Friday, October 18, 2013

BERKONGSI SETIAP PERKARA DENGAN SI KECIL

Assalamualaikum w.b.t.


Syukur alhamdulillah bertemu lagi dengan Hari Jumaat, penghulu segala hari. Macam mana sambutan Aidiladha di tempat anda, meriah? Jika tanya saya, sangat sederhana. Cuti sehari dan berbahagi dengan 2 buah keluarga. Sempatlah jumpa adik beradik yang memang agak sukar nak jumpa sekarang ni.

Berbalik pada tajuk di atas, sejak dari kandungan lagi, saya dah berkongsi segala pengalaman dengan si kecil. Mengaji, membaca, mengira dan macam-macam lagi.

Bila anak dah lahir, sebaik mungkin saya cuba terapkan nilai-nilai Muslim yang baik buat anak soleh saya, Muhammad Akhtar Khawarizmi Bin Mohd Zaidi. Setiap hari boleh nampak perkembangannya.

Tapi sekarang ini dan saat ini, paling saya teruja sebab dia dah bagi tindak balas yang sangat baik. Sebelum ni, ada juga. Contohnya, bila saya selawat, panggil namanya dan bila mendengar azan atau mengaji. Akhtar akan kusyuk dan berhenti seketika. Sweet sangat.

Setiap hari saya akan cerita padanya, apa yang saya dan suami buat. Maksudnya ketika kami bekerja, ketika saya lipat kain, baca buku, memasak, menyidai kain dan sebagainya. Anak dah makin membesar ni, kalau boleh dia nak kita ada depan mata dia. So, mengikut je apa yang saya buat. Pandai cari pula tu.

Namun adakalanya sikap si kecil saya ni memang menguji kesabaran tang bab menyepah. Aduhai. Pening Ummi dibuatnya. Kita pura-pura nangis, dia gelak. Tapi saya jarang nak marah dia cara kasar. Selalu berhemah dan itu yang saya perlu tingkatkan kesabaran.

Satu lagi bab makan. Akhtar agak cerewat juga. Kalau ada yang tak kena masuk dimulutnya, cepat-cepat dia luah dengan buat muka comel. Geram sih! Bila saya makan, dia ikut nak juga. Tapi bila dah bagi, dia buat main-main. Sabar je la.. Tapi, Akhtar suka makan anggur (kadang dibuang kulitnya sendiri), kiwi (makan berserta kulit) dan buah oren sanquict. Lepas makan, berak banyak ko!!! Hahaha.

Ada lagi sifat dia yang betul-betuk mencuit hati. Mungkin saya biasa cium Akhtar. Sekarang dia akan tiru balik apa yang saya buat padanya. Dia akan cium saya sambil bermain-main korek mata lah, korek mulutlah dan korek hidung lah.. Kadang Akhtar gelak bila dia buat macam tu pada saya. Suka eh kacau Ummi.

Kadang ada juga aksinya yang membuatkan saya risau. Bila nak berjalan (bertatih) dan menggoyangkan  badan (ibarat menari). Maklumlah, Akhtar sekarang cuba nak teroka cara berjalan sambil pegang-pegang benda. Kadang, sebagai Ummi ni saya risau. Banyak kali jatuh dah.. Ni dah mula nak panjat-panjat. Mujur pandai kawal dirinya bila nak turun. Tapi Akhtar tahu saya marah sebab ekspresi dirinya akan buat muka cuak bila ia dibuat secara sembunyi-sembunyi. Lucu tengok!

Tang gerak badan macam menari atau bertepuk tangan atau hulur tangan tu saya memang suka. Bila kita, selawat, respon Akhtar begitu. Bila pasang lagu ABC, Alif Ba Ta dan lagu islamik lain pun responnya begitu. Cuma yang tak syok bila dengar lagu rock dan rancak. Ummi tak ajar nak ooooiiiii... Huhu.. Moga anak-anak Ummi tidak terpengaruh dengan hiburan yang lalai. Amin.

La ni, Akhtar pun tak mahu kalah nak ajak bercerita. Bahasa baby dan dunia baby agaknya. Saya tetap respon dengan baik. Saya dan suami mengajar cara komunikasi dua hala yang effective. Bila bermain pun, saya akan pastikan Akhtar tak main sorang-sorang. Kesian anak kalau dia main sorang-sorang. Namun yang bestnya saat bermain, Akhtar yang soleh ni suka sangat nganga mulut. Ummi cuba buat pun penat. Seronok benar dia sambil nganga mulut tu. Besar kau!

Ummi sayang anak Ummi.. Akhtar nak jadi Along dah..

p/s: Tak dapat nak masukan gambar Akhtar setalah dia buat salah panjat meja.

No comments: