Thursday, December 13, 2012

KELAHIRAN YANG DINANTI - MUHAMMAD AKHTAR KHAWARIZMI BIN MOHD ZAIDI part 3

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf tak dan nak up date blog. Nak bersenang-lenang macam dulu tak boleh lagi. Kena utama yang utama dulu. Sebelum nak sambung entry terakhir, saya nak ucapkan tahniah pada adik lelaki ke 2 saya, Angah dan isteri atas kelahiran bayi mereka pada 11/12/12.

Baby, nape tak keluar semalam (12/12/12)? Mak Long suka tarikh tu. Cantik la baby. Tapi tak apalah.. Janji baby selamat walaupun tak cukup minggu. Cuma masa kelahiran baby tu comel gak Mak Long nengoknya, jam 12:12 pm. Now, tahun ni cucu Atok MJ sudah ada 3orang. Tinggal seorang lagi nak lahir bila.. Meriah nyah!

**********

Lepas 6 jam saya dibedah, sempat saya makan menu yang dihidang pihak hospital. Waktu tu nurse sempat tukarkan pakaian saya. Gerak pun masih takut-takut lagi sebab terasa ngilu bila nak bangun. Buang air pun macam ngeri.

Ada sampai satu tahap lepas ubat bius dah habis, saya nak muntah dan nak batuk, kebetulan nurse tak ada yang lalu. Nak guna alat yang boleh panggil nurse tu saya tak tahu fungsinya. Jadi saya suffer sorang-sorang kat katil. Memang azab sampai berair mata. Saya hanya mampu selawat dan kawal pernafasan saya sebaik mungkin. Alhamdulillah lepas tu baru ok.

Lepas waktu melawat habis, saya minta suami bawa saya jumpa anak. Mujur suami dapat kebenaran khas untuk berada di hospital. Alhamdulillah sempat beri baby Akhtar susu pertama. Saya kejutkan dia bangun dan paksa baby hisap sambil cakap kat suami, susu pertama penting untuk baby kita. Kuning pekat tu. Tapi sikit je yang termampu.

Bila tengok anak sendiri kena tahan di NICU, rasa sedih je. Saya ada tanya juga pada nurse, tak boleh ke baby bawa dekat dengan saya tapi nurse tak bagi.

Baby kami kena tahan pada mulanya sebab jantung laju, lepas tu katanya ada infection yang perlu pihak hospital check sama ada dapat waktu dalam kandungan atau lepas lahir. Lepas tu, saya perasan tangan baby kami lebam biru teruk sangat-sangat. Suami tanya pada doktor terus dan doktor tu minta maaf. Kena tahan lagi.

Waktu saya nak baring after tengok baby dan suami pun balik, saya ditukarkan ke bilik hujung. Sorang2 lak tu. Saya tak tahu pasal apa tapi mereka cuma maklum ada orang nak guna katil saya. Saya dah rasa cuak sebab bilik yang saya duduk tu macam 1st class. Kongsi 2 orang. Seingat saya, kami suami isteri dah bercadang nak ambil 1 bilik 4 orang je.

Mak guard yang datang check pun ngintai sambil kata, "Sorang2 dia duduk bilik ni. Berani ke?"

Soalan apakah?! -_-

Sempat saya maklumkan pada suami tentang keberadaan saya tika itu. yalah kang tak pasal2 ada pape nanti, naya je.

Around 10 pm - 10.30 pm, ada ibu lepas bersalin ditempatkan dibilik saya. Wah, lega! Ada teman. She's from Philippine.

Malam tu saya tak boleh tidur. Saya tak pasti teman saya tu sedar atau tidak saya ulang alik masuk toilet. Bukan sekali tapi 3kali. Ibarat saya terjaga tu ketika saya mengandung dulu. Bayi teman saya tu pun ada gak menangis.

15/11/12

Pagi tu saya dan teman sebilik sempat berborak panjang. Namanya Mei. Kerja kat restoran dalam Great Easten. Rupanya baby dia nangis pasal tak dapat menyusu sebab ibunya tak dapat produce susu. Tambah sedih bila Mei kata lapar. Terus saya beri beberapa peket biskut dan sekotak air susu coklat sebelum datang sarapan pagi kami.

Apa yang saya kagum, sis Mei ni nampak muda tapi dah berusia 39tahun dan mempunyai 3 anak lain di Filipina. Yang tua berusia 21 tahun, 19 tahun dan 11 tahun. Kahwin muda dia ni. Suami dia pun nampak macam budak je. Sis ni tak pandai cakap Melayu berbanding suaminya. So speaking je kami.

Sis Mei pun faham perasaan saya sebab tak boleh tidur kerana teringat baby Akhtar. Dia marah kat saya bila saya nak juga berjalan pergi tengok anak di NICU. Dia minta saya tunggu suami saya atau suaminya temankan saya. Tapi sebab czer ni kena juga berjalan, saya gagahkan diri  nak jenguk anak walaupun jauh. Saya tak mahu susahkan teman saya tu.

Alhamdulillah, Ummi, Abah dan Acik datang tengok saya. Rasa terhibur sikit. Cuma mereka tak dapat tengok baby. Kebetulan MIL, FIL, Kira & Jiha pun datang sama. Tapi ntah macam mana, suami dapat minta izin kepada pihak NICU untuk bawa Ummi, Mak & 2 Abah tengok baby walaupun dari jauh je.

Petang tu pula Anjang datang melawat siap bawa hadiah yang besar bagai lagi. 2 kot!

Anak kami katanya ada kuning sikit. Tapi bukan letak lampu lah..

Petang sikit tu, saya sekali lagi pindah bilik yang katilnya ada 4 je. Baru ok sebab Sis Mei kan dah balik. Saya tak mahu tinggal sorang dalam keadaan macam ni.

Malam tu saya tidur agak awal akibat keletihan tapi tetap terjaga bila tiba waktunya. 2 penghuni katil yang lain tu pula risau sebab anak mereka bising mengakibatkan saya tak dapat tidur. Puncanya bukan itu, cuma teringat anak. Naluri seorang ibu agaknya..

16/11/12

3 ke 4 pagi saya terjaga sebab nak sangat tengok anak. Dah minta izin wad saya duduk tu tapi mereka kata nak kena ambil darah dan makan ubat dulu. Mereka minta tunggu dulu. Dalam pukul 5 pagi baru saya dapat tengok.

Sedih bila sampai je, anak saya telah disusukan dengan FM. Habis! Lapar anak Ummi ye.. Maafkan Ummi ye sayang.. Tapi saya dukung juga baby saya. Agak lama saya dalam NICU tu semata-mata nak susukan baby. Alhamdulillah Akhtar tak meragam sangat. Memang anak yang baik.

Waktu sarapan, saya tinggalkan baby kejap sebab dia dah kenyang. Saya kembali ke wad saya. Hari ni kemungkinan saya boleh balik dan mesti banyak perkara yang perlu dilakukan oleh doktor.

Kebetulan suami sempat maklumkan, anak kami ada kuning. Terkejut saya. Awal pagi tak ada macam mana boleh ada pula lepas saya tengok tu...

Alhamdulillah saya memang boleh balik tapi bayi kami belum boleh lagi. So, saya tunggu turn nak duduk dalam NICU pula. Sedih bila tahu anak ada kuning. Menangis saya..

Ntah macam mana petang sikit tu, pihak NICU benarkan baby kami keluar. Kebetulan saya ada time tu. Doktor pakar maklumkan kuning anak saya 155 je. Alhamdulillah.

Hampir maghrib baru urusan semua selesai.

Dengan hujan lebat dan jalan jem, nak masuk isyak rasanya baru kami semua tiba di rumah FIL.

~  Ada masa nanti, saya update gambar anak dan apa yang menarik dan tak menarik yang saya alami..

No comments: