempuan tu decide dan putuskan perlu dibuat emergency czer.. Saya yang sain. Sebelum terlupa, ada nurse tu beritahu waktu check bukaan saya, dia kata baby dah buang najis tapi sikit je. Kita biarkan dulu.. Dalam hati, "Ni macam waktu Ummi lahirkan Uda dulu. Tapi dah dipaksa baby keluar. Kenapa aku disuruh tunggu? Baby tak apa-apa ke?"

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya... Czer juga yang perlu saya lalui.. Suami tak dibenarkan ikut. Mereka menolak saya dengan cepat termasuk seorang nurse yang mengandung sebab doktor di bilik bedah sudah bising menunggu.. kes saya terpaksa didahulukan demi menyelamatkan si anak.. Huhu..

Waktu tiba di satu ruang, saya berseorangan,contraction yang saya rasakan sangat-sangat menyakitkan.. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi hanya Allah yang saya mampu sebut..

Seorang pakar bius menerangkan procedure epidural dan beliau bertanya jika saya mengalami sebarang alahan.. Saya hanya memberitahu, "Doktor mata pernah beritahu saya, darah saya lambat beku..". Mereka cuba lihat kes yang ini pula..

5 kali cucuk ditulang belakang saya. Sakitnya hanya Allah yang tahu.. Doktor pesan jangan bergerak ketika mereka cucuk tapi saya tak gerak cuma mungkin saya terkejut bila di cucuk terus badan jadi semacam.. Saya hanya mampu cakap, "Doktor dah ke? Doktor dah ke?" Tapi mereka tak balas.. Huhu.. Sakitnya!

Bila cucukkan last mengena, baru segalanya dapat dimulakan.. Saya terasa perut dibelah. Waktu tu tubuh badan saya menggigil yang amat sangat. Saya dibius separa sedar.. Everything is clear. Saya dengar lagu yang dipasang. Nampak nurse bergerak tapi saya tak dapat lihat mereka keluarkan anak saya sebab badan saya di cover tinggi dengan kain.

Saya juga dapat rasakan mereka menarik dan menolak 'sesuatu' dari perut. Segalanya cepat. Tup-tup dengar bayi menjerit dengan kuat. Dalam hati, "Anak aku.." 9.29 pagi masa kelahiran dicatatkan. Kiranya waktu dhuha lah..

Then, nurse bawakan baby dan tunjuk 'anunya'' sambil bertanya pada saya, " Puan, tengok bayi apa ni?"

"Lelaki", balas saya. Terus nurse ciumkan mulut baby ke mulut saya. Itu saat yang paling saya tak dapat lupakan.. Best sangat sebab dapat cium anak sendiri. Macam tak percaya pun ada. Waktu check up dulu, nurse maklumkan, selepas dilahirkan, anak diletakkan di dada si ibu dalam beberapa saat tapi bergantung pada keadaan. Cuma cara saya dan bayi bersama lain pula..hehehehe

Badan saya masih lagi menggigil yang amat sangat, bukan sejuk. Saya tak boleh kawal rasa gigil tu. Waktu tu, saya terasa kulit seperti plastik. Saya bertanya pada nurse, "Nurse, kenapa saya menggigil teruk ni?? Saya tak pernah rasa macam ni? Semua ok ke?"

"Bila dibedah, badan kita hilang darah dan biasanya sesiapa yang pertama kali dibedah akan mengalami hal seperti ini. Jadi puan akan rasa menggigil. Ia perkara biasa...", balas nurse tersebut.

Seterusnya selepas dibedah, saya ditempatkan di satu bilik. Ratanya-ratanya pesakit kelihatan baru sudah dibedah. Macam ada pesakit yang berusia. Doktor pulak tu ramai yang lelaki dan semuanya muda. Malu betul saya!. Gigil saya masih ketara lagi..

Then, baru saya dibawa keluar. Suami dan MIL sudah menunggu dengan sabar. Saya minta MIL pakaikan saya tudung sebab dalam bilik bedah tadi mereka hanya benarkan pakai topi bedah je..MIL sempat cium dahi saya..

Saya ditempatkan di wad 4c - bilik berkipas dan ramai. Bukan special sebab semuanya penuh. Nurse tak benarkan saya bergerak selama 6jam melainkan bola mata saya je yang bergerak. So, saya hanya terbaring dikatil saja. Tak tahu macam mana keadaan anak.

Lama tu baru MIL datang. Rupanya FIL hanya sempat hantar MIL pagi tu je sebab FIL ada kerja luar. MIL beritahu, waktu menunggu saya tu, rupanya bersusun ibu-ibu untuk dibedah czer. Pening MIL. MIL juga maklumkan suami saya tak dapat tengok anak sebab anak kena tahan dalam NICU. Sedih rasa hati...

Dalam hati dah berbisik, "Apa yang anak aku nak minum nanti lepas satu jam ni? Aku boleh gerak pun lepas 6jam" - susu ibu boleh diberi selepas sejam melahirkan.

Di wad 4c itu, mostly memang ramai yang bersalin secara czer.. Saya tak pasti kenapa.. Adakah tidak mahu menunggu lama untuk bersalin normal atau ada sebab lain. Dan kebetulan, semuanya anak pertama... Nasib badan..

Saya rasa iri dengan ibu-ibu yang tidak mengalami masalah seperti saya sebab anak mereka berada di sebelah mereka. Huhuhu.. Sedih!

Suami sempat jenguk saya. Anak kami ditahan kerana jantungnya berdegup laju dan suami belum dapat azankan lagi ditelinga si anak.

Saya dapat tahu hari itu juga suami saya kena saman gara-gara park kereta di kawasan tidak sepatutnya. Suami tidak beritahu saya. Mujur suami dapat kad khas untuk melihat anak kami di wad NICU.

So, ulang alik la jawapnya..

Ok, sambung lain kali..

~ Tahniah buat adik saya, Alang dan Isteri kerana kelahiran anak lelaki mereka, selasa 27 November 2012. Lahir selepas 2 minggu Akhtar.

1 comment:

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)