Thursday, April 18, 2013

Cara Menyimpan Dan Menggunakan Susu Ibu.

Assalamualaikum w.b.t

Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamau untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
[ Contoh simpan dalam bekas dadih]
[ Dua jenis plastik ni saya pernah guna.. But i prefer SURI - Big]

Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu
Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu:
  • bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
  • bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan


Penting:
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Sumber: Akuiza

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). 

Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: NurSayangUmmi

~ Jika para ibu yang menyusu baby ada info baru, sila share dengan saya ye.. Saya pun baru belajar

37 comments:

Sunah Sakura said...

waaaaa....hari tu gi umah senior ni, dia tengah susukan bayi..dalam freezer dia penuhhhh dengan susuuuu

Anonymous said...

Boleh x campur susu kanan n kiri semasa mengepam?perlu ke asingkan susu kiri n kanan?

Saadiah Muzakir said...

Campurkan pun boleh.. ank tetap dapat dapat khasiat susu ibu..

Anonymous said...

assalammualaikum..nk tanya pasal no 5 tu xberapa nk faham..anggaran masa xlebih dr 2 jam tu mcm mna?

Brilliant Marjan said...

wslm. susu yg dipanaskan, tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan tapi tak boleh lebih masa simpanan nya.maksudnya, dlm tempoh 1-2 jam, susu perlu dihabiskan.kalau tak habis, susu perlu dibuang.

Anonymous said...

Salam. Nak tya yg no3. Susu yg sudah dipindahkan ke bhgn beku slps 5 hari, berapa tempoh masa susu perahan tu pula?

Anonymous said...

Kalu perahan prtama dlm 3 oz tlh disimpan dlm freezer biasa. Untuk perahan ke 2 sblm campur kn panaskn dulu ke or campur je

Brilliant Marjan said...

utk soalan pertama, tempoh simpan sama mcm susu yg lain (yg telah dinyatkan)dan ikut jenis peti ais.

utk soalan 2, susu yg dah di simpan dalam freezer tak boleh campur dengan susu yg baru diperah..sepatutnya sis perlu buat begini jika ingin campur..

1. dalam tempoh 24 jam, sis perah susu dan hanya mendapat 3oz utk sesi pertama.

2. sis, pelu simpan dalam peti tempat biasa bukan freezer atau sejuk beku..

3. Dalam tempoh 24 jam juga, sis perah kali kedua dan mendapat 4oz.

4. susu kedua perlu disimpan dalam peti sejuk tempat biasa bukan freezer.

5. setelah memastikn susu kedua sejuk atau sama suhu dengan susu pertama tadi, sis boleh campurkan kedua2 susu dalam satu bekas dan kemudian labelkan tarikh hari tersebut..

6. Jika mahu digunakan dalam tempoh masa terdekat, tidak perlu dibeku tapi jika utk tempoh masa yg lama, sis perlu bekukan..

Anonymous said...

salam.nak tya jika kita hendak melakukan perjalanan yg mengambil masa 6-9 jam,membawa susu beku didalam cooler box dan ditambah dgn icepak.tetapi masih terdapat cairan pd susu tersebut.masih bolehkah susu tersebut disimpan?berapa lama ia boleh disimpan?

Brilliant Marjan said...

Wslm.untuk handle susu beku memang payah sebab tidak boleh dibekukan semula..apatah lagi ia semakin mencair.susu tersebut perlu dihabiskan pada hari tersebut juga dalam tempoh 1-2 jam.

amy said...

klau kita pam susu n letak dlm frezer bwh then masuk dlm cooler bag dgn ice pack bawa ke nursery perjalanan dlm 10-15 minit kat nursery masuk dlm frezer terus klau susu tu x habis blh guna x utk esok?

Brilliant Marjan said...

jika tak dibekukan ketika di nursery, susu tersebut masih boleh diminum lagi utk keesokkan harinya..

Anonymous said...

kalau hanya disimpan dlam cooler bag ngn ice pack, susu xhabis boleh lagi ke guna keesokan hr?

Brilliant Marjan said...

biasanya, susu yang disimpan dalam cooler dan ice pack tidak mampu bertahan lama. hanya 6-8jam sahaja.namun jika ice pack sentiasa diganti dan dipastikan suhunya sama, ia boleh digunakan. jika tidak yakin, eloklah beri susu yang baru utk anak..

ALIAAZUAN said...

Salam ..
Saya nk tnya plastik beg storage tu boleh pakai berulangkali ke?
Lg satu soalan saya, kalau kita cmpur susu perahan byk sesi boleh x dlm tempoh 24 jam..sbb sy tggl kat rmh ke. Cuma perah slps sesi menyusu. Sy perah utk kosongkan breast...
Tksh..

fatihatie said...

Bagus betul perkongsian ni. Saya pun kadang-kadang lupa. Bila customer beli set menyusu Shaklee dengan saya kadangkala dapat soalan tentang cara handle EBM juga :)

nicko said...

untuk no. 2...kenapa susu yg beku pastu cair pastu xboleh dibekukan semula ye?

Anonymous said...

nak tanya..selepas siap perahan,terus letak dlm freezer or kna tunggu berapa lama sebelum masukkan dalam freezer?

Brilliant Marjan said...

ALIAAZUAN >>

wslm.hanya sekali je plastik tu boleh digunakan..takut pencemaran..kesian baby..

boleh sis, tapi suhu susu tu perlu sama..cth: 9 pagi sis perah sebelah...pastu letak kat aircond, sejuk..kemudian pukul 12 tengahri perah lagi, susu tu masih panas sebab suhu badan kita..sis perlu biarkan dulu ikut suhu skitar sis if beraircond dan sebagainya..tempoh 24 jam je

Brilliant Marjan said...

fatihatie >>

moga dapat membantu.. :)

Brilliant Marjan said...

nicko >>

Sebenarnya susu beku yang dah mencair or dicairkan hanya dapat bertahan 24 jam selagi belum dipanaskan. Jadi susu beku yang cair tidak boleh dibekukan semula.

Dari segi nutrien pula, susu sejuk beku dah berkurang sikit nutrien nya berbanding susu sejuk biasa disebabkan proses pembekuan tadi, tapi masih lagi lebih baik dari susu formula. So if nak bekalkan susu beku, seimbangkan juga dengan susu baru perah, macam dalam 5 botol, mungkin 3 botol susu beku 2 botol susu baru perah atau sebaliknya.

moga ia menjawap persoalan awak



Brilliant Marjan said...

anon >>

bergantung pada stock sis..if nak guna dalam masa terdekat, letak bahagian sejuk bawah je..lagipun handle susu beku susah..

if dalam tempoh yg lama cth lebih 5 hari boleh beku tp tgk jenis peti sejuk ya..

Anonymous said...

assalamualaikum.. sy nak tanya.. saya baru mula mengepam minggu lepas.. sy simpan dlm peti 1 pintu je.. baru td sy perasan susu2 tu ada yg beku ada yg tak.. risau plk sy.. sblm ni sy x pasti dah beku ke @ mmg x beku lg...

Anonymous said...

Info yang amat berguna untuk ibu menyusu..

Anonymous said...

sy simpan susu dlm deep frezer.. pagi tadi my usband kuarkan brg dr deep freezer tu n lupe nk masokkan smule susu2 sy n baru prasan slps 12jam.. boleh ke gune lg.. mohon reply..

Anonymous said...

Bekas dadihtu boleh rendam air panas ke? Atau boleh disterilkan ke?

Anonymous said...

Bayi sy usia 6bln. Tak mahu susu perahan dari botol.. minggu dpn sy dh mula keje.

Anonymous said...

boleh x kalau sy buat perahan then biarkan susu dlm suhu bilik after 2hour sy smbung blik perahan mggunakan pump dan botol yg sama??

Brilliant Marjan said...

anon 1 >>

assalamualaikum.. sy nak tanya.. saya baru mula mengepam minggu lepas.. sy simpan dlm peti 1 pintu je.. baru td sy perasan susu2 tu ada yg beku ada yg tak.. risau plk sy.. sblm ni sy x pasti dah beku ke @ mmg x beku lg...

jwpn: wslm.susu bertahan ditempat chiller 3hari/kurang tp jika diletakkan ditempat beku anggarn dlm 1migu.namun, disebabkan ada yg tidak cair, harap dpt dihabiskan. actually, pastikan suhu peti sejuk dipantau & dibersihkan.selain itu bergantung pada cara susu dijaga/dipam...

anon 2 >>

sy simpan susu dlm deep frezer.. pagi tadi my usband kuarkan brg dr deep freezer tu n lupe nk masokkan smule susu2 sy n baru prasan slps 12jam.. boleh ke gune lg.. mohon reply..

jwpn: jika sudah dibeku tp dibiarkan hanya bertahan dlm sejam jika tidak disimpan semula..so, jgn syg utk buang susu yang dibeku jika melebihi tempohnya..

Brilliant Marjan said...

anon >>

Soalan : Bekas dadihtu boleh rendam air panas ke? Atau boleh disterilkan ke?

Jwpn: hanya perlu direndam air panas..

anon >>

soalan: Bayi sy usia 6bln. Tak mahu susu perahan dari botol.. minggu dpn sy dh mula keje.

jwpn: boleh gunakan picagari/syringe.

anak sulung sy pun begitu..tgu balik baru gandakan menyusu..

anon >>

soalan: boleh x kalau sy buat perahan then biarkan susu dlm suhu bilik after 2hour sy smbung blik perahan mggunakan pump dan botol yg sama??

jwpn:boleh tiada maslah..cuma, pastikan ianya tidak terkena habuk dll..make sure bersih utk lebih bertahan lama

NADA syafi said...

Salam.. nk tye, mlm2 saya kluarkan susu kt fridge bila bby nk minum bru sya pnaskan gna warmer. Jd nk tahu brpa lma tahan bila ssu sejuk(fridge) dikeluarkan ke suhu bilik agar mudah nk budget masa bagi bby minum.

ahr eddy said...
This comment has been removed by the author.
MR SYAHMI said...

Salam

nur ain syafatin said...

Sy nk tnye..ank sy x nk direct feeding so sy perah dlm botol..boleh ke guna warmer utk letak botol susu supaya susu sntisa suam..

akmal sharinah said...

Salam.. Saya nk tanya susu saya tak beku2 dah 24jam sedangkan air dan barang2 lain semua dah beku.. Kenapa? Saya risau susu rosak

Anonymous said...

Saya nk tye.. jika kte pam susu 5oz. Tp tiap pyusuan bayi hnya minum 3oz. Perlu ke hbs kn 5oz juga atau tuangkn 3oz sj.. dn baki blh disimpan smula?

ahr eddy said...

Point num 5 dalam maklumat tambahan tu maksudnya sy boleh panaskn kali kedua ye?