Sunday, April 5, 2009

Menyedikitkan Makan

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada satu tempatpun yang diisi oleh anak Adam lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya beberapa suap, untuk menguatkan tulang belakangnya supaya dapat tegak. Apabila ia tidak dapat menghindari, hendaklah sepertiga makanan sahaja, sepertiga lagi untuk minumannya dan spertiganya lagi untuk nafasnya."
(HR. Tarmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Rasulullah SAW telah memberitahukan kepada kita supaya membatasi makan. Sebab orang tidak akan dapat melindungkan dirinya dari kelemahan, kelumpuhan serta berbagai macam penyakit tanpa menyedikitakn makan. Membatasi makan dapat memberikan waktu istirehat bagi tubuh dan akal serta memelihara keduanya dari bahaya berbagai macam penyakit.

Di dalam Al-Quran juga dijelaskan supaya manusia itu berlaku sederhana, tidak melampaui batas dalam perkara makan dan minum. Sebagaimana firman Allah yang ertinya:

"Makan minumlah (tetapi) jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan."
(Al-A'raf:31)

Bagi mereka yang makan terlalu kenyang hingga melampaui batas akan menimbulkan berbagai macam gangguan, antara lain; tidak sanggup berfikir secara baik, lemah otaknya dan dapat menyebabkan mengantuk dan malas. Sebab barangsiapa yang banyak makan, banyak pula tidurnya, dan barangsiapa yang banyak tidurnya, banyaklah kebaikan yang lepas padanya. Seperti kata orang: "Orang telah mengelilingi dunia, sedangkan dia masih tidur dan mendengkur."

Kerana banyak tidur, banyaklah waktu terbuang, padahal waktu sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Allah SWT berfirman yang ertinya:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran."
(Al-'Ashr:1-3)

Dalam perkara makan ini Lukman Al-Hakim memeberikan nasihat kepada anaknya: "Wahai anakku! Apabila perutmu penuh, tidurlah fikiranmu, hilanglah kebijaksanaanmu dan lemah longlailah seluruh anggota badanmu sehingga malas beribadah. Adapun orang-orang yang suka menyedikitkan makan dan minum, hatinya akan jernih, fikirannya terang, pandangannya tajam, syahwat nafsunya dapat dikalahkan, jiwanya dapat dituntun dan di bimbing."

Dari itu wahai kaum wanita, ketahuilah bahawa tujuan hidup seseorang yang beriman itu adalah mengabdikan diri kepada Allah, dan berusaha untuk tidak berlebih-lebihan dan keterlaluan atau bermewah-mewah dalam perkara makanan yang mungkin akan membawanya kepada berbagai ancaman kerosakkan dan kemudharatan.

Sumber: Dr. Kasmuri Selamat "111 Wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah"

* Teringat saya pada seorang sahabat yang pernah memberitahu bahawa makciknya (keluarga berada) suka menganjurkan majlis makan-makan tetapi hanya untuk kaum keluarga sahaja dengan menu hidangan yang cukup banyak sehingga membazir dan dibuang begitu sahaja..dan makciknya mentertawakan sahabat saya ini apabila sahabat saya merasa sedih dengan makanan yang tidak habis itu dan dia cuba untuk menghabiskan baki makanan tersebut.. Makciknya beranggapan bahawa makanan yang lebih itu hanya untuk dibuang ke tong sampah sahaja..Sungguh menyedihkan tanggapan tersebut..Saya hanya mampu menasihati sahabat saya ini..( Semoga Allah memelihara makciknya agar tidak membazir)

Saya juga cukup tidak suka bila makanan tidak dihabiskan. Korang semua pernah buat macam tu tak? Sisa terakhir makanan di pinggan kita perlulah dihabis dan dilicinkan kerana itu sunnah Nabi Muhammad SAW. sehinggakan baginda menjilat jari.. Mudahkan? Lain kali makan ikut keperluan bukan ikut nafsu.. Sayang sangat tengok makanan tak habis.. Cuba bayangkan orang-orang miskin dan saudara kita yang tengah dalam konflik perang dan sebagainya tak dapat makan??? Insaf dan bersyukurlah..

No comments: