Friday, June 28, 2013

Apakah Persediaan Untuk Menyusukan Bayi Secara Eksklusif?

Sebenarnya takde apa sangat persediaan yang perlu puan lakukan..

Kebanyakan kerja-kerja persediaan menyusu yang berat berlaku secara automatik oleh badan. Cuma pastikan yang sepanjang mengandung ni puan mengambil air, kalsium dan vit/ mineral lainnya dengan mencukupi..

Cuma satu sahaja cek samada puting puan normal, inverted atau buta. Jika inverted atau buta, hubungi Lactation Consultant @ Lactation Counselor @ Bf Peer Counselor berdekatan anda. Mungkin ada sedikit exercise yang perlu dilakukan sebelum bersalin.

Persediaan lain adalah dari segi luaran sahaja seperti mendapatkan pengetahuan yang mencukupi dalam bf - sertai kelas bf atau SGM yang dikendalikan oleh MBfPC berdekatan puan.

Mempelajari teknik penting dalam penyusuan - latch-on, marmet, urutan...

Menyediakan peralatan perlu utk naik kerja - botol susu, plastik storage, pam (jika perlu sahaja), deep freezer (bergantung kepada nature kerja puan, kebanyakan ibu sebenarnya tidak memerlukan deep freezer).

Berbincang dengan majikan tentang perancangan puan untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Dapatkan kebenaran utk berehat setiap 2-3 jam bagi tujuan memerah susu. Dapatkan kebenaran utk menggunakan fridge pejabat jika puan merancang utk menyimpan susu perahan di situ. Pastikan rakan2 sekerja tahu membezakan susu perahan dengan susu yang boleh mereka minum . Dapatkan kebenaran utk menggunakan tempat2 tertentu yang selesa, rahsia, tersembunyi utk puan memerah susu.

Dapatkan pengasuh @ taska yang bf friendly. Nyatakan dari awal hajat puan utk ekslusif bf, berikan mereka artikel atau risalah panduan mengendalikan susu ibu. Beritahu mereka yang attitude bayi exclusive bf adalah sedikit berbeza dari bayi lain - cthnye bayi ebf kurang tidur, tidur dalam masa yang singkat, menyusu dengan lebih kerap (1 ke 2 jam) kalau fm 3-4 jam.

Dan yang paling penting adalah berbincang dengan suami & keluarga terutamanya individu yang akan menjaga puan semasa dalam pantang tentang keinginan puan untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Pastikan mereka faham dan menyokong hajat puan. Pastikan tiada siapapun yang menawarkan untuk membelikan susu formula, puting kosong dan botol susu walaupun bayi mungkin menangis kuat dan lama pada peringkat awal.

Berkenalanlah dengan PC yang berdekatan dengan tempat anda (sebaiknya tempat berpantang) dan beritahu mereka untuk datang melawat anda dalam tempoh awal selepas bersalin.



Sumber: Facebook.com


~ Niat untuk susukan anak sejak tahu diri tu mengandung pun penting. Itu tandanya kita bersedia dari awal.

No comments: