Wednesday, August 12, 2009

.:: CONTOHILAH POHON SEMALU ::.

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Apabila mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, dan kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek...


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua
, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga
, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

* Renung-renungkanlah wahai wanita saudariku sekalian...jua peringatan buat diriku ini....
* Sharing is caring ^_^

9 comments:

~ Lady ell ~ said...

sesuai sgt prumpamaan ini dgn ank2 gadis zmn skrng nih.:)
bagus jugak kamu mengingatkan..

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. sila
klik disini.

i love you full.. ha..ha..ha..ha...ha..

Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
wassalam

Thariq said...

setuju....

Brilliant Marjan said...

to lady ell>>
setiap dari kita mmg perlu mengingatkan antara satu sama lain...w'pun kita dah biasa dgr nasihat tu...tp itulah tugas kita sbg hambaNya..

Brilliant Marjan said...

to bujang susah>>
wa'alaikumusalam..terima kasih di atas kt2 semangat tu..sy amat m'hargainya..tp papepn, sy masih bljr lg..

Brilliant Marjan said...

to alrezamittariq>>
thank you ^_^

mimieloma said...

Assalammualaikum.....salam perkenalan dari kakak mimieloma.

Memang akak setuju dgn pepatah yg mengatakan kite pompuan umpama semilu.....

Tapi tu lah kan zaman skang ni anak2 dare zaman ni tak seperti kite dulu...Bile waktu senja sume dh siap sedia utk bersolat jemaah dgn kuarge......
Ye lah same2 lah kite berdoa muga2 kuarge kite mendapat rahmat dan lindungan dari ALLAH subhana wataala.

Brilliant Marjan said...

wa'alaikumusalam kak..salam perkenalan..
terima kasih sudi singgah blog sy..
dpt nasihat dari yg lebih dewasa..semoga keluarga kt mengamalkan ajaran yg dituntut lg2 dah nk ramadhan ni...

Lukluk Baidoa said...

Salam elaik...
gud post....
teruskan mengingat wanita...
tugas kita ingat dan mengingatkan...