Wednesday, June 26, 2013

RENUNGAN UNTUK LELAKI & PEREMPUAN

Oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.



Wahai anakku,
Kehebatan seorang lelaki itu selama mana ia mampu menahan perasaan marahnya, bilamana ia gagal menahan kemarahannya, maka hilanglah kehebatan seorang lelaki itu. Manakala kehebatan seorang wanita itu terletak kepada setinggi mana perasaan malunya, bilamana hilang perasaan malunya, maka hilanglah kehebatan wanita itu.

Wahai anakku,
Bukanlah kekuatan itu kamu tunjukkan kegagahan kamu di hadapan golongan yang lemah, sedang kamu gagal mengawal nafsu amarah kamu. Ketahuilah, keegoan itu akan lenyap darimu, bilamana kamu diusung ke kuburmu. Lenyapkan kesombongan kamu dengan membanyakkan pergaulanmu dengan golongan yang tawadduk, buanglah perasaan sombongmu dengan membanyakkan menghadiri pengkebumian, dan ambil iktibar dengan apa yang ada di atas kubur, lebih baik dari kamu mengharapkan iktibar setelah berada dalam kubur.

Wahai anakku,
Janganlah kamu berjalan dengan angkuh dan kesombongan di atas muka bumi ini, kerana suatu hari kamu akan masuk ke dalam perut bumi. Janganlah engkau rakus dan perlahap dengan makanan, kelak kamu akan dibaham oleh ulat-ulat dan cacing di dalam kuburmu. Banyakkan mengingati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik-baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang sekarang untuk menentukan apa yang akan diperolehi selepas kematiannya.

Senyum.

No comments: